PEREBUTAN kuasa dalam kalangan pemimpin parti, terutama yang memerintah negeri akan menyebabkan rakyat terseksa. Rakyat seolah-olah terbawa dan terbabit dengan masalah yang ditimbulkan.
Justeru pelbagai kepentingan rakyat seharusnya diutamakan daripada perebutan kuasa yang mungkin ada unsur tersembunyi.
Perbalahan dan pertikaian dalam kalangan pemimpin PKR di Selangor, terutama berkaitan perebutan kerusi Menteri Besar (MB) Selangor sedang hangat dan bergelora yang kini disandang oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Dalam isu ini Pas tetap mahu Khalid kekal sebagai MB Selangor dengan beberapa alasan yang boleh diterima.
Majlis Syura Pas memutuskan untuk tetap mempertahankan Khalid. Sementara PKR membayangkan akan adakan undi tidak percaya kepada beliau dan mendedahkan salah guna kuasa.
Sementara Khalid beri amaran akan menyaman pihak yang memburukkan imejnya. Sementara ada pihak lain pula marah kerana tidak dirujuk berkaitan isu pemilihan MB ini.
Sementara itu, dua pilihan dikatakan akan dapat menamatkan krisis ini. Pertama, Khalid meletak jawatan. Kedua, mengesyorkan kepada Sultan Selangor membubarkan Dewan Undangan Negeri dan mengadakan pilihan raya peringkat negeri.
Dalam hal ini rakyat juga terbabit dan terseksa apabila pemimpin bertelagah dan berebut kuasa. Pertama, kerajaan dan pentadbiran tidak dapat diuruskan dengan licin dan lancar apabila perebutan terus berlaku.
Kedua, banyak masalah yang masih belum dapat diselesaikan antaranya isu bekalan air bersih, masalah denggi di Selangor dan juga masalah pemungutan sampah yang masih berlaku di beberapa kawasan di Selangor.
Sebagai contoh, di Subang Jaya adalah kawasan tertinggi kes denggi. Ini disebabkan pengurusan sampah tidak diurus dengan baik. Pihak kontraktor yang menggaji pekerja asing untuk menyapu sampah, membersihkan longkang di kawasan kedai dan perumahan tidak memantau pekerjanya yang mengakibatkan pekerja ini tidak membuat kerja.
Tinjauan penulis di beberapa kawasan kedai mendapati sampah di dalam longkang tidak dibersihkan. Walaupun terdapat pekerja asing yang ditugaskan untuk membersihkan kawasan tersebut yang akhirnya menyebabkan air bertakung dan merebaknya nyamuk aedes dan menyebabkan kes demam denggi.
Isu jawatan MB Selangor semakin panas. Kepanasan ini ditambah lagi apabila ada semacam tarik tali dalam kalangan pemimpin dan usaha menjatuhkan antara satu sama lain melalui 'membuka isu' yang selama ini ditutup.
Perkara ini juga merupakan fenomena yang tidak baik kepada pemimpin dari sisi dan sudut pandangan rakyat yang memberi undi kepada pemimpin mereka untuk menerajui kerajaan Selangor.
Kepimpinan, keadilan dan politik sewajarnya diuruskan dengan baik dan mengekalkan mandat yang diberikan oleh rakyat terutama pengundi. Pertelagahan dan kemelut politik sepatutnya dielakkan. Mendedahkan salah laku, jatuh-menjatuhkan, dan pertelingkahan dalam kalangan pemimpin mula tersebar kepada rakyat.
Rakyat sebenarnya tidak bersalah apa-apa dalam pemilihan pemimpin. Tetapi apabila mereka tersalah pilih pemimpin rakyat akan menerima tempiasnya dan akan menerima akibat daripada masalah tersebut. Tumpuan pemimpin untuk mentadbir negeri terjejas. Tambahan pula jika pilihan raya di peringkat negeri akan diadakan.
Langkah yang waras dan bijaksana mestilah bermula dengan merenung jauh tentang kepentingan rakyat. Mencipta langkah baharu yang belum tentu akan mendapat manfaat kepada rakyat bukan sahaja menyeksa rakyat, malahan wang rakyat juga akan digunakan jika diadakan pilihan raya.
Sabda Rasulullah SAW berkaitan pemilihan pemimpin: “Kami tidak mengangkat orang yang bercita-citakan kedudukan.” (Riwayat Muslim). Pesan ini seharusnya dijadikan pedoman dalam pemilihan pemimpin kepada rakyat pada masa akan datang.

0 Komentar untuk " Rebut kuasa rakyat terseksa "