Pengenalan
Untuk mencapai matlamat kebebasan kewangan, rakyat Malaysia adalah digalakkan untuk menjadikan unit amanah dan Skim Persaraan Swasta sebagai instrumen pelaburan pilihan mereka. Siri rencana ini akan menjelaskan tentang faedah melabur dan mengapa tabung unit amanah menjadi salah satu keperluan dalam menampung tabung pendidikan untuk anak-anak anda, pelaburan untuk simpanan dan persaraan.
Apakah Maksud Kebebasan Kewangan?
Kebebasan kewangan mempunyai pelbagai pandangan yang berbeza bagi setiap individu, seperti kemampuan dari segi kewangan untuk melakukan apa sahaja yang diinginkan. Untuk mencapai matlamat kebebasan kewangan ini, anda mestilah:
• Menabung untuk pendidikan anak anda
• Mempunyai simpanan yang mencukupi untuk persaraan anda
• Mengumpul kekayaan seperti memiliki rumah yang besar atau kereta mewah
Oleh itu, untuk mencapai impian dan matlamat kewangan ini, kita haruslah mempunyai kewangan yang mencukupi untuk menabung dan melabur secara bijak.
Menyimpan dan Melabur
Antara soalan-soalan lazim yang biasa ditanya oleh pelabur baru:
• Apakah risiko yang perlu diambil untuk mendapat pulangan yang melebihi purata dari pelaburan asal - unit amanah, berbanding dengan pulangan daripada wang simpanan dalam akaun deposit tetap [Fixed Deposit Account (FDA)]?
• Bagaimana jika ianya tidak seperti yang dirancang?
• Bagaimana jika ianya menjejaskan rancangan kewangan saya?
Yang paling penting dalam pelaburan adalah “risiko tinggi, pulangan tinggi”. Untuk memperolehi pulangan yang lebih tinggi, anda haruslah sedia menghadapi beberapa risiko yang lebih tinggi. Simpanan di akaun deposit tetap nyata lebih selamat berbanding jenis pelaburan yang lain termasuk unit amanah. Akan tetapi, pulangan dari deposit tetap ialah “tetap”, misalnya, akaun deposit tetap memberikan pulangan sekitar 3 peratus setahun. Ini bermakna anda perlu memperuntukkan wang simpanan yang lebih banyak setiap bulan, di mana ianya akan mengambil masa yang lebih lama untuk mencapai matlamat kewangan anda. Walaubagaimanapun, jika anda melabur di dalam tabung unit amanah, anda mungkin boleh mendapat pulangan yang melebihi purata, sejajar dengan risiko yang lebih tinggi (bergantung kepada jenis tabung yang dilaburkan) – dan dapat mencapai matlamat anda dengan lebih cepat.
Kuasa Penggandaan
Sebagai contoh, jika anda memperuntukkan RM100,000.00 dalam simpanan tetap dengan pulangan sebanyak 3% setahun, ia akan mengambil masa selama 24 tahun untuk menggandakan wang anda kepada RM200,000.00. Sebaliknya, jika anda mampu mendapat pulangan sebanyak 5% setahun dari pelaburan unit amanah, ia hanya akan mengambil masa selama 15 tahun untuk menggandakan wang anda. Ini ialah kuasa penggandaan; satu pulangan tambahan sebanyak 2% setahun melebihi pulangan simpanan tetap di mana ianya dapat menjimatkan masa yang diperlukan untuk mencapai matlamat kewangan anda.
Faktor Masa Dalam Menggandakan Wang Anda
P/S: Tabung Unit Amanah Sebagai pelaburan masa depan anda? Jom kembangkan simpanan untuk melawan kadar Inflasi!

Tabung unit amanah adalah sesuai untuk para pelabur
yang ingin mendapatkan pulangan yang melebihi purata – dan mengambil masa yang
lebih singkat untuk mencapai matlamat mereka. Tabung unit amanah diuruskan
secara profesional, oleh itu, pelabur haruslah melabur dalam pelbagai pelaburan
seperti bon, saham, komoditi dan lain-lain (sekaligus memberikan kepelbagaian
dalam pelaburan). Sebagai tambahan, tabung unit amanah secara amnya juga
mempunyai kecairan yang tinggi, kos pelaburan yang lebih rendah dan pendedahan
pelaburan yang lebih tinggi.
Apa Itu Unit Amanah?
Unit amanah ialah satu instrumen pelaburan, yang mengumpulkan dana daripada para pelabur untuk dilaburkan dan diuruskan untuk faedah bersama. Operasi dana ini dikawal oleh satu surat ikatan yang dikenali sebagai “surat ikatan” amanah.
Sebagai seorang pelabur, anda mungkin tidak mempunyai modal yang mencukupi atau berpeluang untuk melabur terus dalam pasaran saham, melainkan anda adalah seorang pelabur yang bertauliah (atau individu yang mempunyai kecelikan kewangan yang tinggi). Sekalipun anda mempunyai modal yang mencukupi, kebanyakan pelabur mungkin tidak dapat mempelbagaikan portfolio yang sesuai untuk pelaburan mereka secara individu. Sekuriti dana unit amanah yang dilaburkan adalah termasuk saham, bon dan lain-lain sekuriti kewangan. Pengurus dana yang profesional dan berpengalaman dilantik untuk menguruskan portfolio pelaburan tersebut.
Faedah Melabur Dalam Unit Amanah
1) Akses Ke Pelbagai Bentuk Aset Kewangan
Saham amanah mempunyai akses ke pelbagai jenis aset pelaburan seperti Sekuriti Kerajaan Malaysia (bon kerajaan), komoditi, hartanah dan lain-lain, dan yang lebih penting, pelabur mempunyai pengurus dana profesional yang boleh membantu menguruskan dana ini bagi pihak mereka. Pelaburan dalam unit amanah adalah salah satu cara untuk mendapatkan pulangan yang lebih tinggi bagi tempoh yang lebih panjang, berbanding dengan menyimpan dalam akaun simpanan atau akaun deposit tetap. Selain itu, risikonya juga mungkin lebih rendah berbanding dengan melabur secara langsung ke dalam saham atau bon, iaitu melalui kepelbagaian portfolio yang sesuai.
2) Kepelbagaian
Pelabur boleh mempelbagaikan pelaburan mereka dengan mengagihkan wang mereka ke dalam pelbagai jenis pelaburan, termasuk saham, dana bersama, bon dan wang tunai untuk mengurangkan risiko keseluruhan portfolio. Pelabur boleh mempelbagaikan strategi pelaburan mereka ke dalam dana yang berbeza, termasuk dana pertumbuhan, dana seimbang, dana indeks, modal yang kecil, modal yang besar dan dana sektor khusus, atau, ianya boleh dipelbagaikan dari segi geografi dengan memiliki pelaburan campuran iaitu antarabangsa dan tempatan. Strategi dalam mempelbagaikan pelaburan dapat mengurangkan risiko akan tetapi tidak semestinya akan mengurangkan pulangan.
3) Pelaburan Yang Lebih Mudah
Ia menarik minat pelabur yang tiada masa untuk memantau prestasi pelaburan mereka dengan kerap; yang pada lazimnya, di setiap akhir suku tahun, pelabur unit amanah akan menerima satu laporan mengenai prestasi dana mereka dan juga tinjauan untuk tahun hadapan, yang menjadikan pelaburan lebih mudah.
4) Mudah Tunai / Kecairan
Unit-unit dalam dana boleh dibeli dan dijual dengan lebih mudah melalui syarikat pengurusan unit amanah, ejen unit amanah institusi dan orang-perseorangan yang menguruskan unit amanah. Di bawah garis panduan Tabung Unit Amanah, Syarikat Pengurusan Unit Amanah perlu membayar hasil pembelian-balik unit dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja selepas menerima permintaan belian-balik.
5) Kemampuan – Pelaburan di dalam saham amanah hanya memerlukan modal
yang minimum
Pelaburan secara terus ke dalam pasaran saham memerlukan modal yang tinggi untuk individu dan pelabur runcit kerana mereka tidak mempunyai kuasa skala ekonomi. Melalui perkongsian dana, pengurus dana mempunyai lebih kuasa untuk membeli dan mampu menikmati kos dagangan yang lebih rendah disebabkan oleh faedah urusniaga dagangan yang tinggi, yang mana ini dapat menguntungkan dana tersebut.
6) Pengurusan Profesional Yang Berterusan
Pengurus dana yang profesional dan berpengalaman dapat memastikan bahawa dana yang diuruskan dilabur melalui proses yang tersusun dan mengikuti prinsip asas pelaburan. Dalam jangka panjang, kelebihan ini membantu menjana pulangan yang lebih tinggi untuk para pelabur. Secara ringkasnya, unit amanah harus dipertimbangkan sebagai salah satu pelaburan pilihan oleh rakyat Malaysia yang ingin mengukuhkan kewangan mereka.

Secara ringkasnya, unit amanah harus
dipertimbangkan sebagai salah satu pelaburan pilihan oleh rakyat
Malaysia yang ingin mengukuhkan kewangan mereka.
Sumber: www.fimm.com.my
P/S: Tabung Unit Amanah Sebagai pelaburan masa depan anda? Jom kembangkan simpanan untuk melawan kadar Inflasi!
0 Komentar untuk " Tabung unit amanah sebagai pelaburan masa depan anda? "