TENGOK berita jurugambar dibelasah, saya teringat kisah lama. Tidaklah ada kaitan, sekadar mengimbau kenangan.
Bulan ini, cukup 11 tahun saya di Karangkraf. Bulan lepas, cukup 20 tahun saya dalam bidang ini. Dalam tempoh yang lama ini, ada sedikit sebanyak kisah suka duka yang dilalui walaupun tidaklah sehebat wartawan lain.
Ya, saya akui kes terlebih sudu daripada kuah memang banyak berlaku apabila kami turun ke lapangan. Ada kes wartawan sendiri, ada juga yang berlebihan itu bukan pun keluarga atau mereka daripada kalangan yang terdekat dengan subjek cerita.
Misalnya dalam satu kejadian, saya turun ke sebuah kampung untuk menemu bual seorang wanita yang jadi mangsa kecuaian pihak hospital, yang memberikannya darah dicemari virus HIV.
Sepanjang kami berada di rumah mangsa, suaminya beri kerjasama yang sangat baik. Tidak ada masalah langsung hinggalah muncul seorang lelaki berketayap yang tiba-tiba memarahi saya.
Dialah yang kemudiannya menguasai suasana dalam rumah itu, memberi pelbagai arahan kepada keluarga mangsa untuk menyimpan semua laporan akhbar berkaitan kes itu termasuk merakam siaran berita televisyen setiap hari. Tujuannya, saman!
Entah berapa kali disebut saman, saman, saman, saya pun tidak pasti tetapi hanya perkataan itulah yang bermain di bibirnya. Saya tidaklah pasti apa hubungan dia dengan keluarga mangsa namun yang pastinya, suami mangsa tidak pula seperti dia.
Lelaki berketayap itu kemudian minta daripada saya buku catatan, untuk dia 'periksa' semua isi temu bual saya dengan anggota keluarga mangsa. Mangsa sendiri memang tidak pun kami jumpa kerana awal-awal lagi suaminya sudah maklumkan bahawa dia tidak mahu jumpa sesiapa, apa lagi media. Dan kami pun hormati tanpa dakwa dakwi!
Saya pun tidak faham mengapa lelaki berketayap yang baharu datang itu marah sangat kepada saya. Macam-macam dikatanya. Minta buku, saya beri. Tetapi buku itu, walaupun kulitnya serupa, bukanlah buku nota temu bual saya untuk kes hari itu sebaliknya buku nota kuliah.
Saya pada masa itu ikuti pengajian luar kampus, dan entah macam mana buku nota yang saya tulis dalam bahasa Inggeris boleh termasuk dalam beg kerja. Buku itulah yang saya beri kepada pakcik bermulut bising yang berlagak seperti polis itu!
Dia pun belek dari muka ke muka. Dahinya berkerut dan saya yakinlah bahawa dia tidak faham apa yang saya tulis, sekadar mahu maintain lagak sahaja!
Keras perut saya menahan ketawa!
Sehandal handal taiko kampung itu, terkena juga dengan saya.
Akhirnya buku itu diserah balik kepada saya sambil mendengus, "huh!"
Keluar dari rumah mangsa, saya dan jurugambar cari pula si penderma darah. Darahnya yang mengandungi HIV itulah yang didermakan ke hospital yang kemudiannya diberikan kepada wanita malang itu.
Kami sampai di rumah pemuda itu, dalam kawasan kebun getah, ketika dia sedang mengapak kayu.
Keluar dari kereta, kawan saya si jurugambar berkata: "Abang Mat, saya tak mahu salam dengan dia..."
Saya tanya, "apa pasal?"
"Dia belah kayu tu, tak nampak? Mana tahu tangan dia berdarah, takutlah... nanti darah dia kena kita pulak!"
Saya terus kata: "Kau jangan buat hal... adab datang rumah orang, kena salam. Kita kena buat apa yang kita patut buat. Soal nak kena jangkit, itu urusan ALLAH. Tangan kau ada luka ke? Tak ada kan?"
Walaupun bertegas dengan dia, dalam hati, cuak juga. Saya bukan tahu hal virus HIV. kalau nak kena, nasiblah. Cuma dalam melaksanakan tugas, saya tidaklah boleh ikut orang yang sudah mengalah.
Pemuda itu sambut kami dengan baik. Dia tinggal dengan ibunya. Katanya, isterinya sudah diambil balik oleh mertua sejak heboh cerita darah HIVnya.
"Nasib saya dah bang... saya mengaku, dulu saya memang nakal tapi sudah lama tinggal. Saya pun tak tahu ada benda tu. Saya hidup macam biasa saja. Kalau saya tahu, saya pun tak bagi kat hospital," katanya.
Ya, kerja saya - wartawan - melaporkan. Bukan menghakimi siapa yang bersalah atau tidak. Bukan juga bermakna orang seperti kami tidak ada perasaan.
Masalah berlaku apabila ada orang melihat kami hanya mengejar story manakala majikan pula mengejar untung dengan menjual berita atas takdir orang lain.
Orang menyangka begitu apabila dirinya, atau orang yang dekat dengannya terkait dengan berita yang jadi bahan liputan.
Sedangkan dalam keadaan biasa, dia juga seperti orang lain, menu paginya bukan sekadar kopi dengan roti canai untuk bersarapan tetapi juga senaskhah surat khabar sekurang-kurangnya.
Demikian juga pada waktu malam. Dia sanggup lewat ke meja makan hanya kerana tidak mahu terlepas berita TV.
Siapa yang menyediakan semua itu kalau bukan wartawan?
Mujurlah saya tidak dibelasah lelaki berketayap itu!

0 Komentar untuk " Asam garam hidup wartawan "