Honda Malaysia sasar jualan 85,000 unit - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Honda Malaysia sasar jualan 85,000 unit

HONDA Malaysia merancang meningkatkan penguasaan pasaran kepada 12.2 peratus tahun ini dengan sasaran jualan 85,000 unit.

Presiden dan Ketua Pegawai Operasinya, Roslan Abdullah, berkata sasaran itu boleh dicapai dengan pengenalan model baharu serta model sedia ada.

"Tahun lepas kami menjual 77,485 unit, menjadikannya jenama peneraju dalam segmen kereta penumpang bukan nasional dengan 11.9 peratus penguasaan pasaran.

"Kami mempunyai keupayaan menghasilkan 100,000 kenderaan setahun dan menyasarkan untuk menjual 85,000 unit tahun ini.

"Kami menyasarkan 70 peratus daripada jumlah jualan pada 2015 daripada model City dan Jazz, 10 peratus daripada CR-V yang dilancarkan baru-baru ini dan 10 peratus daripada HR-V serta daripada model lain bagi mencukupkan peratusan jualan itu," kata  Roslan kepada pemberita di majlis pelancaran model HR-V, kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak generasi baharu.

Model HR-V dengan harga permulaan RM99,800 seunit, akan merapatkan jurang di antara SUV lebih mahal dan sedan, katanya.

"Kami menyasarkan jualan 700 unit HR-V sebulan dan telah menerima 1,500 tempahan awal. Kami berupaya menyelesaikan penghantaran kepada semua tempahan dalam tempoh dua hingga tiga bulan," kata Roslan dengan menambah, model itu adalah SUV kompak terlaris di Jepun.

Menurutnya, HR-V baharu itu adalah komponen terurai sepenuhnya dan dipasang di kilangnya di Pegoh, Alor Gajah, Melaka.

"Ia mempunyai waranti lima tahun dengan perbatuan tanpa had serta selang servis 10,000 kilometer di semua 78 pengedar Honda di seluruh negara," katanya. - Bernama

0 Komentar untuk " Honda Malaysia sasar jualan 85,000 unit "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ