RAMAI umat Islam bertanya kenapa Barack Obama tidak guna kuasanya dan pengaruh Amerika Syarikat (AS) untuk menyekat Israel daripada terus menyerang Gaza dan membunuh orang Palestin.
Satu sebab ialah kerana beliau bukan orang Islam, justeru simpatinya bukan kepada Palestin. Hakikatnya, seorang presiden Amerika tidak akan merisikokan jawatan dan karier politik dengan bertindak menghukum atau menyingkir sekutunya Israel.
Walaupun mahu dikenali sebagai jaguh demokrasi yang memperjuang kebebasan dan hak asasi, AS ada sejarah panjang berhubung diskriminasi dan tekanan terhadap agama Islam dan penganutnya.
Deklarasi Kemerdekaan Amerika mencatatkan prinsip menghormati hak kaum minoriti dan mempertahan penganut agama lain, termasuk Islam, tapi realitinya berbeza.
Malah, pengasas deklarasi tersebut seperti Thomas Jefferson, George Washington, James Madison dan John Leland turut dituduh sebagai ‘orang Islam’ (atau Mahometan, musulman, moor, Turki, Arab) dalam konteks menghina.
Sejak abad ke-16 hingga ke hari ini, mana-mana pemimpin AS yang dilihat mempertahan Islam dan hak asasi penganutnya dikecam dengan pelbagai gelaran buruk dan ditentang puak pelampau Yahudi/Zionis, kumpulan Kristian, golongan anti-Islam atau agak jahil Islam.
Presiden Amerika sekarang adalah antara mangsa prejudis yang tebal ini. Nama penuhnya Barack Hussein Obama. Barack berasal daripada bahasa Arab ‘barakah’ atau ‘baroqah’ dan Hussein adalah nama cucu Rasulullah. Tapi musuh politiknya sengaja menyalah eja namanya sebagai Osama.
Bapanya bangsa Kenya dan bapa angkatnya orang Indonesia, yang pernah mencatat ‘Islam’ sebagai agama anutan dalam borang persekolahan awalnya di Indonesia.
Barack menjelaskan beliau tidak mengamal ajaran Islam semasa kecil dan apabila keluarganya berpindah ke Chicago, beliau menjadi Kristian. Beliau mangsa fitnah.
Banyak buku dan laporan media menyebar fakta tidak benar mengenai dirinya. Semasa bertanding jawatan presiden pada 2008, kaji selidik Pew Forum menunjukkan 12 peratus pengundi percaya beliau seorang Muslim. Empat tahun kemudian, peratusan ini meningkat kepada 46 peratus. Namun, beliau masih menang pilihan raya presiden.
Colin Powell, yang pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Negara di bawah Presiden George W Bush, pernah bertanya semasa diwawancara di rancangan TV Meet The Press pada 2008: “What if Obama is a Muslim? Is there anything wrong with being Muslim in this country?”.
Ini soalan yang hipotetikal. Ia sekadar mencabar pendirian sesetengah pihak mengenai hak asasi dan tahap kesetiaan warganegara. Secara teorinya, tidak ada halangan untuk seorang Muslim warganegara Amerika memegang jawatan tinggi awam, malah menjadi presiden.
Namun hakikat dan secara konvensyen, ini tidak akan berlaku. Rakyat Amerika memang tidak boleh terima orang Islam, Katolik atau Yahudi menjadi presiden, seperti yang dicatat dalam Perlembagaan 1788.
Jawatan ini mesti dipegang pemimpin berkulit putih beragama Kristian Protestan. Satu-satunya pengecualian ialah pelantikan John F Kennedy pada 1960. Beliau Kristian Katolik.
Turut terkesan adalah pemimpin Kristian kulit putih yang berbaik atau bersimpati dengan Islam. Gabenor Republikan Rick Perry (Texas) misalnya dikecam hebat kerana hubungan baiknya dengan pemimpin Ismaili, Aga Khan manakala rakan sejawatnya Gabenor Chris Christie (Republikan -New Jersey) juga diserang kerana mencalonkan seorang peguam Muslim, Sohail Mohammed untuk jawatan di mahkamah agung pada 2011.
Jika pemimpin Kristian seperti Obama, Perry dan Christie dihina dan difitnah, bayangkan apa yang dihadapi pemimpin Islam di Amerika. Ini berlaku kepada Keith Ellison (Demokrat-Minnesota). Pada 2006, beliau menjadi orang Islam pertama berjaya dilantik sebagai Ahli Kongres.
Beliau minta upacara angkat sumpahnya dibuat dengan kitab al-Quran, bukan bible. Akibatnya beliau dikutuk dan menerima pelbagai amaran termasuk ugutan bunuh. Ramai yang mempertikai kesetiaannya.
Jawab Ellison: “I was elected to articulate a new politics in which no one is cut out of the American dream, not immigrants, not gays, not poor people, not even a Muslim committed to serve his nation.”
Bagaikan tamparan kepada puak anti-Islam, Ellison yang berkulit hitam berjaya dilantik semula ke Kongres untuk penggal kedua, manakala seorang lagi calon Demokrat dari Indiana, Andre Carson, dipilih ke Kongres pada 2008 untuk dua penggal berturut-turut.

0 Komentar untuk " Boleh Muslim jadi presiden AS? "