SEBAGAI ibu bapa, sudah pastinya berharap dikurniakan anak yang baik dan soleh menjadi penyejuk mata dan penawar hati. Begitu besar keinginan kita untuk memiliki anak yang soleh dan solehah menjadi aset kekal kepada kita hingga akhirat. Orang biasa walau pendosa sekalipun menginginkan anak yang baik akhlak dan budinya.
Jadi apa yang perlu ibu bapa lakukan jika menginginkan zuriat soleh dan solehah?
Sentiasalah berdoa kepada ALLAH
Jika kita ingin memiliki zuriat yang soleh dan solehah ini, doa adalah kunci utamanya. Rintihlah pada ALLAH agar Dia kurniakan seorang anak yang baik, sentiasa mengikuti segala suruhan-Nya. Amalan berdoa ini (Surah Ali Imran ayat 38) amalan dilakukan nabi dan rasul.
Tanamlah akidah Islam dalam diri
Akidah adalah asas yang perlu diberi perhatian dan keutamaan. Ini kerana akidah yang mantap sahaja mampu menjamin kebahagiaan dan kecemerlangan hidup manusia di dunia dan di akhirat. Selain itu, anak-anak yang mempunyai pegangan akidah yang mantap tidak akan mudah untuk menyeleweng atau diselewengkan.
Penekanan terhadap ibadah
Penekanan daripada sudut ibadah yang sempurna melambangkan sifat kepatuhan dan ketaatan kepada ALLAH. Selain itu, dengan melakukan ibadah kepada ALLAH dapat menyedarkan anak perihal sifat manusia sebagai hamba disisi-Nya.
Berilah penekanan akhlak
Memiliki akhlak yang terpuji menyebabkan seseorang itu dihormati dalam sesebuah masyarakat berbanding dengan orang yang memiliki akhlak yang tercela akan dibenci dan dikeji oleh masyarakat. Kerana itulah, Nabi SAW diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia. Dengan memiliki akhlak yang mulia, ia adalah amalan yang paling berat dalam timbangan di hari akhirat berbanding dengan akhlak tercela yang akan melambatkan proses hisab di hadapan ALLAH.
Makanan daripada sumber halal
Setiap ibu bapa perlu memastikan setiap makanan yang diberikan kepada anak-anak adalah makanan daripada sumber yang halal serta menjauhi daripada sumber yang syubhah apatah lagi yang haram. Ini kerana makanan yang bersumberkan rezeki halal bukan sahaja membawa keberkatan tetapi melahirkan zuriat yang pintar dan sihat akhirnya mendorong seseorang ke arah melakukan kebaikan di dunia dan mendapat rahmat ALLAH di akhirat.
Kelima-lima perkara ini penting dan perlu diberi perhatian kita sebagai orang tua kepada anak-anak untuk membina mereka menjadi insan yang sempurna pelaburan kita semasa di dunia dan juga di akhirat.
Tunjukkan akhlak terbaik
Walaupun perkara di atas penting dititik beratkan ibu bapa kepada anak-anak mereka, sebenarnya yang utamanya sekali adakah kita sebagai ibu bapa sudah memenuhi tuntutan pertama untuk miliki anak yang soleh dan solehah ini. Apakah tuntutan pertama itu?
Tuntutannya adalah menjadikan diri kita seorang yang soleh dan solehah terlebih dahulu. Itu asas dan formula mujarab menghasilkan anak yang soleh dan solehah. Teliti dan selidiklah diri kita, adakah sudah memenuhi kriteria sebagai anak soleh atau solehah?
Kisah doa anak soleh
Penulis ingin berkongsi satu kisah mengenai berkat doa anak soleh. Kisah ini memberi kesan kepada penulis dan rugi jika tidak dikongsi bersama. Ia adalah kisah Nabi Musa dan jirannya di syurga kelak.
Nabi Musa adalah satu-satunya nabi yang boleh bercakap terus dengan ALLAH. Setiap kali baginda hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan ALLAH.
Suatu hari Nabi Musa bertanya kepada ALLAH: "Ya ALLAH, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". ALLAH menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, baginda berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalamnya. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering dan dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar.
Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. Nabi Musa bertanya: "Wahai saudara! Apakah agama kamu?". "Agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibu bapa kandungku. Oleh kerana mereka melakukan dosa yang besar, ALLAH menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan ALLAH itu soal lain. Itu urusannya dengan ALLAH. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap
melaksanakan tugasku." Sambungnya lagi: "Setiap hari aku berdoa kepada ALLAH agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya ALLAH menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi ALLAH masih belum memakbulkan lagi," tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga ALLAH menurunkan wahyu kepada Nabi Musa. Firman-Nya: "Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibu bapanya. Ibu bapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh di sisi Kami."
Firman-Nya lagi: "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh di sisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibu bapanya yang Kami sediakan dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibu bapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibu bapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa bapa dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibu bapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibu bapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada ALLAH supaya kedua ibu bapa kita diampuni ALLAH.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibu bapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh ibu bapa di alam kubur. Anak yang menjadi aset dan membawa manfaat bukan sekadar di dunia malah di akhirat.

0 Komentar untuk " Anak soleh tabung akhirat ibu, ayah "