Perodua tawar pemeriksaan percuma - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Perodua tawar pemeriksaan percuma

PERODUA menawarkan pemeriksaan 50 mata percuma di bawah projek Tweckbot kepada pemilik kereta Perodua untuk perjalanan pulang ke kampung halaman mereka semasa Tahun Baru Cina.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, pelanggan Perodua juga boleh menikmati 20 peratus diskaun ke atas alat ganti dan 10  peratus diskaun bonus untuk anggota Perodua Circle.

Pengeluar kereta itu berkata, pemeriksaan kenderaan percuma itu dibahagikan kepada dua peringkat dengan peringkat pertama mulai 6 hingga 8 Februari di lokasi   terpilih di Negeri Sembilan.

Peringkat kedua ialah selepas Tahun Baru Cina mulai 17 Februari hingga 1 Mac di lokasi terpilih di Pulau Pinang dan Lembah Klang.

Projek Tweckbot Perodua itu yang bermula pada 2011, menyaksikan integrasi pertama media sosial oleh pelanggan Perodua bagi mendapatkan temu janji pemeriksaan percuma kenderaan mereka di tempat tinggal masing-masing berdasarkan tarikh dan lokasi kru Tweckbot. - Bernama

0 Komentar untuk " Perodua tawar pemeriksaan percuma "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ