SINGAPURA - Pekerja Malaysia umumnya didapati memberi lebih tumpuan kepada kerja semasa dalam perjalanan intrahari, seperti semasa pergi dan balik daripada mesyuarat, kata Regus dalam kajian terbarunya selepas meninjau pendapat lebih 22,000 responden di 100 negara.
Kajian itu mendapati 52.8 peratus pekerja Malaysia sibuk dengan emel dan 43.3 peratus membaca dokumen kerja yang penting, manakala hampir 75 peratus menghabiskan masa membuat panggilan telefon dan lebih 50 peratus lagi sibuk mengikuti berita terkini.
Di sebalik masa perjalanan yang semakin meningkat, jumlah pekerja Malaysia yang sentiasa mahu mengekalkan produktiviti turut naik, kata Regus sambil menambah bahawa ini semua mencerminkan petanda yang baik bagi ekonomi Malaysia,
khususnya dengan Wawasan 2020 yang semakin hampir.
Pengurus Negara di Regus Malaysia, Vijayakumar Tangarasan berkata, daripada menjadi lebih singkat, perjalanan harian global sebenarnya semakin bertambah sebanyak lima minit untuk setiap perjalanan dan sekarang ini berjumlah satu jam untuk setiap hari.
"Walaupun perjalanan harian ini mewakili penurunan produktiviti, para pekerja ini sebenarnya mengekalkan tahap keaktifan dengan peranti mudah alih mereka dan pada masa yang sama menikmati hiburan seperti muzik semasa mereka bergerak.
"Semasa perjalanan intrahari ini, mereka sebenarnya lebih fokus pada aktiviti profesional," katanya.
Menurutnya, bagaimanapun, mereka sebenarnya lebih suka kepada suasana kerja yang profesional dan tidak sibuk seperti berdekatan dengan rumah atau di mana urusan mereka boleh dibuat, dengan ini masa perjalanan menjadi lebih singkat dan
produktiviti mereka boleh bertambah.
"Bekerja lebih dekat dengan rumah bermakna mengurangkan penurunan produktiviti harian melalui perjalanan dan memberikan pekerja lebih banyak peluang untuk mengimbangi kerja-kehidupan mereka," katanya.
Kajian itu mendapati secara purata, perjalanan harian untuk kebanyakan negara di dunia telah meningkat kepada lima minit untuk setiap perjalanan semenjak 2012 dengan purata perjalanan sehala mengambil masa selama 32.5 minit berbanding hanya 27 minit pada dua tahun lepas dengan jumlah keseluruhan perjalanan pergi balik ke tempat kerja ialah satu jam setiap hari. - Bernama

0 Komentar untuk " Rakyat Malaysia lebih fokus kerja dalam perjalanan "