PENGGUNA tidak perlu khuatir dengan coklat keluaran Bumiputera yang terjamin dari segi kualiti dan status halal dalam proses penghasilannya.
Pengurus Pelangi Network Management, Khairuddin Muhammad berkata, pengeluar sudah sedia maklum tentang perihal halal dalam setiap pengeluaran syarikat mereka kerana ia melibatkan kepentingan awam.
“Syarikat coklat Melayu mampu bersaing jika diberi peluang kerana coklat yang dihasilkan kami bermutu tinggi dan sedap,” kata pengeluar coklat jenama CocoDamia dan Krukk Krakk itu yang beroperasi di Skudai, Johor.
Beliau mengakui coklat keluaran antarabangsa menguasai pasaran di Malaysia berbanding produk tempatan kerana syarikat luar mempunyai modal yang besar.
“Untuk bersaing dengan mereka (pengeluar coklat antarabangsa), sudah pasti kita ketinggalan dari segi harga, teknologi dan bahan yang digunakan kerana penggunaan teknologi yang tinggi memerlukan modal besar.
“Selain itu, yuran penyenaraian yang dikenakan oleh pasar raya besar dan kedai serbaneka amat tinggi dan ini akan membebankan usahawan industri kecil dan sederhana serta secara automatik mengehadkan ruang pemasaran,” katanya.
Menurutnya, promosi dilakukan oleh jenama antarabangsa lebih agresif yang memerlukan kos pemasaran besar.
“Kos itu termasuk juga untuk menghasilkan pembungkusan menarik dan memerlukan tempahan minimum yang besar. Tetapi, usahawan (Bumiputera) sekarang banyak dibimbing oleh agensi kerajaan untuk menghasilkan pembungkusan yang menarik,” katanya.
Mengulas mengenai sesetengah pengeluar coklat Bumiputera yang memasarkan produk di luar negara berbanding Malaysia, Khairuddin berpendapat, perkara itu berlaku kerana pasaran di negara ini dimonopoli produk luar.
Sehingga kini, CocoDamia yang diusahakan pemiliknya, Zamzarina Zakaria memasarkan coklat IQ dan coklat tenaganya di Halal Mart dan Mini Mart, selain koperasi sekolah, pengedar, stokis serta ekspo di seluruh negeri.
Selain itu, produk keluaran Pelangi Network itu turut menembusi pasaran agro bazar di Singapura serta bakal memasuki pasaran Brunei.

0 Komentar untuk " Usah ragu coklat Bumiputera "