LEMAN merupakan seorang ayah yang baik dan suami penyayang. Walaupun gajinya dalam lingkungan RM1,000 dan bekerja sebagai kerani awam, ia cukup untuk memenuhi segala keperluan asas diri dan keluarganya.

Dia sentiasa memastikan mereka dalam keadaan bahagia. Dalam pada itu keluarganya juga tidak pernah mengadu mengenai kekurangan atau berasa tidak bahagia dengan taraf sosial mereka. Mereka hidup di dalam kemampuan mereka yang setakat mencukupi.

Malangnya, takdir mengubah segalanya apabila isterinya telah didiagnosis dengan penyakit buah pinggang, kencing manis dan tekanan darah tinggi. Sebelum ini mereka mempunyai kehidupan yang bahagia, tetapi disebabkan satu perkara, hidup mereka tidak menentu.

Keadaan isterinya yang tenat membuatkan Leman memastikan kesihatan isterinya menjadi keutamaan, lebih-lebih lagi untuk anak-anaknya. Apabila rawatan perubatan yang mahal amat diperlukan, Leman telah menggunakan jalan pintas untuk mencari wang demi kesihatan isterinya.

Apabila kesihatan isteri Leman semakin merosot, dia menjadi lebih terdesak dengan mengambil pinjaman peribadi sebanyak RM31,000 untuk membaiyai kos perubatan isterinya. Aliran ini berterusan selama setahun. Mujurlah pihak kerajaan telah menghulurkan bantuan dengan membayar segala kos rawatan perubatan isterinya. Walau bagaimanapun, terlalu lambat untuk Leman menarik balik segala hutangnya.

Leman akhirnya melawat AKPK. Selepas melihat segala hutangnya, AKPK bersetuju untuk menyusun semula semua hutang kad kredit yang terkumpul selama lapan tahun. Selain daripada itu, oleh kerana perbelanjaan yang menjurus ke arah keperluan perubatan, agensi berjaya mengurangkan faedah tahunan ke atas semua kad kredit menjadikannya turun kepada hanya 6 peratus setahun, lebih rendah daripada peratus yang asal.

AKPK juga mengambil kira bahawa Leman mempunyai keluarga yang besar dan mempunyai pendapatan yang kurang daripada pendapatan biasa. Pembayaran balik yang rendah sebanyak RM200 sebulan berjaya dirunding dengan pihak bank. Ini telah dilakukan untuk memenuhi kemampuannya untuk membayar hutang tersebut tanpa menyentuh perbelanjaan keluarga. Dengan ini, Leman boleh melangsaikan hutang mengikut kemampuannya dengan tenang.

**Kisah benar

Individu yang memerlukan khidmat nasihat kewangan secara percuma boleh hubungi AKPK di nombor telefon 1-800-88-2575 atau layari laman web www.akpk.org.my.