KUALA LUMPUR - Pendekatan memberi nasihat dan teguran ke atas pemilik premis perniagaan digunakan penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia Wilayah dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada hari pertama pelaksanaan GST hari ini.
Operasi dan pemantauan di 23 premis perniagaan di sebuah pasar raya dekat Wangsa Maju di sini, mendapati harga yang dikenakan adalah terkawal dan mengikut kadar GST enam peratus seperti yang ditetapkan.
Penandaan "inklusif GST 6 %" atau "0% GST" telah ditandakan pada setiap barangan serta garisan merah jambu yang bermaksud harga selepas GST.
Bagaimanapun, harga kad tambah nilai telefon menjadi rungutan orang ramai apabila kadar enam peratus turut dikenakan walaupun telah dinyatakan sebelum ini bahawa tiada perubahan harga ke atas kad prabayar tersebut.
Pegawai Penguat kuasa JKDM Wilayah, S Manimaran berkata, melalui pemantauan yang dilakukan di beberapa premis jualan kad prabayar mendapati rungutan berpunca daripada kesilapan teknikal dan salah faham premis tersebut mengenai cukai yang dikenakan.
"Namun, kita telah ambil pendekatan dengan menjelaskan perkara sebenar mengenai kad prabayar ini.
"Ada beberapa premis yang menjual kad prabayar ini telah menghentikan sementara penjualan atas arahan pihak pengurusan untuk perbincangan lanjut," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata pemeriksaan hari ini juga mendapati premis-premis yang mengenakan GST sebanyak enam peratus itu telah berdaftar dengan JKDM.
"Setakat ini, kita belum berjumpa outlet yang mengenakan GST tetapi tidak mendaftar dengan kastam. Namun jika ada, amaran dan teguran akan kita berikan buat permulaan GST ini," katanya.
Katanya untuk permulaan sepanjang dua minggu ini, pendekatan nasihat dan teguran akan diberikan bagi memberi ruang kepada pemilik premis berkenaan untuk mematuhi arahan yang ditetapkan, sebelum tindakan penguatkuasaan seperti denda diambil.
Ketua Seksyen Harta Intelek Bahagian Penguatkuasan KPDNKK, Othman Nawang berkata pemerhatian hari ini dari segi penandaan harga adalah memuaskan, namun beberapa teguran telah diberikan bagi penambahbaikan.
"Teguran terutama sekali dari segi mempamerkan harga. Bagi KPDNKK, kita bagi 14 hari bermula hari ini supaya peniaga mematuhi penandaan harga yang jelas agar tidak mengelirukan pengguna.
"Ini kerana ada pengguna yang tidak faham bahawa tidak semua barang akan naik harga. Kefahaman mereka kalau GST dilaksana, harga semua mesti naik," katanya.
Sementara itu, rata-rata pelanggan pasar raya yang ditemui berkata tiada kenaikan harga barangan yang ketara atau mendadak serta masih berpatutan.
Bagaimanapun, pemerhatian mendapati kebanyakan pelanggan tidak membuat semakan harga di resit pembayaran masing-masing dan tidak dilihat begitu terkesan dengan GST. - Bernama

0 Komentar untuk " Nasihat, teguran pendekatan hari pertama GST "