PUTRAJAYA - Putrajaya bakal bermandikan cahaya selama tiga hari mulai 12 Dis ini sempena penganjuran 'Light and Motion Putrajaya' (Lampu) 2014, yang mampu menyerlahkan keindahan dan keunikan seni bina bangunan dan struktur utama di pusat pentadbiran negara itu.
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Loga Bala Mohan berkata, program itu melibatkan sebahagian Persiaran Perdana, Dataran Putrajaya, Kompleks Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Sisiran Tasik di Presint 2 dan 3.
Bangunan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Menara Usahawan, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen, pintu gerbang PPj dan Istana Kehakiman antara bangunan yang akan bermandi cahaya, katanya pada sidang media sempena prapelancaran Lampu 2014 di sini, hari ini.
Program itu, yang bermula dari 7.30 petang hingga 12 tengah malam, akan mengetengahkan acara seperti permainan pencahayaan interaktif, pameran automotif bercahaya, kayuhan basikal serta beca bercahaya, mini IT ekspo, pertunjukan wayang kulit serta pertandingan fotografi.
Penganjuran festival itu mirip kepada Festival Cahaya Antarabangsa yang sering dianjurkan bandar raya terkemuka dunia seperti Festival Cahaya Lyon, Festival Cahaya Amsterdam, Festival Cahaya Berlin serta festival cahaya terkemuka Eropah, 'Matters'.
"Semoga penganjuran ini akan menjadikan Putrajaya dikenali di persada dunia dan mampu menarik lebih ramai pelancong," katanya.
Loga Bala menjangka Lampu 2014 dapat menarik kehadiran kira-kira 100,000 pengunjung. - Bernama

0 Komentar untuk " Putrajaya bermandi cahaya sempena Lampu 2014 "