UMUM mengetahui bahawa keropok lekor merupakan makanan popular di Terengganu. Bahkan negeri itu terkenal dengan pembuatan keropok lekor yang sedap dan enak terutamanya di kawasan pantai dan tumpuan pelancong.
Keropok lekor Terengganu terkenal dengan ramuan isi ikan yang banyak berbanding dijual di Kuala Lumpur atau tempat lain.
Sudah menjadi satu kemestian bagi mereka yang menggemari hidangan ini untuk singgah di sana sama ada memborong atau menikmati keropok lekor masih panas di situ.
Terbaharu, satu inovasi menggabungkan keropok lekor dengan cheese sebagai hidangan wajib di negeri itu.
Walaupun ia masih baharu di pasaran, namun sambutannya sangat menggalakkan terutamanya yang menyukai keropok dengan sos cili yang sedap.
Malah makanan ini bukan sahaja dijual di kedai-kedai tepi jalan tetapi di atas talian (online).
Gabungan serasi
Bagi pekerja swasta, Mimi Mastura Ahmad, 39, dia tidak menyangka gabungan keropok lekor dengan cheese begitu serasi biarpun agak janggal mendengar pada mulanya.
Katanya, walaupun menggemari pelbagai hidangan menggunakan cheese namun agak pelik dengan gabungan makanan tradisional seperti keropok digabungkan dengan cheese.
“Biasanya cheese banyak digunakan dalam masakan Barat seperti lasagna, spageti, bebola ayam dan juga kek.
“Namun apabila ia digandingkan dengan keropok lekor, saya agak ragu-ragu pada mulanya untuk merasa makanan ini,” katanya.
Mimi berkata, makanan itu diibaratkan rasa Barat bertemu dengan Timur yang jarang sekali dapat bersua di atas pinggan yang sama.
“Selepas merasai sebiji bebola keropok ini, saya jatuh cinta dengan makanan ini.” katanya.
Mudah dan cepat disediakan
Bagi pelajar, Nur Illyani Abd Malek, 23, berkata makanan tersebut begitu mudah disediakan dan tahan lama.
Katanya, tidak perlu lagi bersusah payah ke Terengganu semata-mata untuk membeli keropok lekor cheese kerana terdapat perniagaan online yang menjual produk tersebut.
“Mulanya rasa agak ganjil apabila mendengar cheese dan keropok lekor menjadi satu.
“Tetapi setelah mencuba sendiri, ternyata ia satu hidangan yang menarik,” katanya.
Nur Illyani berkata, bahkan cara penyediaannya mudah seperti menggoreng keropok lekor.
Katanya, versi baharu itu cuma menambah cheese sebagai tarikan terutamanya mereka yang menyukai cheese.
Sesuai menjadi hidangan minum petang, Nur Illyani menjadikan keropok lekor cheese sebagai snek wajib untuk keluarganya.
Terpengaruh ajakan rakan
Sementara itu, pelajar, Norlizza Moheyer, 26, berkata selepas ramai memperkatakan mengenai keenakan hidangan itu, dia mencuba sendiri namun tidak berpuas hati dengan kualiti keropok itu.
Dia berkata, gara-gara terpengaruh dengan cerita rakan-rakannya dia berani untuk mencuba versi baharu keropok lekor.
“Mungkin saya tersilap membeli keropok yang kurang enak memberi tanggapan negatif pada hidangan ini.
“Ketika di awal kemunculannya, saya tidak dapat menikmati rasanya kerana cheese yang terkandung dalam keropok tidak sebanyak yang dipromosikan,” katanya.
Rasa kecewa dengan produk itu, Norlizza sekali lagi mencuba jenama lain dan mendapati ia lebih sedap berbanding dahulu.
“Mungkin kecewa dengan apa yang saya rasa sebelum ini membuatkan saya lebih berhati-hati membeli keropok lekor cheese.
“Pesanan kepada pembeli di luar sana, anda harus memilih produk berkualiti kerana ada sesetengah penjual mengambil kesempatan di atas populariti produk ini,” katanya.
Mengenai soal harga pula, dia merasakan harga sepaket (25 biji) dalam lingkungan RM10 hingga RM15 sangat berpatutan.
“Agak sukar untuk mendapatkan produk yang sedap, tidak salah jika membayar lebih untuk kualiti yang bagus,” katanya.
Cita rasa asli Terengganu
Bagi peniaga, Norhidayah Mohd Hussen, 27, segala-galanya bermula dengan tidak sengaja apabila ingin menambah baik keropok jualan ibu bapanya di kampung halaman, Terengganu.
Katanya, dek perasaan ingin mencuba perkara baharu dia mencipta keropok lekor cheese hasil gabungan keropok lekor buatan keluarganya dengan cheese Mozarella.
Akuinya, gabungan cita rasa berlainan benua ini ternyata beri nafas baharu.
“Mulanya saya ingin membantu keluarga untuk mengembangkan perniagaan mereka. Kemudian kami berbincang untuk mencari kelainan dan ketika itu cheese menjadi kegilaan masyarakat negara ini.
“Kami sependapat menggabungkan dua bahan ini menjadi satu makanan baharu di pasaran,” katanya yang menetap di Kuala Lumpur.
Menurut Norhidayah, selepas memasarkan sampel keropok itu dia tidak menyangka sambutan di luar jangkaannya.
“Saya merasakan produk ini boleh pergi lebih jauh dalam pasaran tempatan. Tanpa berlengah, saya mendapatkan khidmat nasihat pihak Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (Mardi) untuk memantapkan lagi keenakan keropok ini.
"Saya banyak mempromosikan produk ini di laman sosial seperti Facebook dan Mudah.My,” ujar pemilik syarikat keropok jenama LH ini.
Tambahnya, modal permulaan yang dikeluarkan sebanyak RM10 ribu tanpa pinjaman bank, kini dia mampu memperoleh pendapatan RM2,800 hingga RM4,000 seminggu.
Norhidayah berkata, harga pasaran keropoknya itu hanya RM13, bukan sahaja berpatutan malah mengekalkan cita rasa asli keropok lekor Terengganu.
“Salah satu keunikan keropok buatan kami, produk ini mampu bertahan selama setahun selagi ia diletakkan di dalam peti ais,” katanya.

0 Komentar untuk " Inovasi baharu keropok lekor cheese "