KETIKA menulis artikel ini, penulis sudah dalam perjalanan pulang ke tanah air dari kota Madinah al-Munawwarah.
Ini sebagai pelengkap kepada musafir 10 hari penulis bersama keluarga ke dua tanah suci Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah bagi menunaikan umrah sambil menziarahi makam junjungan tercinta Nabi Muhammad SAW dan para sahabat yang dirahmati ALLAH.
Walaupun kerja-kerja memberi khidmat nasihat dan konsultasi dalam bidang kewangan Islam kini amat berkurangan lantaran komitmen di Yadim dan dunia politik yang lebih besar, penulis bersyukur diberi kesempatan oleh ALLAH untuk berkunjung ke Tanah Suci kali ini.
Cuma agak terkejut juga menyaksikan proses pembangunan dan pembesaran Masjidil Haram yang berlaku begitu pesat. Hampir seluruh bangunan asal yang mengelilingi Kaabah telah diruntuh untuk dibangunkan baharu dengan kemudahan yang lebih canggih.
Namun pujian juga harus diberikan kepada kerajaan Arab Saudi yang berjaya melakukan proses pembangunan masjid begitu hebat dengan meminimumkan gangguan terhadap para jemaah.
Walau bagaimanapun, disiplin para petugas dan pegawai keselamatan kerajaan Arab Saudi yang mengawal perjalanan keluar masuk ke dalam masjid amat berkesan.
Pernah dalam perbualan penulis dengan sebahagian mereka yang menjadi pegawai keselamatan ini, mereka melahirkan rasa hormat kepada Malaysia.
Rasa hormat ini bukannya sekadar propaganda murahan tetapi pujian ikhlas kerana disiplin jemaah Malaysia secara keseluruhannya jauh lebih baik.
Bahkan daripada segi penyempurnaan aspek ritual ibadah, nampak jelas betapa rata-rata rakyat Malaysia cukup berdisiplin terutamanya dalam aspek pemakaian dan perlaksanaan ibadah umrah.
Sebab itu tidak sukar untuk mengenali jemaah atau pengunjung Malaysia terutamanya wanita kerana berpakaian telekung mahupun jubah putih yang kemas dan sempurna menutup aurat.
Rakyat Malaysia bukan sahaja hebat dari segi disiplin ibadah tetapi juga dalam bab membeli-belah. Hinggakan hampir tiada pengusaha-pengusaha dan para penjual di gerai-gerai dan kedai-kedai yang tidak boleh berbahasa Melayu.
Ramai juga pengunjung dari Malaysia yang datang bersama seluruh ahli keluarga. Penulis juga tidak ketinggalan pada kali ini membawa seluruh anggota keluarga.
Kebetulan juga mempunyai ramai keluarga di Makkah dan Madinah, penulis tidak perlu berbelanja besar kerana diberi kesempatan menginap di apartmen mereka yang amat dekat dengan masjid.
Apa yang boleh penulis kongsikan dengan pembaca betapa bermaknanya membawa anak-anak bersama menunaikan umrah jika ada sedikit kemampuan.
Di samping keberkatan besar Tanah Suci yang dapat dirasai sendiri oleh anak-anak daripada yang kecil hinggalah ke besar, mereka juga dapat didedahkan dengan makna menjadi orang Islam dengan lebih berkesan.
Anak-anak juga akan lebih menghargai bagaimana susahnya Junjungan Nabi SAW berserta para sahabat baginda dalam misi awal mengEsakan ALLAH dan memperjuangkan syariatNya.
Dengan itu rasa kasih kepada agama dan kefahaman tuntas terhadap konsep ibadah dapat dicanai dan dipasakkan dengan lebih berkesan.
Percutian spiritual sebegini tentulah besar maknanya kepada seluruh anggota keluarga. Mudah-mudahan juga pertautan sesama ahli keluarga akan lebih erat lantaran dipaterikan atas dasar aqidah dan kasih sayang terhadap ALLAH, RasulNya dan agamaNya.
Berbanding dengan percutian yang hanya memfokuskan hiburan dan membeli-belah semata-mata, percutian yang ada nilai pembangunan rohani ini tentunya ada unsur yang lebih holistik dan menyeluruh.
Ini seiring dengan suatu jaminan yang digambarkan berkenaan dengan perihal mereka yang dikurniakan ALLAH SWT suatu ketenangan jiwa: “(Iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan ‘zikrullah’ (mengingati ALLAH).
Ketahuilah dengan ‘zikrullah’ itu, tenang tenteramlah hati manusia” (Ar-Ra’d: 28)
Kita sebagai hamba ALLAH yang secara lumrahnya disibukkan dengan pelbagai urusan dunia yang begitu banyak dan padat tentulah memerlukan sebuah ‘uzlah’ singkat.
Uzlah yang dimaksudkan ialah suatu pengasingan sementara atau istilah biasa percutian pendek bagi mencari ketenangan dan sedikit kerehatan minda, jiwa dan fizikal.
Sudah tentu tiada percutian yang lebih bersifat holistik, jika berkemampuan, untuk mengunjungi dua Tanah Suci yang bukan sahaja berziarah tetapi melaksanakan umrah yang mampu menenang dan menenteramkan jiwa.
Justeru amatlah digalakkan untuk syarikat-syarikat pelancongan dapat memperkenalkan pakej ekonomi yang berpatutan dan sederhana untuk menarik lebih ramai jemaah dapat pergi bersama ahli keluarga dan sahabat handai masing-masing.
* Penulis Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)

0 Komentar untuk " Percutian spiritual yang mendamaikan "