BEBERAPA pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Bumiputera bercadang membina premis perniagaan untuk usahawan Bumiputera bagi membantu memperkasakan ekonomi golongan itu.
Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Mohamad Alayuddin Che Hasan berkata, langkah itu diambil memandangkan premis perniagaan sedia ada antaranya di pasar besar, pasar raya dan pusat beli-belah untuk peniaga Bumiputera adalah terhad.
“Kita lihat, premis perniagaan untuk Bumiputera tidak banyak seolah-olah kita tidak diberi peluang. Kadang kala, harga (bangunan perniagaan atau sewa premis) yang ditetapkan tidak munasabah dan lokasinya pula tidak sesuai.
“Sekarang, NGO sendiri akan berusaha untuk membina premis perniagaan khusus untuk golongan ini tanpa bergantung pada sesiapa,” katanya ketika ditemui di Kajang, baru- baru ini.
Mohamad Alayuddin berkata, DPMM kini sedang meneliti lokasi bersesuaian di seluruh negara untuk pembinaan premis perniagaan tersebut.
“Kita akan pilih kawasan yang strategik di seluruh negara,” katanya.
Beliau berkata, cadangan pembinaan premis itu sudah lama dirancang iaitu sebelum isu boikot produk serta barangan berhubung kait dengan Israel dibangkitkan.
“Isu (boikot barangan Israel) akan mempercepatkan lagi usaha kami untuk membina premis perniagaan,” katanya.
Menurutnya, DPMM sering menerima aduan melibatkan pelbagai masalah dihadapi usahawan Bumiputera antaranya lokasi perniagaan dan rak pameran barangan diubah yang menyebabkan pelanggan lari.

0 Komentar untuk " NGO cadang bina premis perniagaan "