*TIADA kata untuk menggambarkan kepiluan. Semua terharu dan amat hiba melihat ketibaan kumpulan pertama 20 mangsa pesawat MH17 ke tanah air dua hari lalu.
Keluarga terdekat dan sanak saudara yang menunggu di KLIA, mengesat air mata. Ada yang meraung tidak dapat mengawal perasaan.
Bendera dikibarkan setengah tiang, pusat-pusat hiburan menghentikan kegiatan, muzik perlahan dimainkan di stesen-stesen radio, ayat-ayat suci dibacakan dari semasa ke semasa. Seluruh negara berkabung dan bertakafur.
Sebenarnya kesedihan sudah bermula sejak 17 Julai apabila kapal terbang MAS dengan 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 43 warga kita, maut setelah pesawat berkenaan ditembak jatuh di Ukraine.
Di Amsterdam kerja-kerja mengenal mangsa diteruskan dengan penuh cermat dan kesabaran. Marilah kita semua berdoa agar semua mangsa berjaya dikenali dan selamat disemadikan di sini dalam masa terdekat.
Kepada seluruh keluarga mangsa harap bersabar menghadapi detik-detik yang amat memilukan ini. Percayalah seluruh rakyat turut bersimpati dan sedih. Alfatehah...
*SEMENTARA mangsa nahas di Ukraine telah diketahui, tragedi MH370 sehingga kini masih seribu satu misteri. Pesawat dengan 239 orang di dalamnya, termasuk 50 warga Malaysia, hilang di udara 8 Mac lalu ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Usaha mencari terus dilakukan, dan marilah kita semua berdoa semoga pesawat dan penumpang yang ghaib itu segera ditemui. Bagi keluarga dan sanak saudara yang menunggu dan mengharapkan keajaiban, kering sudah si air mata.
Dengan dua tragedi melibatkan dua pesawat MAS dalam masa empat bulan, tentu sekali banyak yang perlu dipelajari oleh mana-mana juga pihak yang terlibat dalam penstrukturan semula syarikat penerbangan nasional tersebut.
Pasti ada puncanya mengapa syarikat berkenaan terus menanggung kerugian RM beratus-ratus juta setiap tahun, sedangkan kebanyakan syarikat pesaing memperoleh keuntungan lumayan.
Usaha menyelamat MAS telah banyak kali dilakukan, melibatkan duit rakyat berbilion ringgit. Dari semasa ke semasa pegawai atasan ditukar, pekerja ditambah, tetapi hasilnya tetap negatif. Apa sebenarnya musibat yang melanda MAS? Inilah yang perlu dikenal pasti – dan dicari ubat penyembuh – oleh pengurusan baharu. Mampukah?
*MESKI dalam kesedihan berkabung, isu politik di Selangor masih terus hangat. Setiap detik ada sahaja isu baharu yang dibangkitkan.
Ada sahaja kenyataan media dikeluarkan, bukan untuk menjelaskan sebaliknya semakin menambahkan kekeliruan dan kebuntuan umum. Bagi pemain politik bagaikan tidak ada kesedihan atas mangsa kedua pesawat MAS.
Tan Sri Khalid Ibrahim masih kekal sebagai Menteri Besar walaupun sudah ternyata tidak mendapat sokongan sebahagian besar anggota Dewan Undangan Negeri. Umum tidak boleh berbuat apa-apa, dan bertanya berapa lama Khalid boleh bertahan?
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail @ isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim masih satu-satunya calon untuk jawatan MB, walaupun ada calon lain yang dikira lebih layak. Umum tidak boleh berbuat apa-apa, dan bertanya bolehkah Dr Wan?
Sementara pemain politik terus bersilat dan berbalas pantun, masalah rakyat bagaikan terus diketepikan. Sampah-sarap tidak dipungut mengikut jadual. Sampah masyarakat semakin tidak terkawal. Dan sampah di mata semakin menyakitkan.
Rakyat bagaikan tidak boleh berbuat apa-apa, dan bertanya apa sudahnya negeri termaju yang bernama Selangor Darul Ehsan ini?
*AKHIR kalam, beralih ke negara seberang, Mahkamah Konstitusi Indonesia Rabu lalu memutuskan bahawa Jokowi menang dalam pilihan raya presiden walaupun pihak lawan menuduh ada penipuan sehingga terpaksa merujuk ke mahkamah.
Jokowi memperoleh kelebihan undi lebih 8 juta berbanding lawannya Probowo. Selama dua minggu kes berjalan di mahkamah, Jakarta kelam-kelibut dengan demonstrasi berlaku setiap hari. Laluan utama terhalang, kenderaan sesak, rakyat tidak tenteram.
Sinar Harian berkesempatan mewawancara Jokowi bakal Presiden Indonesia ke-7, dan bertanyakan banyak perkara, termasuk isu pembantu rumah, dan jerebu. Ikuti wawancara eksklusif itu yang akan disiarkan esok.

0 Komentar untuk " Seluruh negara bermuram durja "