Heret pihak 'jarah' TH ke mahkamah - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Heret pihak 'jarah' TH ke mahkamah


Kita tidak hairan apabila pemimpin pembangkang, khususnya UMNO selepas ini mendakwa kerajaan gagal memberi kadar hibah tinggi kepada pendeposit Tabung Haji (TH). Dakwaan seperti ini mudah mempengaruhi orang kampung selepas TH mengumumkan kadar hibah 1.25 peratus, terendah dalam sejarahnya.

Hakikatnya, hibah yang rendah itu adalah legasi kerakusan pemimpin sebelum ini hingga tergamak meranapkan institusi haji. Apa gunanya hibah tinggi, jika angka itu sengaja dimanipulasi hingga menyebabkan jurang defisit terus meningkat. Jumlah hibah bergantung kepada prestasi kewangan TH.

Apa yang kita harapkan ialah siasatan diteruskan terhadap pengurusan TH sebelum ini supaya mereka yang bertanggungjawab dihadapkan ke mahkamah. Biar mahkamah menentukan dan biar rakyat menilai keadaan sebenar.

Kerajaan sekarang terpaksa membetulkan keadaan TH menerusi pelan penstrukturan bagi menyelamatkan TH demi kepentingan 9.3 juta pendeposit. Kita bersyukur kumpulan TH kini semakin pulih selepas selesai memindahkan 106 ekuiti yang tidak berprestasi baik kepada syarikat tujuan khas (SPV).

🔥Perluas konsep barter ke lebih banyak negara🔥

Konsep barter bagi merancakkan dagangan minyak sawit yang mungkin membabitkan pembelian aset pertahanan dan keselamatan negara, adalah satu cadangan bernas. Kita boleh dapat aset, misalnya dalam rancangan untuk membeli pesawat dari Russia dan pada masa sama, kita memasuki pasaran Moscow untuk barangan Malaysia seperti minyak sawit.

Kaedah ini perlu diperluaskan lagi ke beberapa negara dalam keadaan Kesatuan Eropah (EU) mahu memulaukan minyak sawit. Misalnya dengan Arab Saudi, Australia, Taiwan dan New Zealand yang mula menunjukkan peningkatan pembelian sawit Malaysia berdasarkan eksport sawit Februari lalu, meskipun dagangan sawit turun sedikit dengan China, ASEAN, EU, Switzerland, Hong Kong, India, Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS).

Kita boleh memulakan rundingan dengan lebih 10 negara ini untuk memperluaskan konsep barter selain menerokai pasaran baharu sawit ke negara lain seperti Asia Barat dan Eropah Timur.

https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2019/04/549415/heret-pihak-jarah-th-ke-mahkamah
0 Komentar untuk " Heret pihak 'jarah' TH ke mahkamah "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ