SALIM merupakan seorang pekerja bank mempunyai pendapatan sebanyak RM 1,800 sebulan. Beliau berumur 28 tahun, belum berkahwin dan tinggal di sebuah bandar kecil di Pahang.
Pemuda itu juga mempunyai sebuah kereta yang sudah dibayar penuh kepada bank.
Kelihatan seperti Salim tidak mempunyai sebarang masalah kewangan. Tetapi, dia datang ke AKPK kerana dibebani dengan masalah hutang kad kredit.
Ayah Salim meninggal dunia kira-kira tiga tahun lalu dan selepas itu, dia memikul tanggungjawab menyara keluarganya. Dia mempunyai dua orang adik yang masih bersekolah dan ibu yang tidak bekerja.
Mujurlah kedudukan kewangan keluarganya stabil kerana arwah ayahnya mempunyai simpanan KWSP dan adik-adiknya pula ditawarkan pinjaman pembelajaran daripada kerajaan.
Kehidupan Salim berubah apabila dia mula menggunakan kad kredit beberapa tahun lepas.
Kad kredit tersebut digunakan untuk mengisi minyak kereta dan membeli belah.
Apabila Salim menerima penyata bulanan, dia hanya membayar 5 peratus daripada amaun yang perlu dibayar.
Sebelum menggunakan kad kredit, pendapatan bulanannya sememangnya cukup selepas ditolak RM 400 untuk perbelanjaan keluarga. Tetapi selepas itu, Salim mula berasa tertekan akibat berbelanja lebih, sehinggakan ada antara hutang kad kredit itu tertunggak sehingga dua bulan.
Walaupun Salim sedar keadaan ini, dia masih lagi berbelanja menggunakan kad kredit dan mempunyai sehingga enam keping kad. Jumlah pinjaman semakin meningkat kerana dia hanya membayar amaun minimum hampir setiap bulan.
Akibatnya, Salim berada dalam tekanan hutang.
Selepas mengetahui mengenai AKPK daripada risalah yang diperolehi di sebuah bank, Salim mengambil keputusan untuk ke pejabat cawangan AKPK yang berada tidak jauh dari tempatnya.
Kaunselor AKPK memberi kata-kata semangat setelah Salim sedar mengenai kesilapannya.
Salim menyesal kerana mengabaikan tanggungjawab sebagai peminjam.
Selepas menghadiri sesi kaunseling, Salim kini berada dalam kedudukan kewangan yang stabil untuk menyelesaikan hutang kad kreditnya.
Salim kini sedar akan akibat membayar baki minimum setiap bulan. Dia juga telah membeli buku ‘Celik Wang’ terbitan AKPK sebagai panduan untuk menguruskan kewangan dengan bijak.

0 Komentar untuk " Terjerat hutang akibat cuma bayar baki minimum "