Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menulis tweet mengumumkan harga bahan api akan dikurangkan antara 30 dan 35 sen mulai esok, sama dengan pengiraan Pakatan Rakyat terdahulu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Disember, 2014.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan hari ini mengumumkan harga runcit bahan api di negara ini akan dikurangkan antara 30 dan 35 sen mulai esok berikutan trend menurun dalam harga minyak mentah global.
Beliau menulis tweet yang petrol RON95 akan dijual pada harga RM1.91 seliter (pengurangan sebanyak 35 sen), petrol RON97 pada RM2.11 seliter (turun 35 sen) dan diesel RM1.93 seliter (turun 30 sen).
Harga yang diumumkan itu hampir sama dengan pengiraan yang dibuat Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Rafizi Ramli terdahulu hari ini yang mengatakan RON95 petrol patut ditetapkan pada harga RM1.91 seliter dan diesel pada RM1.94 seliter.
Beliau menulis tweet: "Minyak turun lagi Bila pula para peniaga nak turunkan harga barang? Rakyat menunggu."
Sementara itu, Bernama melaporkan pengumuman yang sama juga dibuat oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek.
"Harga petrol dan diesel adalah berdasarkan pada harga kos purata produk untuk seluruh bulan Disember 2014 dan kadar pertukaran mata wang," katanya.
Beliau berkata kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran kos produk dan kadar pertukaran mata wang dalam penetapan harga runcit petrol dan diesel pada bulan-bulan akan datang.
"Semua syarikat-syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak mesti mematuhi baru harga dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang melanggar peraturan penentuan harga baru," katanya.
Pada hari Isnin, penanda aras global minyak mentah Brent berada pada AS$57.88 setong manakala minyak mentah AS pada AS$53.61 setong. Harga jatuh ke tahap paling rendah sejak Mei 2009.
Penganalisis asing berkata harga minyak tahun ini berada di landasan untuk penurunan terbesar sejak 2008 dan kejatuhan tahunan kedua terbesar sejak bermulanya dagangan niaga hadapan pada 1980-an.
Pada bulan November, Putrajaya mengumumkan ia akan menghapuskan semua subsidi bahan api berkuatkuasa 1 Disember dan menggunakan kaedah apungan terurus untuk menentukan harga runcit bahan api.
Melalui kaedah apungan terurus, purata perubahan kos produk akan menentukan harga pada setiap bulan.
Bagaimanapun, dengan kejatuhan harga minyak di seluruh dunia dan tidak menunjukkan tanda-tanda pemulihan, rakyat Malaysia akan menikmati harga minyak yang lebih murah pada kedatangan tahun baru 2015. – 31 Disember, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/harga-minyak-turun-antara-30-dan-35-sen-tengah-malam-ini#sthash.6bf6Sapi.dpuf

0 Komentar untuk " Harga minyak turun antara 30 dan 35 sen tengah malam ini "