KUALA KETIL - Kolej Universiti Insaniah (Kuin) akan menerajui kajian dan penyelidikan mengenai institusi pondok di Nusantara menerusi penubuhan Pusat Kajian Pondok (PKP) yang mula beroperasi hari ini.
Rektor Kuin, Prof Datuk Mohd Yusoff Kasim berkata, Kuin akan melantik bekas timbalan menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim sebagai Pengarah PKP yang pertama berikutan latarbelakangnya dalam pendidikan termasuk dalam pengajian pondok.
"Menyedari peranan dan betapa besar sumbangan pondok kepada pendidikan dan pembangunan negara, Kuin merasakan perlu ditubuhkan sebuah pusat khusus untuk membuat penyelidikan mendalam, terperinci dan meluas termasuk mengenai tokoh dan sumbangan ulama pondok," katanya dalam sidang media hari ini.
PKP menurut Mohd Yusoff berperanan menjalankan kajian yang lebih giat dan meluas terhadap institusi pondok dan sistem pengajiannya di Malaysia dan luar negara bagi menambahkan lagi khazanah ilmu mengenainya.
Walaupun tumpuan diberikan kepada pengajian pondok dan tokoh pondok nusantara, skop PKP katanya akan turut meliputi sistem pengajian sama di negara-negara Asia, Timur Tengah, Afrika dan Eropah.
"Banyak hasil kajian yang dibuat mengenai pondok, termasuklah sebagai disertasi dan kajian ilmiah, namun kami memikirkan masih banyak ruang dan aspek yang perlu diberi tumpuan agar terhasil bahan penyelidikan berkualiti," katanya.
PKP katanya, berharap dapat menjalin kerjasama dengan universiti lain, yang juga telah mewujudkan pusat kajian pondok masing-masing, bagi memperbanyakkan dan melengkapkan pengetahuan mengenai institusi dan sistem pengajian pondok.
Kuin juga bekerjasama rapat dengan Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM), katanya.
PKP akan menjalankan penyelidikan dan perundingan, menganjurkan seminar, persidangan dan bengkel, mengadakan khidmat komuniti di luar kampus dan melakukan penerbitan kajian dan penyelidikan, katanya. - Bernama

0 Komentar untuk " Kuin terajui kajian institusi pondok "