TERDAPAT sesetengah produk yang sudah lama bertapak dalam pasaran namun hanya pelanggan setia yang tahu.
Mengapa begini? Adakah kerana kurangnya pemasaran?
Bagi mendapatkan jawapan itu, Sinar Harian menemu bual tiga syarikat Bumiputera yang dilihat berdaya saing untuk mengetahui strategi pemasaran mereka sehingga boleh berjaya dan mungkin sahaja boleh dicontohi pengusaha Bumiputera lain.
Facebook medium awal promosi perniagaan
Pengarah Urusan Restoran Dapur Penyet, Amran Abdul Hamid berkata, di awal penubuhan setiap cawangan memerlukan pelaburan RM500,000 dan kini perniagaannya berkembang.
Menurutnya, di awal perniagaan dia lebih banyak memberi tumpuan kepada pemasaran melalui Facebook.
“Pada awalnya kami fokus kepada Facebook umum dan mencari ‘Likes’ dari orang ramai tetapi kami lihat ada kekurangan.
“Oleh itu kami berubah kepada kaedah mencari pengguna Facebook di sekitar kawasan cawangan Dapur Penyet, kemudian kami buat Facebook Dapur Penyet di setiap kawasan tersebut dan ia berhasil,” katanya.
Menurutnya, sehingga hari ini Dapur Penyet mendapat lebih 26,000 pengikut di Facebook yang juga pelanggan setia.
“Kami turut melakukan aktiviti komuniti seperti pertandingan mewarna bagi kanak-kanak dalam menarik perhatian orang ramai mengenai Dapur Penyet di kawasan mereka,” katanya.
Bumiputera perlu sokongan orang ramai
Amran memperuntukkan RM150,000 setahun bagi tujuan promosi dan pengiklanan Dapur Penyet.
“Setiap enam bulan Dapur Penyet akan melakukan pembaharuan bagi strategi pemasaran seperti menawarkan promosi kepada orang ramai dalam meningkatkan jualan.
“Contohnya tiga bulan lalu kami memperkenalkan promosi ‘Set Penghantaran Korporat’ pada harga RM13.90 dan menyasarkan syarikat-syarikat berdekatan Dapur Penyet.
“Kami hantar pekerja kami untuk pergi ke pejabat yang ada bagi menjual produk ini, dan sepanjang promosi tersebut kami berjaya memperoleh jualan hampir RM150,000 dalam masa tiga bulan,” katanya yang berhasrat mengiklankan Dapur Penyet melalui stesen radio tempatan.
Dalam pada itu Amran berharap masyarakat memberi lebih perhatian terhadap perniagaan Bumiputera.
“Kami antara pengusaha ayam penyet Bumiputera dan memperoleh sijil Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Kami halal 100 peratus," katanya.
Promosi berterusan dan kerajaan perlu bantu
Pengarah Uncle Best Mart Sdn Bhd, Saiful Nizam Zakaria pula menceritakan, perniagaannya melakukan promosi menerusi jualan di pasar malam seluruh negara, pengedaran risalah termasuk menggunakan Facebook.
“Kami lebih suka buat promosi di pasar-pasar malam kerana ia adalah kaedah pemasaran secara langsung. Orang boleh ambil produk, rasa dan komen produk kita,"katanya.
Menurutnya, perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) boleh pergi jauh dalam pasaran jika rakyat Malaysia terus menyokong produk Bumiputera.
“Orang ramai memainkan peranan penting untuk meningkatkan jualan sesebuah perniagaan,” katanya.
Bagi mengatasi masalah produk tempatan kurang dikenali, Saiful Nizam mencadangkan supaya kerajaan membina sebuah pasar raya rakyat khas untuk menjual produk Bumiputera.
“Barangan yang dijual di pasar raya rakyat ini mampu bersaing dengan pasar raya besar yang lain dari segi harga dan kualiti produknya.
“Untuk industri makanan seperti restoran, kerajaan boleh bantu mana-mana restoran yang dirasakan berpotensi untuk ke peringkat global supaya ia dapat diketengahkan dan dikenali ramai,” katanya.
Saiful Nizam juga berharap supaya kerajaan melihat keperluan peniaga kecil terutama peniaga pasar malam kerana mereka pernah menjadi penyumbang kepada ekonomi negara sekitar awal 70-an.
“Dulu, sebelum adanya pasar raya dan pasar raya besar seperti sekarang sekitar awal 70-an, masyarakat hanya tahu pergi ke pasar malam untuk beli barangan keperluan harian.
“Peniaga pasar malam inilah yang membeli barang daripada pemborong ketika itu dan hanya mereka yang jadi pelanggan kepada pemborong. Jadi, saya berharap kerajaan beri tumpuan juga kepada peniaga kecil,” katanya.
Ketengahkan citarasa Melayu
Mengetengahkan konsep makanan ala barat tetapi mengekalkan cita rasa Melayu bukanlah sesuatu yang mudah namun Burgerbyte Sdn Bhd (Burgerbyte) mampu melakukannya.
Bermula pada 2013 dan dengan menggunakan idea sendiri Nasirudin A Hasan kini mempunyai 11 cawangan Burgerbyte seluruh negara.
Nasirudin berkata kelebihan Burgerbyte berbanding burger lain adalah ia tidak mengunakan sebarang bahan kimia dan mengekalkan cita rasa asli daging serta ayam bagi burgernya.
“Kami menggunakan daging dan ayam serta rempah asli yang kami peroleh daripada pembekal tempatan,” katanya.
Pelbagaikan pemasaran perkenalkan produk
Walaupun baru setahun setengah memulakan perniagaan Burgerbyte, Nasirudin berkata sambutan orang ramai amat luar biasa dan bakal menambah empat cawangan.
“Mula-mula berniaga saya edar risalah di Masjid selepas solat Jumaat, pasar malam serta parkir kereta di beberapa kawasan.
“Kemudian barulah saya guna laman sosial untuk memperkenalkan produk Burgerbyte kepada orang ramai dengan sasaran pengguna berumur 18 hingga 30 tahun,” katanya yang mengggunakan Facebook, Instagram dan Twitter.
“Alhamdulillah dalam masa 5 bulan sahaja kami mampu memperoleh lebih 5,000 like di Facebook Burgerbyte.
“Kemudian baru-baru ini pelakon dan pelawak Zizan Razak berminat untuk membuka cawangan Burgerbyte di Damansara Perdana, Bangi dan Shah Alam (akan datang),” katanya.
Nasirudin berkata, penglibatan artis itu merancakkan lagi pemasaran Burgerbyte kerana Zizan mempunyai ramai peminat sekali gus cawangan Burgerbyte terkena tempiasnya.
Rancang iklan produk dalam surat khabar
Bagi merancakkan pemasaran dan menyasarkan golongan berumur 30 tahun ke atas, Nasiruddin merancang iklan dalam akhbar dan majalah.
“Baru-baru ini kami mendapat liputan surat khabar serta majalah seperti Mingguan Wanita dan Maskulin.
"Oleh itu, kami rancang meluaskan jenama Burgerbyte melalui pengiklanan dalam surat khabar serta majalah supaya lebih diketahui umum dan pelbagai lapisan masyarakat,” akhirinya.
Dapat kita lihat, segelintir pengusaha memiliki strategi tersendiri untuk memasarkan produk. Dan ramai lagi usahawan Bumiputera ada produk bagus, tetapi masih perlukan sokongan kita untuk mereka mencipta jenama.

0 Komentar untuk " Contohi idea pengusaha berjaya "