Fakta 2: Lim Guan Eng Yang Keliru atau Mengelirukan Rakyat - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Fakta 2: Lim Guan Eng Yang Keliru atau Mengelirukan Rakyat

Kenyataan Lim Guan Eng juga dalam portal berita yang sama bahawasanya “Sejak tahun 2008, negeri ini tidak pernah melupuskan mana-mana lot yang besar milik kerajaan negeri kepada sektor swasta. Tanah yang telah dilupuskan adalah terpencil dan merupakan tanah kediaman untuk Kampung-Kampung Baru."

Lim berkata PR hanya menjual 1.1 ekar tanah di Jalan Zainal Abidin (RM10.2 juta) dan 102 ekar tanah di Bayan Mutiara (RM1.1 bilion) sejak mengambil alih pentadbiran negeri (Since 2008, the state did not dispose of any large lots belonging to the state to the private sector. Lots that were disposed of were only secluded ones and residential land for new villages, Lim said PR had only sold 1.1 acres on Jalan Zainal Abidin (RM10.2 million) and 102 acres in Bayan Mutiara (RM1.1 billion) since taking over the state administration).

Laporan Bernama bertarikh 11 November 2011 melaporkan tanah di Bayan Mutiara dijual kepada Ivory Properties dengan nilai RM1.07 bilion. Manakala laporan The Malaymail Online bertarikh 11 Oktober 2013 pula melaporkan tanah di Batu Kawan dijual kepada PE Land dengan nilai RM65.34 juta.

Kenyataan yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu sendiri bertarikh 12 Januari 2014 melibatkan penjualan tanah juga di Batu Kawan kepada Aspen Vision (49% dimiliki oleh Ivory Properties) yang bernilai RM484 juta turut dirujuk. Laporan The Star bertarikh 26 Mac 2014 pula melaporkan penjualan tanah di Batu Kawan kepada Paramount Group yang bernilai RM67 juta serta laporan The Star bertarikh 15 September 2014 pula melaporkan penjualan tanah kepada syarikat Eco World yang bernilai RM1.02 bilion.

Bagaimana seorang Ketua Menteri dengan begitu mudah lupa akan fakta-fakta penjualan tanah ini dan tidak disebutkan langsung dalam kenyataannya?

Oleh Edwin Michael,
Pensyarah Universiti Tunku Abdul Rahman.

FAKTA 1: https://www.facebook.com/568824709898951/photos/a.577610995686989.1073741829.568824709898951/674985489282872/?type=1

0 Komentar untuk " Fakta 2: Lim Guan Eng Yang Keliru atau Mengelirukan Rakyat "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ