Power behind the throne atau siapa di belakang takhta adalah penasihat rasmi/ tidak rasmi yang berpengaruh. William Pitt the Elder mempopularkan frasa itu pada tahun 1770 apabila dia bermadah: “there is something behind the throne greater than the King himself”. Fast track beberapa kurun ke depan, semua ketua kerajaan, ala demokrasi atau sebaliknya, ada personaliti yang berkuasa di belakang takhta. Tunku Abdul Rahman Putra ada penasihatnya yang berpengaruh, begitu juga Tun Razak bahkan Hussein Onn, Tun Mahathir Mohamad, Badawi dan Datuk Seri Najib Razak. The big question is who were (and are) they? Maksudnya siapa penasihat itu sama ada telah mati atau masih bersama kita lagi. Di Amerika Syarikat President Clinton isterinya Hillary, George W Bush Karl Rove. Barack Obama, kata ramai orang, Michelle, orang rumahnya.
Istilah siapa di belakang takhta juga lebih kurang sama dengan kerajaan oleh kroni, Kitchen Cabinet dan Palace Guard. Lebih sinister yakni lebih teruk lagi, jahat adalah Svengali atau Rasputin- control mereka di belakang takhta total. Politikus muda harus mengenali dan mendampingi, kalau mereka mahu go forward atau “naik ke atas”, bukan mereka dalam sejarah atau has been tetapi personaliti yang berpengaruh sekarang. Tetapi yang bijak tidak akan ketepikan sama sekali personaliti yang has been.
Petua politik John Kennedy dan Mafianya: “don't get mad, don't get even, just get elected. Then get even - jangan marah, jangan dendam, menang pilihan raya dahulu kemudian barulah get even atau balas dendam!” Atau belajar daripada Perdana Menteri Turkey, Recep Tayyyip Erdogan yang berkata that his enemies will be “brought to account” and “we will enter their lair” - musuhnya akan menerima balasan, tanpa maaf dan mereka akan diburu. (Editorial International New York Times, Rabu 2 April).
Kualiti, kualiti, kualiti terpenting!
Akar pendidikan pahit tetapi buahnya manis tegas Aristotle. Pilihan saya adalah sebuah pepatah Cina: “By nature all men (women) are alike, but by education widely different.” Contohnya keturunan imigran dan rakyat biasa yang berjaya adalah kerana kejayaan mereka menguasai ilmu dan pendidikan, lazimnya dalam dwi bahasa, bahasa ibunda dan Inggeris. Kerajaan Isnin lepas (31 Mac) telah mengumumkan pemenang 50 pelajar Biasiswa Nasional 2014 yang berprestij itu yakni mereka yang mendapat straight 9A plus dalam peperiksaan SPM tahun lalu. Mereka yang dipilih akan melanjut pelajaran tinggi di luar atau dalam negeri. Saya kira kalau kita serius untuk melahirkan modal insan terbaik yang akan menolong menjadikan Malaysia negara dunia kelas satu, kenapa hanya 50 biasiswa sahaja tidak 140 atau 150 scholarship? Benar, sebelum 2011 hanya 30 pelajar tetapi mulai 2009- 50 orang. Dana untuk 150 scholar bukan banyak sangat. Dana yang diguna untuk lawatan, majlis pelancaran rasmi atau tidak dan pakaian seragam untuk pakaian majlis tertentu itu, makan minum, cenderamata dan iklan dalam media berterima kasih kepada pemimpin yang merasmikan majlis itu jumlahnya lebih besar daripada dana biasiswa 140-150 itu.
Pokoknya matlamat pendidikan adalah melahirkan human capital yang cemerlang. Saya percaya pemenang Biasiswa Nasional sedia dengan cabaran di depan mereka demi maruah diri, alma mater, keluarga dan watan. Saya memberi tahniah juga sedikit peringatan: dalam kehidupan, dalam sukan juga kerjaya, bisnes apa lagi politik yang penting bukan permulaan tetapi kesudahannya. Bak kata Mat Salleh- it’s not how one begins, it’s how the person finishes- penamat bukan permulaan yang mustahak. Kerajaan telah memberi 50 pelajar itu peluang maka terpulanglah kepada mereka memanfaatkan kurniaan dan kesempatan itu.
Untuk menjadi ‘ejen perubahan’ dan bakal pemimpin, pelajar bukan sekadar hanya lulus peperiksaan dengan cemerlang saja. Bakat lain mesti ada juga: kebolehan memimpin, giat dalam sukan dan aktiviti luar bilik darjah dan di luar precint sekolah dan universiti. Sekolah dan universiti sebenarnya mencerminkan bentuk, baik buruk kualiti; etos dan bakal negara kita masa depan atau seperti ditegaskan oleh seorang ilmuwan purba, "the schools ( and universities) of the country are its future in miniature.”
Apa pun, pengetahuan / pelajaran yang dipaksa ke atas pelajar tidak kekal duduk dalam minda mereka. Dari pengalaman, saya tidak gemar dipaksa belajar Ilmu Hisab (Matematik) dan Sains. Zaman persekolahan saya tiada aliran sains dan sastera, semuanya dikumpul dalam satu aliran saja. Saya lebih senang jika diberi lebih ruang dalam subjek yang saya lebih suka: bahasa, literature, sejarah, pengetahuan am dan ilmu alam politik. Saya lebih taksub dengan subjek yang saya suka dan sedar subjek itu akan memberi lebih faedah dalam bakal kerjaya saya. Plato bermadah, “the direction in which education starts a man (woman) will determine his (her) future life.” Amat benar pada diri saya.
Bab akhir Spy Diraja
“Masa wanita Saudi boleh memandu kereta akan tiba dengan sendirinya...”kata Turki.
Turki, bekas Ketua GID- Badan Perisik Saudi, Duta Besar Negaranya di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Ireland, kini mengetuai think tank, The King Faisal Centre for Research and Islamic Studies, di Riyadh. Menjelajah seluruh dunia memberi ucapan dan menemui kawan. Satu kehidupan yang bagus. Katanya pada Edward Luce: "for me it’s heaven on earth.” Mulai menjejak bumi Amerika Syarikat 60 tahun dahulu semasa berumur belasan tahun. Ini pendapatnya tentang Amerika Syarikat: Kesimpulannya dalam bahasa kita, ada beberapa characteristics atau aspek saya dapati constant dalam kalangan orang Amerika, antaranya, mereka mempunyai keinginan besar mahu tahu tentang keluarga dan latar belakang seseorang itu, satu kualiti yang senang memesrakan kita dengan mereka. Sekarang mereka google sahaja. Mereka murah hati. Itu satu kualiti yang berterusan, satu characteristic yang menyatakan perasan sayang. Sekarang di Amerika, tegas Turki, wujud polarisasi, tidak lagi seperti dalam tahun 60an the center pulling the two extremes back.
Kenapa saya highlight dan membincangkan Turki? Saya rasa Putra Diraja Saudi ini dan latar belakangnya memberi kita satu iktibar. Ayahandanya Malek Faisal pelopor yang memodenkan Saudi Arabia dan memberi sokongan dana dan moral kepada usaha menentang dan anti- Israel. Dibunuh dalam tahun 1975. Anak baginda semua berpelajaran tinggi dan bekerja walaupun tidak perlu berbuat demikian. Turki berani dan tegas: "I say what I want to say. I am having the time of my life. Alhamdulillah”. Maksudnya Turki menyatakan hasrat hatinya tanpa takut dan segan. Berapa ramai orang Melayu yang berlatar belakang seperti Turki berani secara ikhlas berbicara tentang masa depan agama, bangsa dan tanah air yang kini dikatakan oleh ramai dalam keadaan bahaya?
Kedua, kerana penilaiannya tentang beberapa isu dunia kini dan juga tentang assesmentnya berkenaan badan perisik dunia- capabilities mereka mengutip maklumat, mentafsirkan maklumat itu dan kebolehan operasi mereka. Turki menjawab soalan Luce dengan penuh seronok dan “berselera”!
Badan perisik Amerika? Mendahului semua agensi perisik negara lain dalam mengutip raw data (data tanpa periksa atau mentah) dan kerana kebolehan teknikal dan jumlah dana dan bajet mereka yang tiada had.
Badan perisik British? Dalam segi sumber manusia, dan beberapa subjek tertentu British mempunyai extra edge and knowledge that you felt comfortable in accepting them being authoritative- menjadikan senang orang untuk menerima analisis mereka sebagai sahih.
Agensi Intelligence Israel? Probably in terms of operational capability I (Turki) would say that the Israelis are the most professional. Although they have committed a lot of mistakes they do accomplish their missions. Maksudnya spy Israel amat profesional, sungguhpun mereka melakukan kesilapan tetapi berjaya dalam misi mereka.
Turki, pada pendapat saya, seorang putera raja Saudi yang inginkan pembaharuan di negaranya tetapi melalui evolusi, bukan revolusi. Seharusnya dia dijadikan role model kepada orang Islam yang berfikir, khususnya di Saudi Arabia as someone who has a long - term vision for the Saudi Kingdom.
Kesimpulan saya: pendidikan adalah agen perubahan yang terpenting. Mustahaknya seperti membeli hartanah: lokasinya, lokasinya, lokasinya. Dalam pendidikan pula kualiti, kualiti, kualiti. Sebelum merdeka beberapa ramai wanita Melayu memandu kereta? Sekarang pemandu wanita sama ramai dengan lelaki. Dalam beberapa profesion, pendidikan terutamanya, lebih ramai wanita dari lelaki. Adakah terlintas di hati anda kini bangsa kita seolah-olah berundur yakni ada tanda mahu hapus kemajuan yang telah dicapai 60 tahun dahulu sewaktu wanita Arab, bangsa Arab dan negara Arab sedang mengejar kebebasan, kemajuan dan persamaan tanpa mengira gender. Mengikut Turki terpenting kepada wanita Saudi kini adalah equal legal rights, whether it is inheritance, divorce, childcare, things that affect women 's livelihood, bukan memandu kereta. Transformasi pasti berlaku melalui pendidikan dan pekerjaan. Hak asasi dan kedudukan mulia bagi wanita Saudi adalah kesudahannya. Satu masyarakat level playing field akan wujud. Maknanya equiti dalam kehidupan dan equaliti merebut peluang dalam segala bidang. Marilah kita mengejar pendidikan, tamadun sesuai dengan tuntutan zaman bagi mencapai hasanah di dunia dan hari kemudian.

0 Komentar untuk " Ilmu penting juga etiket, adab "