PASUKAN Peronda Sukarelawan (PPS) Pulau Pinang adalah satu entiti haram di bawah Seksyen 41 Akta Pertubuhan kerana ia tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.
Mereka yang menjadi ahli atau pegawai dalam entiti haram juga boleh didenda atau dihukum penjara, atau kedua-duanya sekali.
Ini disebut dengan nyata di bawah Seksyen 43 dan 42 akta tersebut. Hakikat entiti haram itu diwujudkan yang ditubuhkan pada 2009 untuk membantu menjaga ketenteraman awam negeri, tidak boleh menjadikan ia halal dan sah di bawah undang-undang.
Walaupun ini jelas dan mudah difahami, Ketua Menteri Lim Guan Eng mengambil pendekatan ‘menegak benang basah’.
Isu PPS sekali lagi menyerlah cara beliau mentadbir negeri dan sikap provokatif yang diistilahkan sebagai kebudak-budakan dan tidak masuk akal oleh beberapa pihak.
Mencabar Ketua Polis Negara (KPN) untuk berdebat bukan sahaja tidak sesuai, malah ditafsirkan sebagai satu taktik untuk mempolitikkan isu.
Guan Eng kata KPN boleh dikritik kerana pegawai polis adalah penjawat awam yang gajinya dibayar rakyat. Adakah beliau lupa Ketua Menteri juga jawatan awam yang bertanggungjawab kepada rakyat?
Guan Eng mengecam rakan sejawatnya di Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dengan pelbagai istilah dan hinaan kerana dianggap degil dan keras kepala dalam isu kepimpinan PKR dan negeri, namun pada pandangan banyak pihak, perangai Guan Eng lagi teruk.
Guan Eng mempunyai rekod tersendiri dalam isu sebegini. Kegagalan DAP mengendali pemilihan Jawatankuasa Pusat secara telus, bersih dan demokratik pada 2012 dan 2013 menyebabkan ramai ahli tidak puas hati dan membuat laporan polis.
Partinya jaguh menuduh orang lain terbabit dengan pelbagai penipuan dan manipulasi dalam pilihan raya umum tapi gagal melaksanakan pemilihan parti sendiri yang jauh lebih kecil, ini amat memalukan.
Bapanya Lim Kit Siang kononnya menangis bila menerima surat Pendaftar Pertubuhan yang menyiasat kerana tidak mengiktiraf keputusan pemilihan parti dan arah pemilihan baru dibuat. Guan Eng mencabar kuasa badan itu dan ugut untuk menyaman.
Ada pihak bertanya: adakah Guan Eng atau DAP merasa begitu besar hingga tidak tertakluk kepada undang-undang?
Provokasinya terhadap orang Melayu dan Islam juga ketara, menyambung rekod Kit Siang ibarat bapa borek, anak rintik. Ramai masih ingat ucapan beliau di Hari Natal yang mencadangkan penggunaan ‘kalimah ALLAH’ oleh bukan Islam yang kemudiannya mencetuskan polemik besar, mengingatkan kita kepada ketegangan yang berlaku di Malaysia dan Singapura dalam kes Natrah (Maria Hertogh) pada 1950-an.
Seperti bapanya dan pemimpin DAP lain, Guan Eng adalah penentang hukum hudud yang tegar. Pentadbiran kerajaan DAP kononnya mempraktikkan keterbukaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan. Tapi dalam banyak hal, ini tidak berlaku.
Banyak pihak, termasuk pemimpin Pas, juga mempertikai ketelusan kerajaan negeri dalam pelbagai projek, termasuk projek mega terowong dasar laut, perumahan mewah untuk golongan tertentu dan mampu milik untuk rakyat serta pemusnahan tempat kediaman dan premis perniagaan orang Melayu.
Guan Eng juga memboikot media yang mengkritik pentadbirannya dan melabel pihak yang mempertahan Artikel 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan sebagai rasis dan pelampau.
Dalam kes PPS, rakyat Pulau Pinang sendiri tidak jelas proses pemilihan ahli dan pegawai pasukan beruniform ini serta siapa yang membayar gaji atau elaun mereka.
Apa pula prosedur bila anggota PPS sendiri yang membuat kacau dan melanggar undang-undang? Oleh kerana Guan Eng memilih untuk tidak mendaftar pasukan ini, ada yang sangsi sama ada PPS ini bertujuan politik.
Pihak polis telah membuktikan ada anggota PPS bertindak kasar, membuli dan memukul orang awam semasa menjalankan tugas. Ada juga bekas penjenayah dan terbabit dengan penyalahgunaan dadah.
Pada Disember 2012, anggota PPS memukul dua wartawan dan merosakkan kamera mereka. Anggota itu didapati bersalah di mahkamah dan dihukum denda RM3,000. Atas desakan persatuan media Pulau Pinang, Pengerusi PPS dan Exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh mengesahkan anggota itu telah dipecat.
Namun, video menunjukkan anggota itu masih bergiat dan dilihat membantu menguruskan upacara di majlis pengebumian Karpal Singh baru-baru ini. Jika pemimpin berbohong, ini menimbulkan isu kredibiliti dan keyakinan.

0 Komentar untuk " Kerenah pemimpin besar kepala "