UNTUK memudahkan pembaca memahami politik British, jawatan menteri di United Kingdom sama seperti timbalan menteri kita saja.
Ahli Jemaah Menteri yakni menteri penuh British nama rasminya Secretary of State atau Setiausaha Negara. Maka, menteri penuh pertahanan adalah Setiausaha Negara Pertahanan.
Menteri Pelajaran British setaraf dengan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.
Justeru, berita Menteri Kanan British meletak jawatan sebab tidak bersetuju dengan dasar Whitehall tentang Gaza tidak merit - tidak sepatutnya - disiarkan di muka depan sebuah akhbar berbahasa Melayu kerana menteri yang berkenaan - Sayeeda Warsi - hanya Timbalan Menteri Luar British.
Di United Kingdom, Kementerian Luarnya mempunyai ramai timbalan menteri. Sesetengah orang kita, sebenarnya minda mereka masih terjajah lagi sungguhpun hampir enam dekad merdeka.
Perdana Menteri campuran Parti Konservatif dan Liberal Democrats, David Cameron, bulan lepas telah merombak Kabinetnya (reshuffled) melibatkan 44 jawatan tetapi majoritinya terdiri daripada timbalan menteri atau menteri.
Mengikut pandangan saya, rombakan ini tidak berniat memperkukuhkan kerajaan atau to create a strong government.
Sebaliknya, berbuat demikian bagi memenangi PRU Mei tahun depan. Sebab ramai pengundi British terdiri daripada wanita, berapa Setiausaha Negara dan timbalan menteri yang dilantik itu adalah wanita. Nyata dan terang, ini semata-mata kerana mahu memancing undi mereka.
Lima Setiausaha Negara kanannya: Michael Gove (pendidikan) dan William Hague (hal ehwal luar) juga bekas pemimpin Parti Konservatif dan Ken Clarke dilucutkan jawatan.
Gove, walaupun berjaya sebagai tzar pendidikan British, telah diturun pangkat sebagai Parti Whip sebab dia berkesan, amat berkesan tetapi tidak popular; tidak disukai oleh guru, puak kiri kerana dia kontroversial.
Walaupun impaknya ke atas pendidikan British baik. Sudahlah diturun pangkat, gajinya pun turun, bidang kuasa dan autonominya terhad. Hague kononnya berhenti atas permintaannya sendiri.
Apa pun dia mendakwa dia akan memainkan peranan penting sebagai seorang strategist dalam PRU Mei depan. Ken Clarke, setelah 40 tahun memegang beberapa portfolio penting seperti Menteri Kewangan dan Menteri Dalam Negeri, tegas Speaking “was pushed to enforced retirement from the Cabinet to the back benches.”
Sedih ini berlaku pada waktu usianya 75 tahun. Satu indignity yakni satu penghinaan, pada pendapat saya, terhadap ahli politik veteran dan warga emas itu.
Ramai MP British yang bermaruah menolak jawatan timbalan menteri, hatta menteri penuh pun jika mereka fikir jawatan yang ditawar itu tidak padan dengan kelayakan, kebolehan, bakat dan potensi mereka.
Ini juga berlaku di negara kita zaman Tun Razak juga zaman anaknya. Apa pun, majoriti menerima apa pun yang ditawar!
Ada jadi menteri bukan kerana cekap, pandai tetapi kerana mereka team players, mereka selamat; yes men, tidak akan rock the boat.
Ramai kerana kuota kaum, negeri dan wilayah. Sebab itulah orang tidak hairan dengan menteri zaman ini. Tidak awesome, tidak menimbulkan hormat atau menggerunkan orang ramai dan pegawai kerajaan serta bisnes.
Zaman Tunku, tiada kuota. Ada negeri tiada menteri. Ada negeri (Johor) sampai tiga, empat menteri. Meritokrasi berjalan sepenuh.
Terengganu hanya mulai ada menteri selepas 21 tahun merdeka apabila Manan Osman, satu tahun senior saya di MCKK, dilantik menteri.
Ada pemimpin, baik BN dan PR, berlagak primadona tetapi sebenarnya mereka tidak. Kerana mereka tidak diuji, maka kata Speaking, “their claims to lead the right or left, the liberal or the religous wing of the party have always looked exaggerated.”
Yakni, pengaruh mereka kerana tidak pernah diuji, adalah legenda saja; Kini Cameron, nampak di depan Parti Buruh di bawah kepimpinan Ed Miliband, kerana Miliband tidak muncul sebagai adversary atau musuh yang diharapkan oleh pengundi British.
Juga sukar bagi Miliband menjelma begitu kerana personalitinya dan juga terpenting kerana ekonomi British sedang pulih dan kemakmuran sedang berkembang. Sebab itulah Cameron berani membuat rombakan yang agak ruthless atau kejam walaupun tidak kelihatan zalim.
“The night of the long knives” dalam rombakan Harold Macmillan tahun 1962 tidak berlaku. Apa pun, tindakan Cameron boleh dikatakan buta hati dan perut terutama pada Ken Clarke.
Ironisnya Macmillan adalah idola atau wira Cameron. Dia, yakni Cameron, hanya separuh kejam daripada idolanya. Parlimen British tidak bersidang musim panas.
Selepas summer recess, referendum atau pungut suara bagi kemerdekaan Scotland bulan September, kemudian perhimpunan tahunan Parti Konservatif dan PRU Mei 2015. Apa pun keputusan pungut suara di Scotland, mutakhir nampaknya majoriti mahu Scotland terus berada dalam United Kingdom.
Dengan kejayaan gemilang Sukan Komanwel ke-20 di Glasgow, Scotland, sebarang kemungkinan; kejutan bisa berlaku seperti juga Miliband menewaskan Cameron. Apa pun, pada saat ini, nampaknya keputusan di Scotland dan PRU Mei 2015 memihak kepada status quo.
Dalam politik, selain daripada pandai mengambil hati ketua, kalau mahu berjaya, jangan tunjuk kepandaian, jangan tunjuk cerdik sangat!
Apa lagi menimbulkan kecurigaan ketua dan mereka di sekelilingnya. Jangan kelihatan terlalu independant atau bebas.
Mesti bijak, savvy, tegas Speaking, “to manipulate incidents and good at political spinning.'' Yakni, bijak spinning atau memusing dan memutarkan cerita! Kini, budaya dialog, diskusi dan perbahasaan tidak lagi wujud.

0 Komentar untuk " Scotland merdeka? PRU British "