ISTERI selalu kata saya kaki leter. Ya, ini pastinya luar biasa sebab jarang ada lelaki yang berperangai macam saya.
Berleter selalunya dikaitkan dengan wanita bahkan dianggap sinonim dengan mereka. Tetapi dalam rumah tangga kami, ia terbalik. Isteri saya bukan kaki leter. Ini pun luar biasa juga kerana jarang ada wanita yang tidak berleter seperti jarangnya ada lelaki yang berleter.
Berleter lazimnya dikaitkan dengan tekanan. Orang kaki leter dikatakan hidupnya selalu tertekan. Tolak ke tepi diri saya, apakah ini maknanya ramai wanita hidup dalam tekanan?
Tidak kiralah apa punca yang menyebabkan mereka tertekan, saya kira ini ada logiknya juga.
Menyalur keluar tekanan dari dalam diri ada macam-macam cara. Ada yang pilih untuk merungut, mengeluh atau mencurahkan perasaan di dinding Facebook.
Walaupun ada yang mengaitkan cara ini dengan simbolik budaya hidup orang Yahudi di Israel yang sering mengadu di Tembok Ratapan (Wailing Wall) termasuk istilah 'wall' yang digunakan, nampaknya tidak ramai orang kita yang sanggup memboikot Facebook sebagaimana mereka memboikot roti daging kegemaran saya.
Sebelum ada Facebook, ramai yang menangis sambil peluk bantal panjang dan kunci pintu bilik untuk melepas tekanan perasaan. Ada yang dengar radio, dengan bunyi yang kuat. Tidak kurang juga yang bercakap 'sorang-sorang'. Yang terakhir ini boleh dianggap paling kronik dan jika tidak dirawat dengan segera, boleh jadi mudarat!
Sebenarnya banyak lagi cara yang biasa dan yang luar biasa digunakan. Ada yang apabila hadapi tekanan, tiba-tiba kuat makan.
Ada juga yang berubah rajin basuh pinggan. Saya sendiri pernah jadi begitu semasa budak-budak dahulu. Setiap kali dimarah emak, saya ke dapur, habis semua pinggan saya cuci. Pada masa yang lain, jangan harap!
Dan ada sesetengah orang yang tidak terhad dengan satu atau dua cara melepas tekanan. Ada yang menggunakan kesemua kaedah di atas mengikut tahap tekanan yang dialami. Cuma yang bercakap 'sorang-sorang' itu jangan dibiasakan!
Namun dengan adanya Facebook, kita dapat lihat apa yang selama ini terpendam. Ramai kawan-kawan kita yang sebelum ini pendiam, tiba-tiba jadi peramah di dinding Facebook. Kita sangka mereka benar-benar sudah berubah. Anehnya apabila bersemuka, mereka tetap pendiam juga!
Apa pun, saya cukup tertarik dengan pandangan seorang ustaz yang mengulas mengenai sinonimnya wanita dengan tabiat berleter.
Kata ustaz, ramai isteri jadi kaki leter kerana mereka dibebankan dengan perkara yang tidak sepatutnya. Kerana itu ramai yang hidup dalam keadaan tertekan.
Perkara yang paling ketara, dahulu tanggungjawab cari rezeki hampir kesemuanya digalas oleh lelaki. Tetapi hari ini, isteri juga sama bekerja seperti suami.
Namun apa yang tidak berubah, tanggungjawab di rumah, tetap juga dipikul oleh isteri.
Suami zaman sekarang masih macam suami zaman dahulu. Suami zaman dahulu, balik dari ladang atau bendang, melepak di serambi melepas penat. Suami zaman sekarang, melepak di depan TV. Isteri di dapur tidak peduli, memasak mencuci seorang diri. Yang itu tidak berubah!
Kalau benarlah apa yang dikata ustaz, itulah punca ramai isteri jadi kaki leter. Sekurang-kurangnya rasa yang terpendam, ada cara untuk dilepaskan. Kalaulah mereka dijadikan dengan kudrat yang kuat seperti lelaki, mungkin ada yang makan sepak terajang hari-hari!
Ya, saya tahu ada yang mempertikaikan saya. Katalah apa sahaja, paku dulang, paku serpih... atau tepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri. Saya bukan mengata orang, saya akui mengata diri sendiri. Saya tiada niat mengumpat, sekadar audit diri, apa yang tidak betul, kita sama-sama baiki!
Pada bulan puasa lalu, seorang pensyarah saya - lelaki - yang usianya lebih muda bertanya saya dan kawan-kawan lelaki: "Dalam bulan puasa ni, sudah berapa kali hangpa bangun masak untuk sahur?"
Kami semua diam. Diam bukan kerana tidak ada jawapan tetapi segan. Sebabnya adalah yang kita sama-sama faham.
Kemudian dia kata lagi: "Saya dalam bulan puasa, setiap hari, kecuali pada hari yang saya ada kelas di sini (di KL, dia tinggal di Changlun, Kedah) saya bangun masak untuk sahur, lepas siap semua, baru saya kejutkan isteri dan anak-anak."
Luar biasa!
Kata guru saya itu lagi, apa yang dilakukan adalah janji dengan isterinya sejak mereka mula berkahwin. "Setiap hari, sarapan saya sediakan termasuk bekal anak-anak ke sekolah. Makan malam, isteri sediakan. Bulan puasa, sahur saya sediakan kerana dia siapkan untuk
berbuka."
Saya yakin, isteri pensyarah saya bukan kaki leter, sama seperti isteri saya walaupun saya sendiri belum mampu untuk jadi seperti dia.

0 Komentar untuk " Mengapa isteri suka berleter "