BEKAS pekerja kilang miliki syarikat sendiri sekali gus digelar raja tapak kerana mampu tembusi pasar raya besar
Tidak mudah untuk berjaya dalam perniagaan apatah lagi jika kita bukanlah orang kaya yang memiliki modal besar. Semua itu memerlukan usaha tulang empat kerat yang luar biasa. Itulah yang terjadi kepada bekas pekerja kilang ini yang akhirnya mampu memiliki syarikat dan menjadi Pengarah Urusan di syarikatnya yang dikenali sebagai AT Cupcakes & Bakeri.
Abdul Razak Osman atau lebih mesra dipanggil Abang Razak pernah melalui dugaan perit. Akibat kesempitan hidup, dia dan isterinya berhutang demi menampung perbelanjaan bersama dua anaknya.
Abdul Razak yang sebelum ini tinggal di Bagan Serai membuat banyak pekerjaan. Antaranya menjual burger pada sebelah malam.
Untuk menambah wang, isterinya Nur Hidayu Hilmi juga membantunya dengan melakukan banyak perniagaan seperti menjual laksa dan air.
"Saya masih ingat ketika abang saya meninggal, keluarga saya meminta saya membeli sebiji tembikai untuk menjamu tetamu semasa kenduri tahlil pun saya tidak mampu masa itu.
"Saya juga pernah berhadapan dengan tauke kedai yang menagih hutang di khalayak ramai kerana saya tidak mampu bayar hutang," katanya menceritakan hidupnya sebelum bergelar usahawan.
Kehidupan Abdul Razak mula berubah apabila memulakan perniagaan di bawah syarikat Awina Trisya pada 2008, dengan menjual kek muffin.
Kedai terpaksa ditutup
Pada 2010, Abdul Razak berhijrah ke Kuala Lumpur dengan melihat peluang pasaran untuk perniagaannya di wilayah itu yang lebih luas.
Abdul Razak berkata, AT Cupcakes & Bakeri mula membuka tapak di Aeon Wangsa Maju menerusi Jabatan Pertanian pada tahun yang sama.
"Dari situ perniagaan kami mendapat perhatian pelanggan dan jualan meningkat, sehingga kami berjaya membuka membuka kedai di sekitar pusat membeli-belah itu," katanya, ketika ditemui Sinar Harian di pejabatnya di Sri Rampai, baru-baru ini.
Abdul Razak menjangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari, perniagaannya itu tidak menjadi sehingga ia terpaksa ditutup.
Namun, ia tidak melemahkan semangat Abdul Razak untuk bangun semula. Berkat usahanya, dia bangkit dengan memulakan perniagaan kek cawan dari rumah dengan bermodalkan RM200, ketuhar terpakai dan melakukan proses pembuatan semuanya dari rumah dengan dua kakitangan.
Ketika ditanya bagaimana mendapat idea untuk membuat kek cawan, Abdul Razak berkata, isterinya yang kini Pengarah Operasi mempunyai kemahiran dalam membuat kek cawan dan pernah menghadiri kursus.
Sehingga kini, AT Cupcakes & Bakeri mempunyai lebih 30 rekaan kek cawan mengikut festival dan perayaan.
Sementara itu, mengulas berhubung pengeluaran kek cawan dalam sehari, Abdul Razak berkata, pengeluaran purata adalah 3,000 biji sehari dan biasanya habis dijual.
"Kami menerima permintaan tinggi, sekali gus menyumbang kepada jualan yang meningkat ketika musim perayaan seperti Hari Guru, Hari Ibu dan Hari Bapa," katanya.
Kuasai hampir semua cawangan Aeon
Melihat potensi jualan yang berkembang pesat di pusat membeli-belah, Abdul Razak berazam membuka tapak di lokasi itu.
"Pada 2010, kami terus berkembang dari Aeon Wangsa Maju ke Rawang, Bukit Tinggi dan Aeon Big Wangsa Maju, dengan pembukaan cawangan tetap," katanya.
Sehingga kini, AT Cupcakes & Bakeri sudah berada di hampir kesemua cawangan Aeon di sekitar Lembah Klang dan Seremban 2.
Menurutnya, ramai usahawan menggelar dirinya sebagai raja tapak kerana berani menguasai pasaran pusat membeli-belah itu.
Bagaimanapun, Abdul Razak berkata, berada di pusat membeli-belah seperti itu bukanlah mudah kerana ia memerlukan modal yang besar.
Namun Abdul Razak tetap berhasrat menguasai pasaran pusat membeli-belah di sekitar Lembah Klang pada masa akan datang.
Selain menjual di tapak-tapak itu, AT Cupcakes & Bakeri turut boleh didapati secara online.
Namun, tumpuan lebih kepada jualan tapak-tapak jualannya.
Bantu usahawan lain
Selain menjual produk keluaran syarikatnya sendiri seperti kek cawan dan pelbagai jualan kek antaranya kek coklat lembap, AT Cupcakes & Bakeri turut menjual pelbagai produk daripada usahawan lain.
"Kami mula menjalankan 'sistem jemaah' pada 2013, bagi membantu produk usahawan Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS).
"Kami pelawa usahawan tempatan yang tidak mempunyai rangkaian untuk menjual produk mereka, dengan membawa produk mereka kepada kami," katanya.
Bagaimanapun, produk usahawan itu perlulah mempunyai kualiti yang tinggi dan sedap.
Menurutnya, syarikatnya akan menguji produk itu terlebih dahulu dan sekiranya ia memenuhi kriteria, produk itu layak untuk dijual di tapak milik syarikatnya.
"Ini kerana kami ingin memastikan produk yang dijual mestilah sedap supaya pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan kami," katanya.
Sehingga kini, At Cupcakes & Bakeri mempunyai puluhan produk daripada usahawan Bumiputera.

0 Komentar untuk " Dulu tak mampu beli sebiji tembikai, kini usahawan "