SIKAP tak apa, kemudahan kelas satu, minda kelas tiga, tingkah laku kelas empat!
Tatkala berusia 20 tahun, negara merdeka hari ini 57 tahun lampau. Tiga bulan sebelum peristiwa bersejarah berlangsung, saya membuat keputusan berdikari - keluar kolej sebelum tamat kursus kerana tidak ingin lagi terkongkong oleh pelajaran.
Malaya bebas setelah Parti Perikatan Umno/MCA /MIC membuat perhitungan risiko kemerdekaan. Saya yang mentah atau greenhorn and inexperienced keluar sekolah menceburi dunia yang rough - and - tumble atau bergomol-gomol tanpa sebarang reserve yakni tiada simpanan selain daripada terlampau yakin pada diri sendiri. Menoleh ke belakang, saya tidak menyesal walaupun tindakan itu foolhardy sebab pada amnya keputusan itu tepat dan berani.
ALLAH SWT telah melindungi saya walaupun menempuhi berbagai cabaran dan ujian pahit maung. Syukur Alhamdulillah, saya survive untuk bercerita or as Speaking says to tell my side of the story.
Malaysia (semenjak 16 September 1963) dalam hampir enam dekad telah menempah kemajuan hebat dari sebuah negara pertanian mundur kepada satu ekonomi yang berpendapatan tinggi kelas dua bawah dan bercita-cita mencapai kelas pertama enam tahun lagi.
Itulah cabaran besar yang dihadapi kepimpinan Perdana Menteri Najib Tun Razak.
Termakbulkah hasrat itu? Saya optimis jika negara terus stabil dan pencapaian kini terus dipertingkatkan harapan itu terlaksana.
Jika tiada ketenteraman politik dan harmoni antara etnik; tanpa keazaman anggota perkhidmatan awam dan iktikad mereka dalam bisnes, perdagangan, ekonomi dan sektor kewangan kita kecewa, terkandas.
Sepatutnya kita telah mencapai transformasi yang boleh kita megahkan; berbangga, yes, berbesar hati, no. Ada negara kecil seangkatan dengan kita jauh di depan. Saya mahu adil and if this would make you happy - membuat anda gembira - banyak pula negara yang lebih besar, lebih lama merdeka jauh di belakang dalam banyak aspek.
Perbandingan atau comparison, tegas Speaking, 'is odious' yakni menjelikkan dan bisa menimbulkan rasa benci. Kenapa kita mesti bermegah kita di depan negara kelas tiga? Kita harus membandingkan kita dengan mereka di kelas satu.
Slogan Najib adalah transformasi, yakni mengubah sepenuhnya untuk kebaikan bukan reformasi iaitu membuang yang buruk.
Tegas seorang radikal Pakatan Rakyat, lebih beremosi daripada berfikir, "kalau kami berkuasa kami akan metamorfosiskan negara ini yakni tukar bentuk rupanya seperti dari tadpole kepada frog iaitu dari berudu kepada katak.”
Di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang yang diperintah oleh Pakatan Rakyat tidak ada pun reformasi sekadar hanya usaha menggodek-godek, cuba membaiki sahaja atau bak kata mat salih hanya tinkering and tweaking.
Saya pun hairan, terutama di Kelantan, seharusnya sudah ada pembebasan dan pembaharuan fizikal dan minda, kalaupun ada tidak nyata! Sudahkah kita secara jujur dan ikhlas merdeka daripada sindrom perhambaan manusia atas manusia atau exploitation of man over man? Adakah minda dan aksi kita benar-benar merdeka?
Bersih dan bertindak dalam segala tindakan seperti dituntut oleh agama kita?
Saya menerima pendapat minda kita belum lagi bebas, sikap kita terhadap kebersihan, pendekatan kita pada etika kerja dan keamanahan masih dibelenggu oleh tradisi "tidak apa" yang merugi dan mengaibkan. Kita terus suka lepak, omong kosong daripada membaca kitab/buku, bersukan atau kerja amal.
Pembangunan fizikal jauh mendahului perubahan minda. Ada kemudahan dan lokasi kita first world tetapi attitude atau sikap terhadap tanggungjawab masyarakat terus third world!
Seperti ditegaskan oleh seorang profesor, berpendidikan dan bertamadun, “ramai orang kita juga orang lain telah lama tinggalkan kampung dan pedalaman.
Sudah dapat PhD, berpangkat, bertitle dan tinggal di perumahan yang berpagar dan berkawalan tetapi tabiat dan perangai mereka masih kekampungan.”
Kemerdekaan minda bermakna membebaskan daripada belenggu pengaruh dan budaya Barat juga Timur / Timur Tengah. Kalau ketiga-tiganya membankrapkan daya pemikiran dan imaginasi kita, kita mesti tolak pengaruh tamadun itu.
Kita dianugerahi akal, justeru harus mampu kenal antara baik-buruk, antara agama dengan budaya dan adat resam; praktikal atau tidak, cendekia atau sebaliknya, benar atau bohong. Kita tidak boleh menerima bulat-bulat cerita, gosip, sangkaan, bahkan hipotesis dan pendidikan tanpa mengguna minda kritis.
Pada saat ini bangsa asal, Peribumi dan Melayu Islam harus berfikir secara serius jangan pula kita salah hisab, salah andaian jadi mangsa sejarah seperti Malayan Union atau lebih teruk lagi. Jiran kita Singapura, satu masa menghadapi masalah yang sama - etnik, pendidikan, bahasa dan keselamatan.
Dari beberapa segi isu dihadapi Pulau Temasek lebih kompleks dari kita - kenapa mereka berjaya menyelesaikan isu pendidikan, bahasa, keselamatan dan ekonomi? Senang sahaja jawapannya: kepimpinan yang tegas, berani, bervisi dan tanpa sentimen - satu negara, satu pendidikan, satu taat-setia... satu parti politik pada hakikatnya sebab PAP terlalu dominan walaupun Singapura mengamalkan demokrasi.
Jika kita tidak berwaspada, kita sedang menuju ke arah a politikal disaster yakni malapetaka politik lambat-laung akibat tegas Speaking, "what seems a long list of missteps that could pave the way to PR central government after PRU 2014”.
Percayalah kepada oldie, warga emas ini: parti pembangkang, despite the crisis in Selangor, nampaknya terus berkembang bukan kerana mereka kuat tetapi kerana rakyat kelihatan parti pemerintah lemah. Rakyat asal, Peribumi dan Melayu Islam, pada keseluruhannya, meletakkan harapan mereka kepada kerajaan yang memerintah, bukan kepada parti pembangkang.
Naratif Kerajaan terus di undermined atau dilemahkan oleh opposisi. Maka keyakinan rakyat terhadap Putrajaya sedang dihakis, dierodekan.
Kelemahan kerajaan kini, pada pendapat ramai, terutama dalam kalangan penduduk asal, Peribumi dan Melayu Islam serta juga sebahagian walaupun bilangan kecil the other Malaysians, takut, “to turn back the clock.
Kenapa - jika berbuat demikian bermakna mendahului melaksana dasar manfaat majority race and Islam first?” Kita tidak harus lagi meneruskan dasar pecah perintah.
Lebih buruk lagi membelakangkan etnik yang teruji taat setia dan sokongan kepada parti pemerintah sejak merdeka hingga sekarang.
Jika Najib berani, (kadang kala dia perkasa, dakwa sesetengah orang, for the wrong reason) he should turn the clock back dan ikut kombinasi naratif Tunku Abdul Rahman Putra, bapanya dan Dr Mahathir Mohammad serta ideanya sendiri.
Kalau itu berlaku, saya yakin, in time between now and PRU14, he will be able to restore voter trust and put Malaysia on the path to a real prosperous, patriotic, stable and flourishing democracy.
Dari segi peribadi, setiap hari kemerdekaan, saya berasa nostalgik kerana 30 Ogos malam, saya membantu wartawan kanan di Straits Times (kini NST) melaporkan peristiwa bersejarah menurunkan bendera Union Jack dan menaikkan Jalur Gemilang di Padang Selangor Kelab kini Dataran Merdeka.
Pada keesokan pagi ke Stadium Merdeka untuk majlis proklamasi kemerdekaan.
Pada sebelah malam pula, ke Istana Negara untuk majlis Jamuan Negara dan pertunjukan kebudayaan, primadonanya ialah arwah Tengku Nor Asiah Tengku Panglima Ahmad yang kemudian menjadi anggota Parlimen Umno dari Kelantan.
Saya bersyukur sihat walafiat, bahagia dan puas hati sungguh pun semua hasrat saya tidak tercapai !

0 Komentar untuk " Negara merdeka fizikal, tidak minda "