Pendekatan
mentor mentee bantu usahawan muda jalankan pernigaan Gerak Korporat Gerakan
Belia 4Biz, sebagai platform inovasi kreatif bersesuaian dengan kumpulan
sasaran iaitu golongan belia yang mempunyai minat tersendiri serta tahap
motivasi tinggi untuk Berjaya dalam kehidupan. Majlis pelancaran Rakan 4Biz
disempurnakan Menteri Besar Batik Resort sempena Mesyuarat Perwakilan Agong
Tahunan Gerakan Belia 4B Malaysia kali ke-35 pada 18 Februari 20011.
Ini
merupakan satu flatform kepada golongan belia menceburi bidang keusahawan dan
menjadikannya sebagai salah satu kerjaya belia pada masa hadapan. Rakan 4Biz
merupakan platform Mentor Mentee yang member focus sepenuhnya terhadap
pembangunan ekonomi golongan belia menerusi pelbagai program perniagaan serta
aktiviti yang dirangka. Ini bertujuan mempertingkatkan lagi taraf ekonomi
golongan belia di Negara ini dan diiktiraf Majlis Belia Malaysia (MBM) sebagai
program Usahawan Mentor-Mentee Belia Malaysia.
Pengarah
Program Rakan 4Biz merangkap Pengerusi Gerak Korporat Gerakan Belia 4B
Malaysia, Abdul Rizam Mhd Akhir berkata, perkembangan terkini rakan 4Biz adalah
untuk proses pengembangan dan pengukuhan. Setelah setahun melalui pelan
perlaksanaan terutamanya kepada menggiatkan lagi usaha berpandukan kepada
system pemantauan yang berkala.
PERANCANGAN
TERATUR
Program
Rakan 4Biz mengumpulkan seberapa banyak syarikat terpilih, terdiri daripada
pelbagai bidang perniagaan untuk turut serta membantu merealisasikan program ini
dengan lebih efektif serta sistematik. Syarikat itu akan dilantik sebagai
Mentor dan memfokuskan kepada penyediaan peluang perniagaan, latihan serta
bimbingan kepada belia yang akan bertindak sebagai Mentee.
Mentor
juga akan membantu serta member panduan kepada usahawan muda bagi menguruskan
sebuah perniagaan dengan lebih teratur dan bersistematik.
Pada
masa sama, Gerak Korporat Gerakan Belia 4B Malaysia akan mengumpulkan seberapa
ramai golongan muda yang berminat untuk menjadi usahawan bagi mengikuti program
ini dan akan memastikan segala perancangan dilaksanakan dengan teratur.
Semua
Pengerusi Gerak Korporat di peringkat negeri, kawasan (parlimen) dan cawangan
akan terlibat secara langsung dan seterusnya melibatkan semua belia di Negara
ini kea rah pembangunan ekonomi yang lebih sihat dan terjamin.
Maklumat
dan memperkenalkan Mentor kepada Rakan 4Biz yang dilancarkan Timbalan Perdana
Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 29 Mei 2011 di Putrajaya sempena
Himpunan Sejuta Belia-
CEBURI
PERNIAGAAN
Program
dilaksanakan Gerak Korporat Gerakan Belia 4B Malaysia adalah dengan mewujudkan
kesadaran dan maklumat kepada belia mengenai perkara seperti berikut:
- Berminat mempelajari bidang keusahawan
- Minat dalam bidang keusahawanan disebabkan pengaruh rakan sebaya ………….pilihan kerjaya lain
- Minat dalam bidang keusahawanan disebabkan dorongan keluarga
- Memilih kerjaya dalam bidang ………………depan
- Laluan kerjaya yang menawarkan peluang kegiatan atau pendidikan yang menyediakan pengetahuan untuk menjadi usahawan.
Ini
adalah berdasarkan satu usaha penyelidikan dengan kerjasama sebuah university
tempatan yang telah dilaksanakan bagi memastikan Program Rakan 4Biz ini
menepati dan mencapai sasarannya. Majlis menandatangani Persefahaman (MoU) dan
Perfume Sdn Bhd diwakili Ketua Sekretariat Rakan 4Biz, Gerak Korporat Gerakan
Belia 4B Malaysia, Ahmad Zakir Abdul Rahman, baru-baru ini. Pemilihan Hot
Perfume sebagai Mentor diyakini dapat membantu dan membimbing lebih ramai belia
menceburi bidang perniagaan.
“Pihak
Sekretariat mensasarkan untuk melahirkan seramai 1,000 orang Usahawan Belia
pada 2012 dan yakin melalui pelan pelaksanaan serta pemantauan yang telah
dirangka, sasaran itu tidak mustahil untuk dicapai,” katanya yang juga
merupakan Pengerusi Tetap Dan Pengerusi Gerak Korporat, Gerakan Belia 4B
Malaysia Negeri Selangor pada……
0 Komentar untuk " Rakan 4Biz Pemangkin Usahawan "