TUJUH cadangan melibatkan lapan sektor terpilih di antara usul dibentangkan pada Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi Asean ke-21.
Pengerusi Badan Penasihat Perniagaan Asean, Tan Sri Mohd Munir Abdul Majid berkata, cadangan tersebut dibentangkan berikutan ia mempunyai kesan positif kepada komuniti Asean.
“Cadangan yang efektif itu diperoleh melalui perbincangan bersama rakan sektor swasta di rantau Asean dan akhirnya dikumpulkan kerana walaupun ada perkara yang dipandang ringan namun sebenarnya ia mempunyai kesan kepada perkembangan ekonomi.
“Kami (pihak swasta) yakin AEC adalah medium terbaik bagi membincangkan cadangan penting ini sebagai satu tulang belakang dan bukan dianggap sebagai satu benda yang tidak bermakna,” katanya kepada media, kelmarin.
Pihaknya mengharapkan cadangan terbabit mendapat sokongan dan disambut baik oleh anggota negara Asean kali ini, malah ia membuktikan kesungguhan dalam penambahbaikan kepada industri kecil dan sederhana (SME).
“Kita memahami apa yang dihadapi oleh peniaga terutamanya SME, jadi perkara ini sangat penting untuk memperkasakan usahawan supaya berdaya saing dan mendapat infrastruktur jaringan lebih baik,” katanya.
Pemukiman yang berlangsung selama tiga hari bermula 27 Februari lalu memberi tumpuan kepada memastikan semua langkah yang ditetapkan di dalam Pelan Tindakan Komuniti Ekonomi Asean (AEC) tercapai.
AEC akan direalisasikan menjelang 31 Disember depan dan bertujuan mewujudkan sebuah pasaran tunggal dan sebagai pusat pengeluaran bagi mengukuhkan lagi kemajuan dan kemakmuran Asean.
Pemukiman adalah acara tahunan yang bertujuan membolehkan Menteri Ekonomi Asean menilai dan mengambil maklum tentang pencapaian keseluruhan proses integrasi serantau selain mempertimbangkan dan membincangkan inisiatif baharu.
Penghujung Mac depan turut dijadualkan berlangsung Pameran dan Persidangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Asean 2015, selain Persidangan Perniagaan dan Pelaburan ASEAN pada November ini.

0 Komentar untuk " Tujuh cadangan dibentang pada pemukiman AEC "