MINGGU lalu, laporan penjualan sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) milik Melayu membangkitkan kerisauan banyak pihak. Sebenarnya, beberapa IPTS milik Melayu telah pun bertukar tangan sebelum ini, dan dipercayai majoriti menghadapi ancaman survival.
Beberapa bulan sebelum ini, berita penutupan sebuah universiti di utara milik bilionair korporat Melayu membangkitkan persoalan: Jika korporat gergasi bersumber besar pun tidak berupaya bertahan, apa lagi IPTS milik individu kecil atau sederhana!
Hakikatnya, hari ini semua universiti di dunia turut menghadapi cabaran survival. Bisnes pendidikan seluruh dunia berhadapan perombakan realiti persaingan seumpama satu tsunami yang mengubah sama sekali struktur industri pendidikan dunia.
Tsunami perombakan ini dijangka mengakibatkan pemberhentian 30 peratus warga kerja universiti dan 700 hingga 800 universiti dilaporkan berkemungkinan ditutup atau jatuh bankrap.
Apa punca tsunami ekonomi yang melanda universiti hari ini? Tsunami ekonomi yang saya maksudkan bukan sahaja mengancam survival universiti, malahan semua sektor ekonomi.
Bisnes dan industri persuratkhabaran; penerbitan, edaran dan jualan buku serta produk muzik dan hiburan, antara lain, semuanya turut terjejas teruk.
Tsunami ini punca utama krisis ekonomi di beberapa negara dunia termasuk di Eropah, mengakibatkan pengangguran beramai-ramai berpanjangan, terutama kalangan remaja.
Ketidakpastian dan ketidakmenentuan masa depan ekonomi menjejas ketenangan masyarakat seluruh dunia. Fenomena ini turut menggugat kestabilan politik di beberapa negara bergolak, umpama pokok tergoncang ke akar umbinya.
Tsunami ekonomi berpunca daripada impak kecanggihan teknologi dan inovasi besar dalam aplikasi teknologi komputer dan telekomunikasi yang merevolusikan semua aktiviti bisnes dan industri, juga seluruh kehidupan.
Bagi universiti khasnya, antara punca tsunami ialah pengenalan konsep pendidikan mendapatkan ijazah menerusi Massive Open On-line Courses (MOOC, atau Kursus Atas-talian Terbuka Kepada Ramai). MOOC pasti membawa persaingan bercorak satu tsunami, kerana ia berpotensi memusnahkan daya saing universiti di Malaysia.
Antara strategi paling penting untuk survival IPTA dan IPTS Malaysia hari ini ialah mendapatkan pelajar dari negara asing, khasnya negara membangun lain.
Dilaporkan beberapa universiti utama dunia bertaraf global menawarkan program MOOC dengan yuran pada kadar sangat rendah, malahan ada yang merancang menawarkan pengajian percuma dengan bayaran dikenakan hanya apabila para graduan mengambil ijazah mereka.
Semua ini pasti menjejaskan tarikan Malaysia sebagai pusat pengajian untuk pelajar asing.
Universiti milik kerajaan atau institusi pengajian tinggi awam (IPTA) juga pasti tidak terlepas daripada impak persaingan ini. Kelebihan mereka (jika boleh dipanggil satu 'kelebihan') terdapat pada hakikat kerajaan akan menentukan mereka tidak jatuh bankrap atau dijual.
Apa pun, IPTA tidak terkecuali daripada ancaman peningkatan kos dan kesengitan persaingan, menyebabkan kerajaan akhirnya terpaksa berhadapan realiti tidak akan berupaya selamanya menampung perbelanjaan IPTA tanpa membebankan kedudukan bajet kerajaan.
Tanda-tanda ke arah itu semakin dapat dilihat apabila Kementerian Pendidikan baru-baru ini menetapkan 30 peratus perbelanjaan universiti mesti dijana daripada sumber pendapatan IPTA sendiri menjelang 2020.
Strategi wakaf untuk universiti
Sewaktu di Turki pada Jun 2014, menyampaikan ceramah Waqaf Korporat di persidangan wakaf antarabangsa di sebuah universiti di Istanbul, saya berkesempatan bertemu dan berbincang dengan beberapa peserta mewakili universiti dari Malaysia.
Kesemua mereka, termasuk bendahari dan eksekutif kanan perbendaharaan universiti, peka kepada ancaman tsunami yang dihadapi. Mereka menyertai persidangan dengan hasrat mendekati dan memahami wakaf, mengkaji kemungkinan institusi ini menyumbang kepada kelangsungan universiti masing-masing.
Wakaf menarik perhatian, terutama bagi umat Islam, kerana hubungan wakaf dengan pendidikan mempunyai akar umbi yang panjang dalam sejarah Islam.
Dari sejak mula Islam berkembang, ilmu pengetahuan diutamakan, disampaikan menerusi masjid dan madrasah, dan kedua-duanya umumnya diwakafkan oleh masyarakat.
Demikian juga universiti yang muncul kemudian. Universiti al-Azhar di Mesir, universiti tertua di dunia, ditubuhkan lebih 1,000 tahun dahulu dan kelangsungannya dimangkinkan menerusi harta yang diwakafkan untuk manfaat al-Azhar.
Al-Azhar menjadi pilihan utama pelajar Malaysia ke Asia Barat kerana kadar yuran pelajar dilaporkan hanya sekitar RM3.20 setahun, semuanya dimangkinkan sumber pendapatan wakaf al-Azhar.
Sewaktu di Turki, saya juga berkesempatan melawat Waqaf Pendidikan Sulaimanniyah, iaitu pemilik rangkaian maktab tahfiz terbesar di dunia.
Wakaf Pendidikan Sulaimanniyah ditubuhkan pada 1936 dan kini sebuah organisasi global beroperasi menerusi lebih 6,000 madrasah tahfiz di 149 negara di dunia, termasuk 6 di Malaysia.
Sulaimanniyah fokus kepada membangun generasi baharu Muslim berilmu, bertakwa dan berakhlak mulia. Seperti al-Azhar, Sulaimanniah membina keupayaan tinggi berlandaskan wakaf yang memberi kelebihan sangat besar kepadanya.
Justeru, penggemblengan sumber dan sumbangan berterusan masyarakat, termasuk alumni universiti, satu strategi penting kelangsungan universiti. Bukan sahaja di Malaysia.
Malahan semua universiti terkenal dan terkaya di dunia, termasuk Stanford dan Harvard di Amerika Syarikat dan Oxford di Britain, umumnya membina keupayaan dana bernilai tinggi berlandaskan konsep endowment di bawah trust atau yayasan.
Yayasan Stanford kini memiliki dana bernilai melebihi RM50 bilion dan Harvard, universiti terkaya di dunia, melebihi RM100 bilion.
Dalam kata lain, universiti di Barat berjaya membina kukuh sumber dana berdasarkan penubuhan Yayasan atau Foundation yang sebenarnya pada asanya diinspirasikan wakaf.
Terdapat bukti sejarah Universiti Oxford di Britain, khasnya Merton College yang ditubuhkan pada tahun 1264, dibangunkan berdasarkan “endowment” menciplak sepenuhnya kaedah institusi wakaf Islam. Merton College antara kolej terkaya di Britain dengan dana melebihi RM1 bilion pada Julai 2013.
Disiplin sebelum wakaf
Kesimpulannya, kaedah wakaf satu pendekatan terbaik, terutama Waqaf Korporat yang mengizinkan institusi wakaf ditubuhkan oleh universiti mengurus dan menghimpun dana, melabur dan membina keupayaan korporat untuk mendapat pulangan maksimum dan menjana nilai harta berpanjangan.
Lebih-lebih lagi dalam konteks masyarakat majoriti Islam seperti Malaysia, memandangkan hubungan rapat sejarah antara wakaf dengan institusi pendidikan.
Waqaf Korporat khasnya, jika dibentuk dan distrukturkan dengan betul, berupaya membina dan menambah nilai dana universiti supaya akhirnya dapat berdikari dan berautonomi sepenuhnya.
Namun universiti perlu jelas mengenai konsep wakaf dan susunan struktur Waqaf Korporat yang hendak dilaksanakan.
Hari ini universiti kelihatan berebut-rebut mengumumkan pelaksanaan wakaf hingga beberapa universiti mengumumkan rancangan menjadi universiti wakaf pertama di Malaysia.
Pada saya, yang penting, keutamaan fokus bukan kepada status wakaf untuk universiti.
Status wakaf tidak menyelesaikan masalah dan tidak dapat menyelamatkan universiti daripada dilanda tsunami ekonomi andainya universiti tidak cekap dan efisien dalam melaksanakan disiplin kewangannya.
Wakaf juga tidak dapat membantu jika universiti kerap membazir berbelanja mewah, misalnya untuk majlis rasmi; tidak menjaga disiplin kewangannya dan tidak memanfaatkan sepenuhnya aset dan hartanah milik universiti, mengambil kira kepentingan jangka panjangnya.
Struktur wakaf juga perlu betul dan memberi universiti autonomi mengurus dana dan aset wakaf secara profesional sepenuhnya. Ini memerlukan jalinan persefahaman dan kerjasama penuh antara universiti dengan penguasa agama setempat seperti Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (Main) atau Maiwp di Wilayah Persekutuan.
Selain itu, untuk mendapat penghasilan bisnes terbaik, universiti wajib menyerahkan amanah kepada yang ahli, dengan melantik pakar pengurusan profesional sepenuh masa, berpengalaman dan terbukti pencapaian, seperti diamalkan diUniversiti Oxford, Stanford dan Harvard.

0 Komentar untuk " Tsunami ancam survival universiti "