PERSATUAN Institusi-Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) menjangkakan seramai 1,000 peserta akan menyertai Forum Kewangan Islam Global (GIFF) 2014 di Kuala Lumpur dari 2 hingga 4 September depan.
Presidennya, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid berkata, forum bertemakan Pasaran untuk Perhubungan Global itu menyediakan platform peluang perniagaan di peringkat antarabangsa.
“Seramai 100 tokoh pemikir dari seluruh dunia akan berkongsi pandangan dan pengalaman mereka mengenai isu penting dalam kewangan Islam pada forum itu.
“Kita menyaksikan pertumbuhan baik dalam kewangan Islam, dan sampai masanya untuk bergerak.
“Kali ini kami mahu bekerjasama dalam pasaran antarabangsa,” katanya pada sidang media GIFF 2014 di Menara Muamalat, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Mohd Redza Shah berkata, rantaian global itu akan meluaskan kewangan Islam dan meletakkannya pada tahap sama dengan kewangan konvensional atau menawarkannya sebagai satu alternatif supaya diterima di peringkat antarabangsa.
Tambahnya, penceramah utama termasuk Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Datuk Ranjit Ajit Singh, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa, Profesor Datuk Rifaat Ahmed Abdel Karim, penerima Anugerah Diraja bagi Kewangan Islam, Iqbal Khan dan CEO Bank of London and The Middle East Plc, Humphrey Percy.
Forum itu akan diadakan sesi khusus mengenai pembangunan pasaran untuk rantaian global, forum perbankan dan Kewangan Islam, forum pengawal atur, rundingan meja Bulat CEO dan dialog pembiayaan hijau.

0 Komentar untuk " AIBIM sasar 1,000 peserta forum GIFF "