ALOR SETAR - Kerajaan negeri perlu mencari alternatif pembiayaan baharu bagi meneruskan bayaran tertangguh kepada kontraktor pembinaan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) sekaligus mengelaknya dikenakan penalti.
Laporan Ketua Audit Negara 2013 menyebut Kedah juga bersetuju membayar kos pembinaan RM327.7 juta dengan bayaran tertangguh sebanyak RM44.5 juta setahun selama 12 tahun.
Bagaimanapun, kaedah itu akan menyebabkan kerajaan negeri dikenakan bayaran penalti lapan peratus setahun.
"Berdasarkan maklum balas Unit Perancangan Ekonomi Negeri (Upen) pada 12 Januari 2014, proses rundingan dan perbincangan dengan pentadbiran negeri sedang dijalankan bagi mencapai keputusan terbaik.
"Pada pendapat Audit, rundingan perlu dibuat segera bagi memastikan kepentingan kerajaan negeri terjamin dan pembayaran tertangguh dibuat mengikut tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan bayaran penalti," katanya.
Laporan itu juga menyebut tapak kampus tetap Kuin masih belum dipindah milik kepada kerajaan negeri, yang akan memberi kesan kepada kepentingannya.
Dalam pada itu, Kuin didapati belum menggunakan peralatan yang diterima sejak Januari tahun lalu.
"Pada pendapat Audit, kerajaan negeri melalui Upen hendaklah mengemukakan arahan kepada Kuin bagi memastikan kemudahan yang disediakan digunakan sepenuhnya dengan segera.
"Selain itu, Kuin perlu memastikan rekod berkaitan peralatan diselenggarakan dengan baik," katanya.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/kedah-disaran-cari-alternatif-lunas-bayaran-kuin-1.268518

0 Komentar untuk " Kedah disaran cari alternatif lunas bayaran Kuin "