GAJAH mati meninggalkan gading, harimau belang, manusia nama harum atau busuk
Pada saya yang ketidakcukupan ilmu, baik dunia apatah lagi akhirat, sebaik dalil wujud ALLAH SWT walaupun ilmu dan pengetahuan sains dan perubatan serta teknologi terus meningkat, kita masih tidak tahu bila kita akan mati. Seperti kata Speaking: “we never know when we are to die though we know all living things are subject to decay. When God summons death, rakyat as well as monarchs, must obey”. Apakala ALLAH SWT tentukan ajal seseorang itu tiba, maharaja dan pemimpin yang maha berkuasa pun akan mati. Maka janganlah terlalu gembira jika musuh kita mati sebab kita pun akan pergi juga.
Lazimnya manusia bercakap baik apakala seorang itu kembali ke rahmatullah sungguhpun orang itu tidak seperti yang diperkatakan dalam eulogi untuknya, iaitu ucapan atau tulisan mengandungi pujian dan sanjungan mengenai si mati. Saya pernah diminta menulis beberapa eulogi tetapi menolaknya kerana saya tidak sanggup menulis dan bercakap muluk-muluk tentang subjek itu.
Di Singapura sekarang rakyatnya berdebat dan berdiskusi apakah bentuk memorial/monumen yang kena dan tepat bagi memperingati pengasas dan perdana menteri pertama republik itu, Lee Kuan Yew (LKY) yang meninggal dunia ketika usia 91 tahun pada 23 Mac lalu. Ada antaranya mencadangkan potret LKY pada bank notes Singapura. Sekarang bank notes Singapura memaparkan gambar Tun Yusuf Ishak, Presiden Singapura pertama, Lapangan Terbang Antarabangsa Changi dinamakan Lee Kuan Yew International Airport, patung (statue) seperti Stamford Raffles yang kelihatan senyum, agaknya puas hati melihat kegagalan orang lain (smugly), yang terletak dekat Sungai Kallang berhampiran bangunan Parlimen Republik itu. Pengasas Kolony Singapura, Raffles, banyak mempunyai peringatan- Raffles Hotel, antara sebuah hotel yang paling terkenal dan eksklusif di dunia, Raffles Institution, sekolah elit Singapura yang termasyhur diasaskan sendiri oleh Raffles dalam tahun 1823. LKY adalah alumnus Raffles Institution. Juga wujud Raffles Girls' School yang tersohor dan elit.
LKY tidak suka pada amalan personality cult iaitu mendewa-dewakan pemimpin. Maka jarang sekali beliau membenarkan namanya diguna atau dipakai untuk apa-apa institusi tetapi LKY telah mengizinkan sebuah institusi memakai namanya, iaitu Lee Kuan Yew School of Public Policy yang ditubuhkan dalam tahun 2004 untuk melatih generasi baharu pemimpin Asia. Lee Kuan Yew School of Public Policy adalah sebahagian daripada National University of Singapore - kedua-dua dianggap antara yang paling berprestij di dunia kini seperti the Kennedy School of Government di Harvard University.
Dalam wasiat kepada anak-anaknya, antaranya Perdana Menteri sekarang, Lee Hsien Loong, LKY mengarahkan rumahnya di Oxley Road, di mana beliau dan keluarganya tinggal-sebelum dan selepas menjadi Perdana Menteri (1959-1990) dan juga di mana parti pemerintah Singapura, Peoples’ Action Party (PAP) diasas - dirobohkan kerana beliau dan isterinya Kwa Geok Choo tidak mahu rumah mereka dijadikan satu relik “fearing the house would be turned into a relic with people tramping in and out of their private quarters”.
Ada desakan kediaman pengasas Singapura itu dijadikan muzium apabila anak perempuan tunggal mereka, Dr Lee Wei Ling, seorang ahli neurologi, tidak lagi mahu terus tinggal di situ. Sepanjang diketahui tidak ada rancangan Dr Lee mahu berpindah.
Sebenarnya, tegas Dr Lee dia sukar memahami kenapa MPs Singapura mahu menamakan bangunan dan institusi sempena nama bapanya sebab bapanya, mengikut Dr Lee, dalam tulisannya di Straits Times tidak menggalakkannya, “my father had worked hard to prevent any personality cult from growing around him”. Ayahnya telah bekerja kuat tidak menggalakkan sindrom suka mendewa-dewakan pemimpin. Apa pun Hsien Loong berkata keputusan yang akan diambil oleh keluarganya akan mengambil kira pendapat Kerajaan Singapura dan keinginan rakyatnya. Apa pun keputusan dibuat tegasnya "it must stand the test of time” yakni tahan diuji sepanjang zaman.
Berlainan pula dengan sesetengah negara bekas tanah jajahan. Belum pemimpin nasional, hatta pemimpin peringkat negeri pun mati, sekolah, kampung, jalan raya dan dewan serba guna dinamakan sempena mereka. Ada sesetengah pemimpin masuk penjara selepas sekolah dinamakan sempena nama mereka! Sebuah sekolah dalam bandar Machang, Kelantan mahu dinamakan Sekolah Dato Abdullah Ahmad oleh Lembaga Pengurus dan PIBG kerana saya telah mendapat peruntukan segera untuk bangunan baharu tidak sampai satu tahun saya jadi MP Machang setelah mereka gagal mendapat peruntukan daripada Datuk Mohamad Yaacub, MP Tanah Merah - Machang (1969-1974) dan juga Menteri Pelajaran! Dr Mahathir Mohamad, waktu itu Menteri Pelajaran (1974-1976) telah menelefon saya, katanya beliau telah membuat keputusan tidak benarkan sekolah dinamakan sempena seseorang, tidak kira besar mana jasa dan baktinya sebelum orang itu kembali ke rahmatullah. Kami ketawa kerana didapati banyak usaha telah dibuat untuk menamakan sekolah sempena nama Dr Mahathir. Sekolah di Machang itu sampai hari ini belum diberi nama sekadar dikenali sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan Machang, di tengah-tengah bandar Machang lama.
Saya sanjung Dr Mahathir kerana sampai sekarang pun tiada apa-apa dinamakan sempena namanya kecuali Institut Pemikiran Dr Mahathir di Universiti Utara. Syabas dan tahniah. Tok Guru Nik Aziz, walaupun lebih sedikit dua dekad Menteri Besar Kelantan dan pemegang yang terlama jawatan itu hanya ada satu batang jalan dan sebuah bazar dinamakan sempena namanya- Jalan Tok Guru (dulu Jalan Pengkalan Chepa) dan Bazar Tok Guru. Cerdik, cerdik dan bijak! Nama itu tidak spesifik padanya tetapi apakala Tok Guru disebut di Kelantan maknanya Tok Guru Nik Azizlah! Seperti juga apabila “Tunku” saja disebut tanpa nama maknanya Tunku Abdul Rahman Putra, Bapa Kemerdekaanlah! Ketiga-tiga, LKY, Dr Mahathir dan Tok Guru Nik Aziz pemimpin contoh - tidak gila nama mereka dinobatkan walaupun jasa mereka amat besar dan signifikan di negara masing-masing dan Tok Guru di negeri Kelantan.
Makan pagi di Kok Lanas
Bagi tetamu saya, sarapan pagi lazimnya roti bakar dengan telur- rebus, telur goreng, scrambled atau “sunny side up”- atau roti bakar dengan mentega dan jem, minuman segar, buah-buahan, kopi atau teh. Dua hari di Kok Lanas, saya alih seleranya kepada nasi dagang dan ayam bakar. Selepas dua hari tiga malam tetamu saya bermadah, “pagi nasi, tengah hari nasi, petang laksa atau laksam dan malam nasi lagi. Sayur jarang ada. Jika ada pun satu dua perkara saja.” Bagi saya, setiap kali saya balik dari Kok Lanas, saya terpaksa longgarkan tali pinggang saya! Bagi tetamu saya pula kerana kurang sayur beliau diserang konstipasi (constipation)!

0 Komentar untuk " Memperingati LKY, Tok Guru, Dr M "