PAS tak harus abai tadbir urus baik semata-mata kerana hudud, kata DAP - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

PAS tak harus abai tadbir urus baik semata-mata kerana hudud, kata DAP

PAS diingatkan untuk kembali kepada perjuangan tatakelola dan tadbir urus kerajaan yang baik seperti ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan tidak meninggalkan perjuangan yang disepakati Pakatan Rakyat (PR) itu semata-mata kerana mahu meneruskan agenda hudud mereka bersama musuh sejati, Umno, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Melalui kenyataannya hari ini, ketua menteri Pulau Pinang itu berkata, 80% pengundi bukan Islam yang mengundi dalam PRU13 mengharapkan PAS menentang Umno akan rasa dikhianati oleh parti Islam tersebut kerana mereka mengundi untuk menentang rasuah serta menggantikan Barisan Nasional (BN), bukannya melaksanakan hudud.

"PAS tidak seharusnya meninggalkan tadbir urus kerajaan yang baik semata-mata mempercayai Umno akan membantu mereka melaksanakan hudud kepada Muslim di Kelantan kerana ia bakal melenyapkan asas Perlembagaan Persekutuan dan menggagalkan usaha Pakatan Rakyat (PR) menyelamatkan Malaysia daripada rasuah dan BN," kata Lim.

Lim berkata, Umno tidak akan mengalami sebarang kerugian kecuali untuk kembali memenangi undi bukan Islam yang hilang kerana PAS pada 2013.
Ahli Parlimen Bagan itu berkata, hudud juga bukannya pemenang pilihan raya bagi PAS untuk pengundi komuniti Melayu, kerana jika jika undang-undang Islam itu begitu penting, PAS sudah pasti akan memenangi setiap pilihan raya sejak 50 tahun lalu dan tidak perlu menunggu 50 tahun sehingga Pilihan Raya 2008 untuk memenangi Kedah dan Perak melalui penyertaan bersama PKR dan DAP dalam PR. – 20 Disember, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-tak-harus-abai-tadbir-urus-baik-semata-mata-kerana-hudud-kata-dap#sthash.TUrp4qp6.dpuf
0 Komentar untuk " PAS tak harus abai tadbir urus baik semata-mata kerana hudud, kata DAP "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ