*SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) digesa mewajibkan mana-mana calon yang ingin bertanding dalam pilihan raya supaya mahir bahasa Melayu. YB perlu fasih menuturkan bahasa berkenaan.
Gesaan itu mulanya dibuat oleh Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menerusi kolumnya di Sinar Harian. Dua hari lalu Penasihat Kerajaan dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr Rais Yatim juga membuat gesaan serupa.
Kata Rais: “Wakil rakyat haruslah fasih bertutur dalam bahasa kebangsaan dan bukannya hanya menguasai bahasa Inggeris atau bahasa ibunda mereka. SPR patut meletakkan syarat ini.”
Kalau syarat itu betul-betul dikuatkuasakan oleh SPR, ramai wakil rakyat sedia ada kena letak jawatan sebab tidak mahir bahasa Melayu. Malah, beberapa YB Melayu, termasuk menteri pun tidak lancar berbahasa Melayu ketika bercakap.
Sesetengah menteri Melayu kita bercakap bahasa rojak apabila muncul di kaca TV. Macam tidak sah bercakap depan kamera sekiranya tidak dicampuradukkan dengan bahasa Inggeris.
*MAKA bermadah lagi Dr Rais mengenai kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu: “Universiti harus memperbanyakkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara bagi mengangkat martabat bahasa berkenaan. “Dengan penggunaannya sebagai bahasa ilmu sahaja kegemilangannya di Nusantara seperti satu ketika dahulu dapat dikembalikan.”
Katanya lagi, apa yang harus ditanamkan di dalam fikiran semua pihak ialah bahasa Melayu juga mampu memainkan peranan itu sebagaimana bahasa Inggeris. Tegas beliau: “Kita harus memperbanyakkan penghasilan dan penerbitan buku teks dalam bahasa.”
Sejak sekian lama kita telah mendengar madah-madah klise seperti ini, bukan sahaja daripada Dr Rais, tetapi daripada sekian banyak tokoh dan pejuang bahasa Melayu. Tetapi apa yang jelas bahasa kebangsaan itu masih terpinggir di negara sendiri. Kesian!
*DI KL orang lebih mudah – dan megah! – menggunakan bahasa Inggeris. Iklan jualan, promosi barangan, kempen menarik pelanggan dan lain-lain keceriaan lebih banyak menggunakan bahasa Inggeris.
Sebab itu selalu kita lihat Sale of the Year, Back to School, Buy One Get One Free. Istilah-istilah Inggeris digunakan sebagai kata-kata penarik untuk produk tempatan, seperti awesome, best, great, dan sebagainya.
Tokoh korporat cakap bahasa Inggeris dalam mesyuarat atau ketika muncul di TV. Pengacara TV dan radio bercakap bahasa rojak. Drama Melayu campur aduk dengan dialog Inggeris.
Malah, di pusat pentadbiran kerajaan Putrajaya, istilah-istilah Inggeris lebih ketara – precinct, boulevard, parcel, dan lain-lain. Pendek kata bahasa Melayu @ bahasa kebangsaan @ bahasa rasmi, semakin dipinggirkan. Ada sesiapa kisah?
*SETAKAT semalam Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) mendakwa dua peniaga yang menjadikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebagai alasan untuk mengelirukan pengguna.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, dua peniaga berkenaan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor. “Ini menunjukkan kita serius untuk mendakwa peniaga yang menyalahgunakan GST untuk menipu atau mengambil untung secara berlebihan,” katanya.
Jangan hanya dua, ada banyak lagi peniaga yang mengambil kesempatan atas GST berdasarkan ribuan aduan yang diterima daripada orang ramai. Yakinkan rakyat bahawa yang salah akan didakwa.
*DI Kota Bharu, Kelantan, sebuah restoran diserbu Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri kerana menjual sup kepala ikan siakap pada harga terlalu mahal.
Pengarah PPDNKK negeri, Datuk Ab Ghani Harun berkata, pihaknya menerima dua aduan daripada pelanggan pada 19 April lalu yang mengatakan harga sup kepala ikan siakap dijual mencecah harga RM150.
“Kita datang pada 22 April (Rabu) untuk mencuba makanan yang dijual di situ. Seketul kepala ikan didapati dijual pada harga RM130 hingga RM150. Notis tunjuk sebab dikeluarkan kepada pemilik restoran berkenaan,” katanya.
Kerana gagal membalas notis yang dikeluarkan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, pemiliknya boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 57 akta sama, jika disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 dan penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
RM150 untuk seketul kepala ikan. Adakah ini juga gara-gara GST?
TOK PERAK

0 Komentar untuk " Bahasa bukan tanggungjawab SPR "