UNTUK beberapa tahun selepas lebuh raya mula dibuka lebih 20 tahun lalu, saya menjadi antara penggunanya yang setia.
Laluannya luas, dihiasi pula dengan alam semula jadi yang menawan. Sungguh, saya sangat teruja. Pendek kata, lebuh raya di Malaysia sentiasa menjadi antara modal untuk saya jual populariti negara yang saya cintai ini kepada orang luar, sama ada yang datang ke sini atau yang saya temui di luar.
Saya suka cerita tentang betapa indahnya pemandangan di kiri kanan lebuh raya kita.
Anda boleh berhenti rehat, solat, makan minum, beli buah tangan dan mandi-manda dalam keadaan yang tenang dan selesa.
Hari ini saya tetap masih bangga dengan keindahan tanah air saya, tetapi sebahagian daripada apa yang pernah menjadi kemegahan saya pada suatu masa dahulu tidak menaktubkan lagi.
Lebuh raya itu sendiri, dari beberapa aspek, kepada saya, sudah tidak menjadi nikmat lagi, tetapi 'liabiliti'.
Pertamanya, kalau dahulu perjalanan di lebuh raya sungguh menyeronokkan, kini ia meningkatkan tekanan jiwa.
Sebabnya kita perlu berjaga-jaga, kerana entah apa yang mungkin menghalang kelicinan dan keselamatan perjalanan kita; besi, cebisan tayar, kayu, batu dan haiwan.
Pada suatu ketika dahulu, tangki minyak kereta saya bocor terkena besi yang saya percaya jatuh daripada kenderaan besar.
Tengah hari itu kenderaan khidmat percuma lebuh raya tidak tiba. Yang tiba adalah kenderaan tarik persendirian.
Untuk menarik ke bengkel yang cuma kira-kira 5 kilometer mereka minta RM100.
Saya tiada banyak pilihan; bayar RM100 atau tahan mendengar leteran mereka dan terus menunggu ketibaan peronda rasmi di bawah panahan matahari.
Jika anda tidak bersedia dengan alat-alat perlu apabila tayar kereta anda pancit, anda besar kemungkinan terpaksa berhadapan dengan satu lagi risiko; didatangi individu yang kononnya mahu menolong sahaja, tetapi akhirnya meminta anda membayar RM20 untuk ‘pertolongan’ itu.
Pada musim perayaan seperti Tahun Baru Cina baru-baru ini, kesesakan di lebuh raya jangan cerita lagilah. Semua dah tahu.
Perjalanan untuk jarak yang biasanya mengambil masa enam jam sahaja boleh memakan masa hingga 12 jam atau lebih.
Itu sekarang. Apa akan jadi dengan trafik di lebuh raya lima tahun dari sekarang, Tuhan sahaja yang tahu. Setiap hari beribu kenderaan didaftarkan di seluruh negara, pengguna lebuh raya dan jalan raya makin bertambah. Tentu banyak pihak sedar.
Kita bayar tol dengan harapan dapat menikmati perjalanan yang selesa, tetapi apa yang berlaku sudah tidak lagi menepati impian kita.
Apabila sesak, bukan sahaja masa perjalanan jadi lebih lama, minyak yang digunakan bertambah, kadar haus dan lusuh kenderaan meningkat, serta air radiator bertambah panas kalau tidak diservis dengan baik, malah dengan perangai buruk segelintir pengguna yang degil, panas baran dan penting diri, darah anda juga boleh turut menggelegak ke paras di luar kawalan.
Saya serik dan jemu dengan keadaan begitu. Sebab itu kalau musim perayaan, biarlah pengguna lain bersesak. Saya memilih untuk menikmati pemanduan pagi hari perayaan ketika lebuh raya hampir lengang. Perjalanan licin, cepat, hati pun tak sakit.
Dengan kenyataan polis kelmarin berhubung dengan jenayah langgar belakang kenderaan, bertambahlah lagi nampaknya risiko penggunaan lebuh raya dan jalan raya di negara kita.
Berdasarkan statistik polis, di Selangor terdapat 113 kes samun langgar belakang kenderaan tahun lalu, berbanding dengan 248 kes pada tahun sebelumnya.
Kawasan Petaling Jaya mencatatkan laporan tertinggi (72) tahun lalu.
Itu hanya di Selangor dan juga yang dilaporkan sahaja. Di seluruh negara entah berapa banyak kes seperti itu. Kes yang mangsa enggan lapor entah berapa banyak pula. Tak tahulah apa dah jadi!
Sila ambil perhatian. Kata polis, kebiasaannya yang menjadi mangsa adalah mereka yang berseorangan dalam kenderaan.
Lazimnya penjenayah akan melanggar kenderaan anda dari belakang dan menyamun kenderaan itu apabila anda keluar untuk memeriksa keadaannya.
Jadi, untuk elak menjadi mangsa samun, polis telah memberi beberapa garis panduan, antaranya, mereka yang kenderaan dilanggar dari belakang perlu terus memandu dan hanya berhenti di balai polis terdekat.
Jangan lupa juga, sementara anda bergerak, cuba dapatkan nombor pendaftaran kenderaan yang melanggar kenderaan anda itu.
Semua itu sebahagian daripada harga untuk pembangunan, tetapi keselamatan dan kesejahteraan perlu terus dijaga.

0 Komentar untuk " Lebuh raya: Dulu lain sekarang lain "