SEKIRANYA anda fikir dengan mengupah pengawal keselamatan anda telah selamat dan boleh tidur lena, fikir sekali lagi. Ada kemungkinan pengawal yang anda upah itu ialah seorang samseng.
Fikirkan apakah jaminan keselamatan anda sekeluarga sekiranya yang menjaga rumah anda sepanjang 24 jam ialah seorang penyangak? Dia mungkin sedang mengintai peluang untuk melakukan sesuatu yang tidak baik terhadap anda.
Lebih menakutkan lagi ialah kumpulan kongsi gelap kini telah dikenal pasti memiliki beberapa syarikat kawalan keselamatan. Bahayanya hidup kita apabila pasukan yang diharap menjaga keselamatan dikuasai oleh geng kongsi gelap!
Ini bukan satu andaian, tetapi satu kenyataan. Seperti yang diakui sendiri oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, terdapat syarikat kawalan keselamatan telah dijual atau disewakan kepada kumpulan samseng.
Menurut Menteri Dalam Negeri itu walaupun dimiliki atau disewa kepada kongsi gelap, syarikat keselamatan berkenaan mengabui mata pihak berkuasa dengan mengekalkan nama pemegang saham sedia ada yang sekadar mendapat elaun bulanan.
Pemilik dan pemegang saham asal mencari jalan pintas mengaut keuntungan diri dengan meletakkan kepentingan dan keselamatan orang ramai di tangan kongsi gelap.
Seperti yang diberitahu setakat tahun lalu sekitar lima peratus syarikat kawalan keselamatan telah dibatalkan lesen kerana terlibat dengan perkara tersebut. Agaknya berapa banyak lagi syarikat kawalan keselamatan yang kini dalam genggaman samseng? Memang menakutkan!
Maka tidak menghairankan sekiranya syarikat-syarikat ini langsung tidak mematuhi peraturan dan undang-undang, dan beroperasi mengikut suka hati. Seperti yang telah dibuktikan oleh pihak berkuasa, antara kesalahan yang dilakukan oleh sesetengah syarikat keselamatan ialah:
Pertama, tidak melakukan tapisan rapi ke atas mereka yang memohon pekerjaan sebagai pengawal keselamatan. Tidak kira latar belakang, siapa sahaja yang ada dua tangan, dua kaki, asal boleh jalan – senget pun tidak mengapa! – boleh diterima sebagai pengawal keselamatan.
Kedua, warga asing yang menggunakan kad pengenalan palsu pun diterima sebagai pengawal keselamatan. Seperti yang dilaporkan media baru-baru ini KDN menahan 18 pengawal keselamatan warga asing yang melakukan pelbagai kesalahan termasuk menggunakan kad pengenalan milik orang lain.
Hal ini terbongkar sewaktu serbuan pihak berkuasa di tiga kondominium di Kota Damansara, Bandar Sunway dan Petaling Jaya. Mereka yang ditahan berusia 25 hingga 40 tahun terdiri daripada 11 warga Nepal, Pakistan (empat), India (dua) dan seorang Indonesia.
Siasatan mendapati suspek warga Indonesia itu tinggal lebih masa di negara ini, dan memohon pekerjaan tersebut dengan menggunakan kad pengenalan milik orang lain. Warga asing, guna identiti palsu boleh diterima menjadi pengawal keselamatan.
Demikianlah lemah dan lembapnya penguatkuasaan undang-undang kita! Kita bercakap mengenai keselamatan rakyat dan negara, bukan mengenai warga asing menggunakan rawatan dan perubatan di hospital kita dan gagal melangsaikan bayaran. Apa sudah terjadi pada negara kita?
Masih ingat peristiwa berdarah dua tahun dulu? Seorang pegawai operasi sebuah bank di Subang Jaya, Norazita Abu Talib, 37, ditembak mati oleh seorang pengawal keselamatan. Penjenayah itu memohon jawatan sebagai pengawal keselamatan menggunakan kad pengenalan palsu.
Beberapa hari lalu seorang pengawal keselamatan terbunuh, enam lagi cedera dalam kejadian serangan di kawasan perumahan di Bandar Bukit Raja, Klang. Seperti yang dilaporkan media, polis sedang menyiasat kemungkinan terdapat ‘orang dalam’ di syarikat keselamatan yang mengawal di kawasan berkenaan terlibat dengan kumpulan samseng. Setakat ini 12 ditahan bagi membantu siasatan.
Ada lebih kurang 800 syarikat kawalan keselamatan yang menggaji kira-kira 161,000 pengawal keselamatan tempatan yang berdaftar dengan KDN, dan 13,000 pengawal keselamatan warganegara Nepal.
Lima peratus dari syarikat tersebut telah ditarik lesen kerana dikenal pasti dibeli atau dialibabakan kepada kumpulan kongsi gelap. Mungkin ada lagi syarikat milik samseng yang belum dikenal pasti.
Dan apakah tidak mungkin dalam lebih 160,000 orang pengawal keselamatan itu masih ada kaki busuk dan sisa-sisa penyangak yang berpotensi untuk mengamuk dan membunuh mangsa tidak berdosa?
Hari demi hari kita berasa hidup semakin tidak selamat!

0 Komentar untuk " Keselamatan kita di tangan samseng "