TEKNOLOGI yang semakin maju mendorong kita untuk memilikinya supaya tidak dilihat terlalu ketinggalan dan perkara paling ketara adalah dari segi pemilikan telefon pintar.
Hari ini, hampir setiap individu mempunyai dua telefon pintar bersama mereka. Apa yang menjadi tanda tanya bagaimana cara supaya mereka mudah mengecas telefon tersebut apabila kehabisan bateri.
Jawapan paling mudah adalah pengecas mudah alih atau power bank. Ini kerana, setiap pemilik telefon pintar pasti akan mempunyai power bank masing-masing sama ada satu atau lebih sebagai pembantu utama mereka.
Bagi pengguna, power bank sudah dianggap sebagai satu keperluan malah, menjadi trend masa kini untuk memiliki alatan elektronik tersebut.
Bagi peniaga pula, situasi ini membantu mereka melariskan jualan dan menjana pendapatan dengan menjual pelbagai jenis dan jenama power bank yang unik.
Pegawai perhubungan awam syarikat swasta, Mohd Zolkefly Jaafar berkata, kemajuan teknologi mendorong setiap orang perlu memiliki sekurang-kurangnya satu power bank.
“Ramai mempunyai telefon pintar dan fokus kepada kemudahan yang ada seperti WhatsApp, Facebook, Instagram dan pelbagai lagi.
“Ini menyebabkan telefon pintar kehabisan bateri dengan cepat dan agak menyusahkan apabila perlu dicas dan ditinggalkan. Power bank adalah penyelesaian yang terbaik,” katanya ketika ditemui di Kelana Jaya, baru-baru ini.
Mohd Zolkefly yang mempunyai dua power bank berkata, beliau lebih mengutamakan saiz dan rekaan yang unik serta jarang dilihatnya apabila membeli peralatan tersebut.
“Selain itu, saya juga mengutamakan harga yang berpatutan dan kapasiti kuasa yang ditawarkan oleh penjual. Jika kapasiti kuasanya besar dan murah, sudah pasti berbaloi untuk saya beli.
“Tetapi saya rasa power bank tidak akan menjadi trend satu hari nanti, memandangkan pengeluar telefon pintar sudah mula menghasilkan telefon dengan bateri yang tahan lama,” katanya.
Bentuk power bank jadi trend
Bagi eksekutif muda di sebuah syarikat swasta, Mohamad Hafize Rosli, power bank merupakan alatan elektronik yang penting dalam memudahkan kehidupan seharian beliau yang memerlukan penggunaan telefon pintar dalam urusan kerja.
Menurutnya, power bank adalah satu keperluan. Apa yang menjadikannya trend dalam kalangan pengguna adalah reka bentuk yang unik atau jarang dijumpai.
“Contohnya seperti power bank berbentuk Iron Man, Captain America, botol minyak wangi berjenama dan sebagainya.
“Saya sendiri ada dua power bank yang berbentuk unik dan ia digunakan bagi mengecas Iphone dan Ipad saya pada bila-bila masa sahaja,” katanya.
Mohamad Hafize juga berkata, selain dari bentuk yang jarang ditemui, pengguna turut mengutamakan power bank yang murah, bersaiz kecil serta mempunyai kuasa simpanan yang tinggi.
Jualan power bank semakin kurang
Memulakan perniagaan menjual gajet seperti power bank, USB kabel dan pengecas bateri telefon, Nurulatiqah Mohd Zainal berkata, penjualan power bank pada hari ini semakin kurang mendapat sambutan berbanding di awal kemunculan gajet itu.
“Ketika memulakan perniagaan, ramai juga yang membeli power bank daripada saya. Kini, jualan power bank semakin berkurangan. Ia bukan kerana orang tidak membeli, tetapi terlalu ramai di luar sana menjual power bank dan berlaku lambakan.
“Apabila ramai yang menjual, maka pengguna mempunyai banyak pilihan dan mereka boleh membeli di mana sahaja yang mereka rasa memudahkan mereka,” katanya.
Menurut Nurulatiqah atau lebih dikenali sebagai Epie, beliau mula berniaga pada 2014 dengan menggunakan Instagram sebagai platform perniagaannya, menggunakan nama Zebra Mallow.
“Masa itu, jualan power bank menggalakkan, tetapi sekarang makin kurang walaupun ada permintaan. Sebagai strategi untuk menarik semula perhatian pembeli, saya menjual power bank yang mempunyai reka bentuk unik.
"Antaranya, power bank berbentuk Hello Kitty, Iron Man, Captain America dan pelbagai lagi. Power bank jenis ini memang akan habis dijual bila saya iklankan dalam Instagram," katanya.
Nurulatiqah menjual power bank bermula pada harga serendah RM30 sehingga RM150 mengikut reka bentuk dan kapasiti kuasa yang ditawarkan bersama jaminan selama tiga bulan atau setahun.
Sementara itu, bagi seorang peniaga power bank yang hanya ingin dikenali sebagai Ahmad, permintaan power bank sentiasa ada dari pelanggan terutamanya yang murah dan mempunyai reka bentuk yang menarik.
“Saya mula berniaga dengan menjual aksesori telefon kemudian saya lihat perniagaan power bank menguntungkan memandang ia menjadi trend dan pilihan ketika itu.
“Masa mula berniaga, jualan power bank saya agak kencang sampaikan kehabisan stok sebab banyak tempahan pelanggan. Tetapi sekarang ia makin berkurangan," katanya.

0 Komentar untuk " Reka bentuk unik jadi pilihan "