PASARAN hartanah di Malaysia dilihat mula bertindak balas kepada langkah 'penyejukan' kerajaan yang diumumkan dalam Bajet 2014 dengan orang ramai lebih berhati-hati untuk membeli atau melabur dalam hartanah, menurut Laporan Sentimen Pasaran Hartanah Asia 2014 keluaran iProperty.
Bajet 2014 mengumumkan pelbagai langkah membendung kenaikan harga hartanah di Malaysia termasuk menaikkan cukai keuntungan harta tanah (RPGT), meningkatkan harga minimum hartanah yang boleh dibeli warga asing dan melarang pemaju melaksanakan Skim Berjajaran Kepentingan Pemaju (DIBS).
Laporan iProperty bagi separuh pertama 2014 itu menunjukkan kebanyakan responden berpendapat keputusan kerajaan menaikkan RPGT akan menaikkan harga hartanah, walaupun ada yang yakin ianya dapat mengurangkan spekulasi.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan iProperty Shaun Di Gregorio berkata, pembeli dan pelabur hartanah menunggu untuk melihat bagaimana langkah kekangan kerajaan yang berkuat kuasa tahun ini akan memberi kesan kepada pasaran hartanah.
Menurut Di Gregorio, sama seperti keputusan tinjauan sebelum ini, harga rumah yang semakin naik dan kemampuan membeli antara kebimbangan utama pembeli di Malaysia.

Pada skala 1 hingga 10 (dengan 1 paling mampu milik dan 10 paling tidak mampu), responden Malaysia meletakkan mata 7.5 bagi kemampuan membeli hartanah pada masa ini.
"Golongan pertengahan masih bergelut dengan kenaikan tarif elektrik dan kos petrol sejak 2008, selain harga hartanah yang mencecah rekod tertinggi," katanya.
Menurutnya, sementara rakyat menyesuaikan diri dengan langkah penyejukan itu, pasaran hartanah dijangka terus lembap.

0 Komentar untuk " Pembeli hartanah lebih berhati-hati "