SAYA selalunya tersenyum apabila dalam sesuatu majlis, juruacara akan berkata, ‘Oleh kerana masa mencemburui kita, maka setakat inilah majlis kita pada hari ini.’
Saya tersenyum kerana memikirkan, bukankah kita yang mencemburui masa dan bukan sebaliknya? Masa, meskipun bergerak detik demi detik dengan begitu perlahan, ia kerap mendahului kita. Masa adalah sesuatu yang selalu meninggalkan kita meskipun kita boleh berlari lebih laju daripada putaran jarum saatnya.
Bagaimana ya, masa yang bergerak perlahan itu tidak dapat kita kejar?
Ada di antara mereka yang memusuhi masa. Beranggapan masa itu menyusahkan. Bagi mereka, bergerak ke sesuatu tempat atau menyudahkan sesuatu kerja mengikut masa yang ditetapkan itu adalah suatu stres. Rancangan esok tidak mahu difikirkan. Mereka berpendapat, biarlah hal esok, esok punya cerita.
Jika begitu pandangan mereka, memanglah mereka akan sentiasa ditinggal waktu.
Dalam pada itu, di antara mereka pula yang dapat berkawan dengan masa. Mereka dapat mengurus diri dan kerjanya agar seiring dengan masa.
Ia boleh terjadi apabila mereka punyai disiplin yang kuat dalam menepati waktu. Kebolehan menganggar waktu dalam menyelesaikan sesuatu itu membolehkan mereka menguasai masa.
Di antara mereka yang memusuhi masa mahupun yang dapat bersahabat dengannya, terdapat golongan yang kadangkala sukakan masa, tetapi ada ketikanya benci pula padanya. Suka pada masa apabila menikmati sesuatu.
Benci pada masa apabila tidak suka berdepan dengan apa yang bakal dilalui. Mereka berdepan dengan kerja yang semakin bertambah, tetapi sebaliknya masa tetap 24 jam sehari. Banyak kerja yang tercicir, terbengkalai, malah terlepas pandang kerana masa makin menghimpit akibat banyaknya kerja. Kadangkala terfikir pula, apakah masa itu musuh atau sahabat? Golongan ini adalah kita.
Kita tidak boleh memusuhi masa kerana kita amat memerlukannya. Justeru itu, kita perlu mencari jalan agar menyukai masa supaya kita dapat bersahabat dengannya. Tetapi, bagaimana mengendalikan masa yang kian sukar dikawal itu?
Apakah kita sudah terlupa bagaimana kita mengharungi masa ketika zaman persekolahan dahulu? Kita boleh bangun pada jam 6 pagi dan bersiap-siap untuk ke sekolah. Kita berjalan kaki, berbasikal mahupun menaiki bas sebelum matahari muncul lagi.
Dalam sehari kita belajar pelbagai matapelajaran, silih berganti. Pulang ke rumah, terus pergi mengaji, bersukan dan membuat kerja rumah sebelum tidur. Pada hari esoknya, kita lalui kembali pelbagai aktiviti daripada pagi hinggalah ke malam hari. Mengapa kita tidak berasa lelah? Mengapa tidak berasa terhimpit?
Jika pada hari ini kita stres kerana perlu menghadiri mesyuarat, menyiapkan laporan, perbincangan projek, menjawab telefon, melayani e-mel, bertemu dengan bos, makan tengahari dengan klien dan pelbagai lagi tugasan, bukankah itu berbahaya kerana ia akan mengakibatkan seseorang menghidap penyakit yang di antaranya darah tinggi, lemah jantung atau migrain?
Itu belum termasuk lagi keadaan fikiran yang menjejaskan pertimbangan membuat keputusan atau mengganggu perhubungan dengan rakan sepejabat.
Jika orang lain juga mempunyai masa 24 jam sehari seperti kita juga, bagaimana orang lain tidak stres tetapi kita bingung dengan segala perkara?
Di antara sebabnya ialah kegagalan kita untuk membahagi masa. Oleh kerana kita tidak membahagi masa tetapi sebaliknya memikirkan semua kerja itu selonggok di depan mata, maka ia kelihatan banyak dan begitu membebankan. Pada waktu yang sama, kita belum pun memulakan suatu apa pun.
Ingat tak, di waktu sekolah dahulu, kita belajar tidak kurang lapan matapelajaran dalam satu-satu hari? Selepas subjek Bahasa Melayu, ada Matematik yang diikuti dengan matapelajaran Biologi, Geografi, Sejarah, Agama, Sastera dan Kemahiran Hidup.
Kesemuanya kita lalui subjek demi subjek, silih berganti. Mengapa kita tidak penat atau stres?
Kita boleh melaluinya dengan selesa kerana kita berupaya menanganinya satu persatu. Selepas subjek Bahasa Melayu, kita hadapi matapelajaran Matematik, Biologi, Geografi dan seterusnya.
Ertinya, kita menangani apa yang ada di depan mata. Tidak memandang pada subjek yang bakal menjelang dan juga melupakan subjek yang telah diikuti. Begitu juga dalam suasana kerja.
Jika kita boleh fokus dengan apa yang perlu dilakukan pada sesuatu masa dan tidak peduli dengan apa yang bakal kita lalui serta mengetepikan apa yang telah kita selesaikan, kita sebenarnya meringankan beban di fikiran.
Masa menjadi musuh jika kita tidak susun apa yang perlu kita lakukan seiring dengan pola waktu. Jika masa itu dibahagikan kepada saat, minit, jam, hari, minggu, bulan dan tahun, kerja kita perlu punyai peruntukan masa. Jika kita tiada memperuntukan masa bagi setiap perkara; bila mahu mula dan bila mesti berhenti, maka lehidupan kita akan jadi haru-biru.
Oleh kerana masa itu sentiasa membayangi apa yang kita lakukan, maka kita mesti mencari jalan bersahabat dengannya. Jangan lupakan masa. Caranya begitu mudah. Selalulah memandang jam! Ia kelakar bagi sesetengah orang. Tetapi perasan tak, banyak kelewatan kita terjadi kerana kita terlupa memandang jam!
Layari http://www.maafcakap.blogspot.com untuk membaca artikel-artikel sebelum ini.

0 Komentar untuk " Masa itu musuh atau sahabat? "