Fungsi media cetak tetap relevan - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Fungsi media cetak tetap relevan

PhD Kehormat RM8,000’, ‘Kongsi gelap kuasai pasar borong’, ‘Kaut untung 10 kali ganda’, ‘Pendatang kaut untung’, ‘Tanah dijual murah’ dan ‘Sindiket homestay tipu’.

Itu antara tajuk utama muka depan akhbar ini hasil laporan eksklusif yang disediakan wartawan bagi memperbetulkan kepincangan dalam masyarakat.

Malah, laporan khas ini meninggalkan impak signifikan kepada pembaca apabila laporannya mendapat perhatian pihak berkuasa.

Sudah pasti media massa lain, sama ada cetak atau elektronik turut menyediakan laporan khas masing-masing bagi tujuan sama, dengan bersandarkan fakta dan bukan auta.

Malah, di sebalik saingan daripada portal berita dalam talian dan viral pada era digital masa kini, ramai percaya media cetak masih kekal relevan kepada masyarakat.

🔥Penyampai maklumat🔥

Ketika diminta berkongsi pendapat mengenai isu ini, Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Prof Dr Azizul Halim Yahya, berkata sebagai institusi yang sudah lama ditubuhkan dan mapan, akhbar cetak adalah penyampai maklumat atau berita yang diperlukan masyarakat.

Katanya, fungsi media cetak tidak dapat dinafikan dalam penyediaan kandungan medium lain.

Malah, katanya, tanpa kandungan berita daripada media cetak, kandungan media sosial atau portal berita dalam talian akan menjadi sepi.

Majoriti isi kandungan berita dan isu semasa yang memenuhi media sosial atau portal berita dalam talian diolah daripada hasil penulisan media cetak.

“Malah, apa yang viral dalam portal berita dalam talian, besar kemungkinan isinya bermula daripada apa yang telah dilaporkan oleh institusi yang mapan ini.

“Media cetak tidak relevan bukanlah isu. Isu media cetak adalah dari segi cabaran kos yang tinggi. Portal berita dalam talian menjadi sumber berita utama pembaca kerana tiada sebarang bayaran dikenakan untuk mendapat maklumat.

“Ini menyebabkan jualan dan pendapatan pengiklanan media cetak merosot,” katanya.

Hakikatnya, penyediaan berita dan maklumat berbentuk serius bukan percuma. Ia hasil karya wartawan institusi yang mapan ini. Hasil karya yang membantu pembaca membuat keputusan dan membentuk masyarakat.

🔥Kembangkan pemikiran🔥

Rektor UiTM Negeri Sembilan, Prof Datuk Dr Nasrudin Mohamed, berkata perubahan nilai kehidupan yang berlaku dalam kalangan masyarakat hari ini tentu sahaja tidak meliputi semua.

“Seperti saya dan barangkali ramai yang lain, sesuatu yang disentuh, dilihat nyata, dihidu dan disimpan secara fizikal memberikan lebih kesan untuk menyegarkan dan mengembangkan pemikiran. Media cetak tetap ada sisi kuatnya,” katanya.

Presiden Persatuan Alumni UiTM, Datuk Zaini Hassan, pula berpendapat akhbar tetap menjadi wadah terpenting masyarakat.

“Akhbar arus perdana misalnya adalah sumber maklumat sahih untuk masyarakat. Namun, ia haruslah berimbang, bebas dan profesional dalam pemberitaannya. Harus diingat pembaca kini lebih bijak dalam menghadam maklumat. Akhbar bukan satu-satunya sumber. Pelbagai maklumat di hujung jari mereka,” katanya.

Sememangnya persaingan dalam dunia pemberitaan pada zaman ekonomi digital sekarang cukup mencabar. Siapa yang boleh menyediakan berita yang adil, saksama, sofistikated, menarik, terkini, panas dan bijak sahaja yang akan berjaya. Berita lain hanya sekadar lekat di celah gigi.

Oleh Wan Jailani Razak
Penulis adalah Pengarang Berita (Mingguan) BH

https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2019/04/554778/fungsi-media-cetak-tetap-relevan
0 Komentar untuk " Fungsi media cetak tetap relevan "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ