1MDB: Malaysia akan bankrup - Tony Phua - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

1MDB: Malaysia akan bankrup - Tony Phua

Wahai Tony Pua, mengapa anda terus berbohong dan berbohong dan berbohong?

Saya merujuk kepada artikel anda hari ini bertajuk "Najib boleh menjadi PM pertama yang bankrapkan negara" dalam Free Malaysia Today di sini: http://tinyurl.com/ktfaqg6

Satu-satunya perkara yang bankrap adalah idea-idea kamu dan sentiasa berkata kerajaan akan bankrap. DAP telah mengatakan ini selama 30 tahun dan Malaysia masih tidak muflis.

Tony Pua, mengapa anda berbohong seperti ini?

1) 1MDB mungkin mempunyai RM36 bilion hutang tetapi ia juga mempunyai RM43 bilion aset termasuk kebanyakan IPP (Indipendent Power Producer) yang sebelum ini dimiliki oleh apa yang dipanggil sebagai 'kroni' oleh anda; Ananda Khrishnan, Genting dan lain-lain. Semua IPP yang sebelum ini anda sendiri katakan sangat lumayan dan membuat banyak keuntungan!

Wang yang dikumpulkan tidak digunakan untuk perbelanjaan tetapi untuk membeli aset! Nilai aset-aset ini akan terus naik dan apabila IPO tenaga 1MDB selesai, kamu akan telan semula kata-kata kamu.

Jadi, bagaimana untuk menjadi muflis jika terdapat RM43 bilion aset yang dibiayai oleh RM36 bilion hutang? Adakah anda tahu bahawa modal permulaan yang dibayar oleh kerajaan untuk 1MDB hanya RM1 juta sahaja? Pertumbuhan dan perkembangan seterusnya dihasilkan dari pinjaman dan pembelian aset.

2) Kedua, kos pembiayaan adalah lebih kurang 4.42%. Gunakanlah otak anda! Jika mendapat 'sovereign guarantees', bagaimana kos pembiayaan boleh menjadi 6%! Anda pembohong!

3) Yang ketiga, wang yang berada di Cayman sudah kembali ke Malaysia pada April 2014 dan wang itu berada di sana pada mulanya kerana 1MDB membuat keuntungan dengan menjual sebuah syarikat cari gali minyak yang telah dilabur dahulu di Timur Tengah. Mengapa anda berbohong?! http://tinyurl.com/nkz9p4n

4) 1MDB membayar RM1.38 bilion bagi 238 ekar tanah di Pulau Pinang berhampiran Georgetown dipanggil "berbelanja besar"?

Adakah anda tahu tentang satu perjanjian di mana 102.5 ekar tanah di Bayan Mutiara telah dijual pada harga RM1.07 bilion? Bukankah ini lebih mahal? Saya berani bertaruh bahawa harga tanah itu juga telah meningkat kini walaupun 1MDB belum lagi membina walau sebuah rumah pun.

Dan sejak bila pula membina perumahan mampu milik dianggap "berbelanja besar" ? Adakah ini mengapa kerajaan negeri Pulau Pinang terus gagal membina perumahan kos rendah kerana anda semua tidak mahu "berbelanja besar"?

Bos anda, Lim Guan Eng patut mencium kaki 1MDB kerana membantu beliau menangani kritikan berterusan terhadap kerajaan negeri yang gagal membina rumah mampu milik!

Tony Pua, mengapa kamu begitu banyak berbohong? Saya amat kecewa dengan anda.

Anda pergi sekolah atau tidak atau anda mencetak sijil Oxford anda sendiri menggunakan pencetak inkjet murah? Jadi anda mengatakan Najib boleh jadi PM yang pertama untuk bankrapkan negara?

Saya rasa Najib patut menyaman pembohong seperti anda kerana fitnah dan menjadikan anda ahli politik pertama yang menjadi muflis kerana fitnah di Malaysia.

Tulisan Lim Sian See yang diterjemah sebaik mungkin:
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1570086739876781
0 Komentar untuk " 1MDB: Malaysia akan bankrup - Tony Phua "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ