HADIS bermaksud: "Mintalah fatwa daripada hatimu. Kebaikan adalah apa yang menenteramkan jiwa dan hati. Dosa adalah apa yang meresahkan jiwa dan meragukan hati". (Riwayat Ahmad & Ad-Darimi)
Hati adalah raja bagi seluruh anggota tubuh. Baik hati, maka baiklah. Buruk hatinya, buruklah seluruh anggota. Daripada hati terbitnya rasa cinta, daripada hati jugalah terbitnya rasa cinta pada Maha Esa.
Tanggal 16 April lepas, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) dan Astro Oasis dengan kerjasama Universiti Tenaga Nasional (Uniten) kampus Putrajaya menganjurkan Forum Bercinta Selepas Nikah (FBSN) kali keempat dalam tahun ini. Antara panel
FBSN adalah Aiman Azlan, Pencetus Ummah (PU) Faiz dan pelakon popular, Faezah Elai, manakala PU Rahmat sebagai moderator berkongsi idea membincangkan tajuk Kalau Ikut Hati.
Sebelum bertanya pada hati, penting untuk kita memandu hati ini menuju ke jalan ALLAH SWT. Sesungguhnya kecenderungan hati terbahagi kepada dua iaitu kebaikan dan kejahatan. Terlebih dahulu, kita perlu memastikan hati ini bersih tanpa dikuasai nafsu yang bergolak. Emosi juga kadang kala boleh mengaburi akal.
Mahu atau tak?
Pepatah Melayu ada menyebut: "Kalau ikut hati mati, ikut rasa binasa". Tapi kalau kita sebut ikut hati, sebenarnya kita ikut kata siapa? Maka atas sebab ini kita perlukan ilmu, perlukan iman dan persekitaran yang baik untuk mendidik hati, lebih-lebih lagi apabila melibatkan soal jodoh dan perkahwinan. Jangan biarkan emosi mengaburi akal.
Aiman Azlan berkongsi pandangan dengan menjelaskan, Islam adalah agama realiti dan bukannya fantasi. Penting untuk bertanya hati terlebih dahulu, tapi hati-hati juga dengan hati. Hati yang gelap akan tenang dengan sesuatu yang buruk, manakala hati yang bersih akan tenang dengan sesuatu yang baik. Carilah pasangan yang menyejukkan mata memandang sekali gus mendinginkan hati melihat akhlak si dia.
"Sebagai insan, naluri ingin memiliki dan untuk dimiliki langsung tidak dapat dipisahkan. Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Kalau naluri tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri ini. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri.
"Bukan salah atau berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Kalau mahu kahwin, pastikan ada sebab yang cukup kuat untuk berkahwin. Jangan hanya disebabkan trend atau suasana sekeliling yang mempengaruhi hati. Seperti terikut-ikut, rasa tercabar dan sebagainya," katanya.
Sementara itu, Faezah atau nama sebenarnya Noor Faezah Md Elai menjelaskan, kalau belum cukup matang dan belum mampu menggalas tanggungjawab, jangan berkahwin lagi walaupun hati itu meronta-ronta mahu membina masjid.
"Perasaan kasihan pada pasangan perlu ada. Tidak bimbangkah anda jika apabila berkahwin nanti berasakan diri tidak mampu menggalas tanggungjawab. Perkahwinan adalah proses hingga ke akhir hayat dan dalam tempoh itu, si dia yang sekarang (belum kahwin) pasti akan berubah selepas ini (sesudah berkahwin).
"Tanggungjawab sebuah perkahwinan itu berat. Maka jika belum sampai waktunya, tundukkan naluri di hati untuk patuh pada perintah ALLAH. Jadilah manusia yang sihat pada nalurinya," ibu kepada satu anak berkongsi pandangan buat bekalan adik-adik penuntut Uniten.
FBSN turut dibarakan oleh Kumpulan Media Karangkraf dan Sinar Harian, manakala busana jubah moden digayakan Faezah, ditaja oleh butik online, ARDEN Stitch.

0 Komentar untuk " Kalau cinta ikut hati "