Sasar pembiayaan mikro RM240 juta - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Sasar pembiayaan mikro RM240 juta

AGROBANK mensasarkan pembiayaan mikro sebanyak RM240 juta pada tahun ini khusus bagi membantu usahawan dan peniaga kecil.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Wan Mohd Fadzmi Wan Othman berkata, jumlah sasaran itu melibatkan 25,000 peminjam di seluruh negara.

“Antara langkah dijalankan bagi memperluaskan produk ini adalah menjalin kerjasama dengan agensi di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk mendapatkan pelanggan secara berkumpulan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, melalui pembiayaan mikro ini, peniaga atau usahawan berpeluang mengembangkan lagi perniagaan atau projek mereka sehingga ke peringkat lebih tinggi.

Selaras dengan objektif kerajaan untuk meningkatkan usahawan kecil dan sederhana, pembiayaan mikro antara RM1,000 hingga RM5,000 yang disediakan dapat membantu golongan sasar menampung keperluan modal dan kerja.

“Antara golongan yang mendapat manfaat pembiayaan mikro Agrobank ini ialah petani, penternak, nelayan selain kumpulan pelanggan seperti pengusaha kedai makanan dan makanan ringan,” katanya.

Menurutnya, produk pembiayaan ditawarkan adalah Modal Usahawan 1Malaysia, Paddy-I, Paddy Cash-I, Program Agropreneur Muda (PAM) dan Program Pembiayaan Rakyat Termiskin-I (PPRT-I).

0 Komentar untuk " Sasar pembiayaan mikro RM240 juta "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ