POTENSI jadi destinasi cuti terkemuka global besar, Cina suka Kota Bharu! Sudah lama tidak bercuti ke Pulau Perhentian, 20 km (lebih kurang 12 batu) dari Kuala Besut, satu jam dengan kereta dari Kota Bharu.

Ramai pelancong asing dan lokal menggunakan lapangan terbang Kota Bharu untuk ke Pulau Perhentian - walaupun kepulauan Perhentian adalah milik Terengganu - kerana destinasi cuti popular ini lebih dekat dari Kota Bharu berbanding Kuala Terengganu atau Pulau Redang.

Pertama kali saya ke Perhentian masih dalam persekolahan (1955) naik motobot dari Bachok. Semenjak itu baru empat kali saya pulang ke pulau itu. Saya mengaku tidak kerap berbanding dalam satu tahun iaitu 1982 saya ke London sebanyak 30 kali!

Apa pun musim terbaik untuk bercuti atau kata Speaking, “the best time for vacation there (Perhentian Islands) would be between April and August”. Yakni masa paling selesa makan angin di pulau itu adalah dari April ke akhir Ogos. Bisa ke sana pada Oktober pun tetapi pelancong harus berani menghadapi kadangkala sedikit risiko - angin, ombak besar dan cuaca buruk.

Minggu lepas - Isnin hingga Khamis - keluarga dan saya ke Pantai Pasir Petani dengan beberapa kawan dan staf. Ada antara mereka yang tidak pernah menjejak kaki di sebuah pulau di mana pun.

Kakak ipar yang tinggal di Amerika Syarikat pernah sekali ke Pulau Perhentian awal 1960an. Apa pun pendapat kakak ipar dan saya Kepulauan Perhentian sudah separuh maju, keindahannya terus terancam dengan pembangunan, apa lagi sekiranya rancangan itu tidak amat teliti. Air lautnya terus jernih tetapi visibilitinya sudah berkurangan!

Pendaftaran penumpang bot Kepulauan Perhentian di jeti Kuala Besut diurus dengan baik dan cepat. Bersama saya dalam barisan pelepasan lebih kurang 100 pelancong, dua pertiga orang Eropah majoritinya Itali, Perancis dan Jerman.

Juga kelihatan orang Cina dari Singapura, Hong Kong dan Tanah Besar China; selain daripada kami tidak kelihatan pelancong domestik. Di lorong ketibaan pelancong Eropah berwajah bagai udang sudah bakar (sun tanned). Itulah sebab mereka ke negara kita mengejar matahari untuk menjemur badan!

Motobot yang saya sewa bernama JA ABADI. Jurumudi - tuan punya Suhaili Mohd Nor bertindak sebagai pemandu kami.

Perkhidmatannya amat memuaskan dan saya dapati dia knowledgeable about local matters.

Dia juga mempunyai beberapa chalet dan kedai makan dalam kawasan berhampiran rumah hinggap kawan saya di mana saya menginap.

Rumah hinggap kawan saya itu dibina atas lereng bukit kecil dengan pemandangan menarik di depan - pantai dan samudera; di belakang banglo comel itu hutan. Rumah hinggap itu mempunyai kemudahan terkini.

Sebenarnya cuti-cuti Malaysia bagus, banyak tempat menarik bagi kita bersantai, berehat, menikmati masa berkualiti dengan mereka yang tersayang; mencari pengalaman melalui eco-adventure dan kegiatan lain seperti belayar, snorkelling dan diving.

Apa pun majoriti pelancong mengadu termasuklah saya tentang kebersihan di mana pun dan ketiadaan tandas awam di tempat-tempat pelancong menziarahi.

Ada juga tandas di sesetengah tempat tetapi seperti orang tua kata - tiada rotan akar pun jadilah. Kenapa orang kita tidak bersih terutama berkenaan tandas atau jamban walhal kebersihan adalah sebahagian iman?

Di Long Beach, masa makan tengah hari hampir 200 pelancong - 95 peratus orang Eropah. Tiada sebuah pun restoran atau kedai makan di situ ada tandas! Kerana saya terpaksa melakukan hadas kecil, saya disuruh pergi ke inap desa (homestay) berhampiran.

Setelah mendaki tangga yang tinggi saya membayar RM1 sekali masuk kepada pengurus tandas itu seorang Bangla. Rating kebersihan tandas itu: 5/10 markah.

Di Pantai Penyu atau Turtle Bay, tiga pelancong Cina - dua perempuan, satu lelaki. Mendengar loghat Inggeris mereka saya yakin mereka dari Singapura. Seorang daripada dua wanita itu bertanya dalam Singlish di mana tandas awam. Seorang tempatan kerana tidak tahu bahasa Inggeris menggeleng kepala.

Saya volunteer jadi penterjemah dan memberitahu wanita itu tiada tandas awam di Turtle Bay setelah saya mendapat kepastian daripada Suhaili. “What!” ujar wanita itu sambil kelihatan terkejut dan menggeleng kepala.

I told her to perform whatever she needed to do in the nearby bush or behind a big tree! Dia buat keputusan tidak berbuat apa-apa tetapi teman lelakinya tersipu-sipu berjalan ke arah belukar!

Mahu buang air kecil atau melakukan apa yang lebih besar di Turtle Bay, anda mesti melakukannya dalam belukar atau di belakang sebuah pokok besar!

Namun begitu, populariti Kepulauan Perhentian terus meningkat di kalangan pelancong Eropah. Potensinya amat besar jika infrastruktur, restoran, perhotelan dapat ditingkatkan ke tahap antarabangsa dan kemudahan-kemudahan lain setaraf dengan Pangkor Laut dan Langkawi.

Jika ini berlaku Kepulauan Perhentian akan menjelma lebih hebat dari tempat-tempat lain di Malaysia kerana keindahannya yang natural dan air lautnya masih kehijauan dan jernih.

Malam ketiga, keluarga dan saya menginap di Hotel Perdana kepunyaan PNB di tengah pekan Kota Bharu. Masih nampaknya menghadapi teething problems.

Begitu pun sudah menjadi destinasi popular di Kota Bharu setelah melalui renovasi dan management baharu. Saya harap dalam masa terdekat Hotel Perdana baru ini dengan segala kecanggihan akan menjadi dalam erti sebenar The Hotel in Kota Bharu. Apa pun keseluruhan saya beri markah 6.5/10, kemesraan 7/10, kecanggihan 8/10.

Tiada rungutan sebenarnya kecuali tiga perkara kecil sahaja; tiada reading lamp di kamar atau di katil tidur, tidak ada CNN, Sky News dan Al Jazeera. Hanya BBC sahaja! Dan televisyen tempatan tiada Awani serta Bernama TV. Juga tidak ada informasi kod telefon ke Amerika Syarikat. Apa pun kemudahan Wi-Fi ada.

Apa pun saya puji surau di Hotel Perdana terbaik di mana-mana hotel yang saya hinggap di Malaysia.

Malam keempat: cucu sulung dan saya tinggal di Kok Lanas di rumah yang serba minimalis tetapi selesa, bersih dan mempunyai Wi-Fi serta news service dari seluruh dunia termasuk CCTV, Bloomberg dan CNBC justeru senang bagi saya mengikuti perkembangan politik dan ekonomi antarabangsa dan tempatan.

Setelah empat malam dan empat hari di Kelantan dan Pulau Perhentian, makan nasi dagang, nasi tumpang, sup ekor, ikan sungai/laut, daging segar lembu tempatan, ayam kampung, ketam, sotong, udang; laksam, nasi bungkus, roti canai macam mana badan tak naik?

Apa yang dibicarakan, suka-duka, Kelantan adalah destinasi pelancong yang popular kerana kelainannya, "I like Kota Bharu because there aren’t many people and they are friendly. I don’t like China and Shanghai where I was born, live and work nor do I like KL where I am a consultant for a government linked company.

In Shanghai and KL, the people are too busy, uncaring and generally unfriendly. As for China, I hate it... I want to migrate because there are too many people there and too many restrictions”. Kata seorang pelancong Cina yang berkongsi meja masa bersarapan pagi di Hotel Perdana. Ringkasan kompelinnya dia tak suka negerinya sendiri kerana terlampau banyak manusia dan dia mahu berhijrah ke Kota Bharu!

Apa pun Kota Bharu dan Kepulauan Perhentian tidak boleh hidup dengan laurelsnya, kedua-dua destinasi popular ini mesti ada tarikan terbaru dan lebih tulen. Itulah cabaran masa depan keduanya. Harus ada arts, leisure and pleasure; sukan, hiburan dan ‘life’.

Pada saya, Kota Bharu dan Pulau Perhentian ‘mixed blessings’ - selera (tastes) dan tradisi, truth and lies, kebenaran, legenda dan tidak benar; Pulau Perhentian memang cantik dan indah. Bagaimana mahu belanja RM1 juta di pulau itu sebagai investment atau pleasure?