Teliti bidang francais sebelum berniaga - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Teliti bidang francais sebelum berniaga

USAHAWAN yang ingin menjalankan sesuatu perniagaan francais disarankan supaya meneliti bidang yang tepat dan sesuai sebelum memulakan perniagaan.
 
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains Teknologi dan Tugas-Tugas Khas Negeri Ghazali Taib berkata, pemilihan francais yang tepat penting bagi mengelakkan daripada terlibat dengan francais yang memberi sumbangan ekonomi kepada kekejaman tentera zionis di Gaza.
 
"Ramai pemilik-pemilik restoran dan pengusaha perniagaan francais yang mempunyai hubung kait dengan syarikat utamanya adalah milik Yahudi dan ini sangat mendukacitakan.
 
"Kita tak nafikan pemilik premis yang ada kaitan dengan Yahudi ini francaisornya adalah rakyat tempatan termasuk mereka yang beragama Islam dan ini sangat menyedihkan kita," katanya kepada pemberita ketika ditemui sempena program Jabatan Pengangkutan Jalan Bersama Masyarakat di Dewan Sivik Ajil di Hulu Terengganu hari ini.
 
Ghazali yang juga Adun Ajil berkata, tindakan masyarakat memboikot dan membantah produk yang memberi sumbangan kepada Isreal sememang turut dirasai pemilik francais yang mempunyai kaitan dengan negara itu.-  Bernama

Related Post

  • Perkhidmatan dobi mesra pengguna IDEA menjadikan perkhidmatan dobi mesra pengguna menyebabkan Farrahanie Yasmin Ahmad Yusoff, 27, mengambil inisiatif …
  • Hasilkan mi daripada mempelam MUNGKIN tajuk di atas kedengaran agak pelik, namun itulah yang dihasilkan bahagian penyelidikan Universiti Malaysia P…
  • Inovasi moden bedak sejuk serbuk MUNGKIN kita biasa melihat bedak sejuk dalam bentuk ketulan kecil yang comel dan kemudian dititiskan air lalu ditempe…
  • Kurnia Al Rizq perintis mesin CNC BERMULA secara kecil-kecilan, syarikat  Kurnia Al Rizq ditubuhkan Mohamed Azam Omar sekitar 2011 di kawasan ruma…
  • Coffee Pink tanpa kolagen MEMULAKAN perniagaan dalam bidang kecantikan dan penjagaan kulit, Pinkish Beauty Cosmetic sudah hampir lima tahun men…
0 Komentar untuk " Teliti bidang francais sebelum berniaga "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ