abkan peningkatan dalam semua indeks kumpulan utama kecuali dalam indeks pakaian dan kasut (-0.8 peratus), komunikasi (-0.7 peratus) serta perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan (-0.1 peratus).
“Kenaikan ketara bagi kumpulan utama yang berwajaran tinggi ialah indeks makanan dan minuman bukan alkohol, yang naik 2.8 peratus manakala perumahan, air elektrik, gas dan bahan api lain 1.4 peratus dan pengangkutan 0.4 peratus,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Kenaikan lain ialah indeks restoran dan hotel (2.1 peratus), minuman alkohol dan tembakau, kesihatan dan pendidikan masing-masing sebanyak dua peratus, hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (1.6 peratus serta pelbagai barangan dan perkhidmatan (1.4 peratus).
Menurut jabatan berkenaan, tiga kumpulan utama iaitu makanan dan minuman bukan alkohol, perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain dan pengangkutan menyumbang 76 peratus kepada kenaikan keseluruhan yang dicatatkan pada tempoh semasa.
123 N 123 123 N 123
Sementara itu, inflasi bagi Februari juga meningkat sebanyak 0.2 peratus berbanding Januari.
“Kenaikan disebabkan peningkatan dalam indeks pendidikan (0.8 peratus), restoran dan hotel (0.4 peratus), makanan dan minuman bukan alkohol (0.3 peratus), perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain dan hiasan, perkakasan dan penyenggaraan isi rumah, masing-masing sebanyak 0.3 peratus,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/21
Sumber: myMetro
http://deenazmee.blogspot.com/2013/03/kadar-inflasi-meningkat-15.html
0 Komentar untuk " Kadar inflasi meningkat 1.5%? "