Galak pengusaha Bumiputera - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Galak pengusaha Bumiputera

KEMENTERIAN Pertanian dan Industri Asas Tani menggalakkan dan sedia membantu pengusaha industri sarang burung walit kepada Bumiputera untuk menceburi bidang tersebut.

Hanya 30 peratus (3,000) daripada jumlah keseluruhan 10,330 adalah premis milik Bumiputera yang berdaftar dengan kementerian setakat ini.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Azini Mohd Shahid berkata, bantuan yang ditawarkan adalah berbentuk peralatan dan sokongan moral bagi membantu peniaga tempatan untuk mengeksport produk ke luar negara seperti Naning (China), Hong Kong dan Dubai.

“Selepas melihat jumlah pengusaha Bumiputera yang terlibat dengan industri ini, pihak kami sedia membantu mereka.

“Kami juga sedia mengadakan program atau projek untuk mencari resolusi agar lebih ramai golongan ini tertarik untuk menyertai industri ini ,” katanya.

Menurut Azini, pihaknya telah menjadikan industri tersebut sebagai Projek Permulaan (EPP) berimpak tinggi dengan sasaran nilai eksport bernilai RM5,2 bilion menjelang 2020.

Katanya, bagi memastikan segalanya berjalan lancar dan terancang, kerajaan melakukan pelbagai usaha supaya Malaysia boleh menerajui pasaran dunia dalam industri ini.

“Salah satu langkah, Kementerian dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia bertindak menyelesaikan isu pengeksportan sarang burung ke China seperti yang berlaku pada 2011.

“Situasi ini menjejaskan pasaran eksport negara. Namun hasil penyelesaian secara berperingkat, kami berjaya meningkatkan hasil eksport negara sebanyak 142 tan metrik pada tahun lepas dengan nilai hampir RM2 bilion,” katanya.

Azini turut memuji penubuhan Persatuan Industri Burung Walit Bumiputera Malaysia yang ditubuhkan pada 23 Mac lalu sebagai satu badan yang dapat membela nasib ahli-ahli mereka.

0 Komentar untuk " Galak pengusaha Bumiputera "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ