Belia perlu diberi peluang berbakti kepada masyarakat - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Belia perlu diberi peluang berbakti kepada masyarakat

Timbalan Ketua Umno Bahagian Kota Kinabalu Datuk Seruji Nawawi berkata belia masa kini harus diberi peluang menjalankan tanggungjawab mereka untuk berbakti kepada masyarakat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Januari, 2015.

Belia masa kini harus diberi peluang menjalankan tanggungjawab mereka untuk berbakti kepada masyarakat tanpa perlu menunggu waktu sesuai agar mereka bersedia menjadi pelapis kepada kepimpinan negara pada masa akan datang.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Kota Kinabalu Datuk Seruji Nawawi berkata peluang seperti itu berupaya melatih golongan muda menjadi pemimpin bukan hanya di peringkat komuniti, tetapi juga untuk negeri Sabah, khususnya dan negara, amnya.

"Kita tidak boleh menunggu untuk memberi peluang itu kerana mereka adalah bakal pengganti kepada pemimpin yang ada pada hari ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis malam cinta Allah dan Rasulullah sempena ambang tahun baharu di Masjid Jamek Likas malam tadi.

Turut hadir bekas Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Ahmadshah Abdullah.
Mengenai majlis itu, Seruji, yang juga Pengerusi Masjid Jamek Likas, berkata golongan belia kawasan Likas diberi peluang menganjurkan majlis berkenaan melibatkan belia yang berumur di antara 20 hingga 25 tahun.

Beliau berkata program yang julung kalinya diadakan sejak 50 tahun penubuhan masjid itu adalah atas inisiatif belia di kawasan itu dengan kerjasama ahli jawatankuasa masjid Jamek berkenaan.

Majlis itu dihadiri kira-kira 1,000 orang dan tabung bantuan untuk mangsa banjir di seluruh negara turut dilancarkan. – Bernama, 1 Januari, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/belia-perlu-diberi-peluang-tunai-tanggungjawab-berbakti-kepada-masyarakat#sthash.2bxCiLMK.dpuf
0 Komentar untuk " Belia perlu diberi peluang berbakti kepada masyarakat "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ